Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Yam Ring, Ikan Stim, Sotong Bakar @ Restoran Mohd Chan Abdullah


Hai readers ..

Hari ni nak share tentang makan. As usual, makan adalah perkara paling utama dalam hidup kita. Tak makan tak hidup la kau, kan. Hehehe.

I was craving for Yam Ring with Kung Pao chicken inside since last week. Teringin sangat nak makan and finally .. YESSS!! Berkilo-kilometer kami pergi untuk dapatkan Yam Ring yang sangat sedap ini. Thanks! Thanks! Thanks Kesayangan for this lovely treat. I am so happy.


Ye .. Itulah dia Yam Ring bersama Kung Pao Chicken di dalamnya. Misz-ella memang peminat 'Chinese Food' .. cuma masalahnya nak mencari Yam Ring yang halal ni tersangatlah susah makanya terpaksa lah kami pergi ber kilo-kilometer untuk mendapatkan Yam Ring ini. Yam Ring dibuat dari Keladi, digoreng rangup dan dimakan bersama 'Kung Pao Chicken' yang diletakkan di tengah-tengahnya. Ummmm .. crunchy, crispy and yummy. Sedap .. aku makan sorang!! Haha.





Ikan Stim Thai Style - Bumbu-bumbu dia tersangatlah Melayu - bawang putih, bawang merah, halia, serai dan cili padi .. makanan Thai dan Melayu tak banyak beza kot, kan. 



Sotong Bakar ~ Sotong fresh, besar, dibakar sedang-sedang sahaja .. tidak liat tapi lembut dan sangat berselera kami memakannya. Sos cili dia tu sedap.



Sayur campur ~ Tak payah explain lah .. tengok pun dah tau sedap, kan. Sangat segar lagi berkhasiat.



Udang Goji kot nama dia *sorry saya terlupa* .. Well, this prawn dish is quite delicious too. Cukup rasa .. tak banyak komplen and nothing much to write about it other than .. YUMMY!!



Boleh dikatakan makanan di Restoran Mohd Chan Abdullah semuanya sedap-sedap tapi kerana hatiku melekat di Yam Ring, maka Yam Ring lah yang Misz-ella makan dulu .. habis se bakul Cincin keladi ni Misz-ella makan .. langsung tak pelawa orang sebelah. Hehehe.

Visit this web site for more info about their locations, etc .. etc. Bye readers.


4 comments:

Lea Ismail said...

Tak pernah lagi try Yam Ring ni. Kalau g Restoren Mohd Chan ni lemon chickenlah yang diorder dulu

Miriam Goh said...

Yummy yam ring basket! Always eat this for CNY and it is not that difficult to make

xoxo
Miriam
www.miriammerrygoround.com

Fiza Abdul Rahman said...

Assalam kak ella, boleh x mention harga makanan.. Kita ni tgk terliur je.... Bila ada harga tu kita boleh ler budget2 bila nak g.. Ni kalau main serbu je then tgk harga mahal.. X ke terkulat2 nak bayar.. Macam kak ella ni x pelah kaya.. Boleh g makan mahal2 anytime.. Mcm kita ni rakyat marhein kena ada budget... Huhuhu

Amanda Suria said...

Nanti belanja SA plak kat sini eh..hehehe...terliur tgok semua tu especially sotong bakar tuh...