Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pelancaran PINK by Pure Beauty

 Hello Hai Readers *senyum-senyum kat readers semua*



*photo credit to Pure Beauty Malaysia's FB*



IT'S TIME TO GET PINK!!
Terutamanya buat perempuan-perempuan muda manis yang sangat sukakan PINK. Pure Beauty, jenama produk kecantikan diri dari Korea yang pernah beberapa kali Misz-Ella 'highlight' kan di Blog ini, kini muncul dengan ahli terbarunya iaitu PINK.

*photo credit to Pure Beauty Malaysia's FB*

Dibawakan khas oleh Watsons Malaysia, pelancaran PINK by Pure Beauty telah diadakan di Hello Kitty Gourmet Cafe, Sunway Pyramid Shopping Mall bersama Komuniti Blogger.




Rangkaian produk PINK diformulasikan menggunakan bahan-bahan unik kombinasi PhytoCellTec Alps Rose, Pink Flower Capsule dan bahan pemutih semulajadi yang membantu mencerahkan kulit dan memberikan penghidratan yang sempurna seterusnya menjadikan kulit cerah secara semulajadi dan sedikit kemerahan (pink) sepertimana wanita muda impikan.

Hanya 3 langkah diperlukan untuk mendapatkan kulit berseri dan bercahaya dengan rangkaian produk kecantikan PINK.

Tingkatkan tahap kelembapan kulit dengan menggunakan 'PINK so fresh Essence Water' yang sesuai untuk semua jenis kulit. 

Seterusnya, gunakan 'PINK so glow Essence' untuk kulit biasa atau 'PINK so light Dewy Lotion' untuk kulit kering. Kedua-dua essence ini bertindak memperbetulkan dan mempertingkatkan kulit supaya lebih berseri.

Dan akhirnya, lengkapkan process di atas dengan melindungi kulit menggunakan 'PINK so smooth Pudding Cream' dan 'PINK so Blur Cream'

Bahan utama PINK by Pure Beauty adalah Gigawhite, Actiwhite dan Niacinamide dimana ia meningkatkan keputihan kulit, kolagen serta 'ceramide synthesis' yang melindungi kulit dari sinaran UV.


Bloggers turut berpeluang bertemu dengan 'Make Up artist' terkenal Steven Sunny yang memberikan runding cara dan demonstrasi percuma.



Demonstrasi Make up


We enjoyed the Hi-tea served at Hello Kitty Gourmet too

PINK dan Hello Kitty ~ sangat sinonim, kan. Comel!



Selepas mendengar taklimat produk yang diberikan, Misz-ella sangat terpikat dengan 'PINK so smooth Pudding Cream'. Bukan sebarang pudding, ok .. Ini pudding pink khas kalau kita pakai maka kulit pun akan 'pinkish' dan berkilau-kilauan. Hehehe. 

Rangkaian produk PINK by Pure Beauty boleh didapati di semua rangkaian Watsons Malaysia. Harga bermula dari RM39.90 - RM49.90 .. Well .. not so expensive for our healthy glowing pink skin. So readers .. terutamanya yang muda-muda, cepat-cepat ke Watsons untuk lebih PINK!!

Untuk keterangan lanjut dan lebih banyak Into tentang PINK .. sila klik di sini.
















1 comments:

safurara said...

bestnya KC!!! sume pink! hehehe