Salam Ramadan hari ke 6, lovely readers ..
Kali ni Misz-ella dan rakan-rakan ke KL Tower untuk Berbuka Puasa. Pengalaman yang sangat menarik you alls .. sila baca entry ini sampai habis ye.
Khas buat Ramadan 2016 - KL Tower membawakan 'KL Tower Ramadan Buffet' di awan biru (Megaview Banquet Hall) bersama hidangan kampung yang lazat oleh Chef Ismail bermula dari 11 Jun 2016 hingga 3 Julai 2016.
Sambil Berbuka Puasa kita dihiburkan dengan persembahan Gamelan
Itu dia .. barisan hidangan kampung yang sangat lazat oleh Chef Ismail dan berita baik buat pengunjung-pengunjung yang berbuka puasa di sini pada hari Rabu, Jumaat dan Ahad ~ Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan Chef Ismail secara LIVE!
Ayam Berempah Kicap, Ikan Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak, Ikan Patin Tempoyak, Asam Pedas Ikan Pari, Kurma Ayam .. dimasak dengan cara yang sangat tradisi .. Sedap!
Khas buat penggemar masakan kampung ~ Masak Lemak Siput Sedut *sayangnya Misz-ella tak pandai makan* .. Telur Itik Masak Lemak *Ohmy .. tersangatlah sedap* Rebung Perut *lagi sekali sayang sedap Misz-ella tak pandai makan rebung* dan Gulai Daging *sedapnya la hai*
Rendang Pucuk Ubi dan Sambal Ikan Bilis Berpetai .. sangat tradisi, kan
Kerabu penambah selera .. makan dengan Ikan masin dan sambal ..
Ulam-ulaman yang sangat segar ..
Pelbagai jenis Ikan Bakar ~ Misz-ella pilih Ikan Keli cicah Air Asam .. langsung tak mengecewakan
Nasi Impit, Rendang Daging dan Kuah Kacang
Bubur Lambuk pun ada juga
Mee dan Kuay Teow goreng
Air panas dan sejuk buat penghilang dahaga ..
Laksa Penang tu sedap sangat ..
Pencuci mulut adalah Kueh Mueh Melayu ~ Buah Melaka, Dodol tradisi, Karipap, Kueh Lapis, Pulut Seri Muka ...
Misz-ella dan kawan-kawan semasa berbuka puasa di KL Tower
*gambar dari FB Leoniel Dg*
Seronok berbuka puasa beramai-ramai macam ni
*gambar dari my bestfren, Dee*
'Sunset' di Kuala Lumpur ~ Berbuka puasa ala kampung di awan biru. KL Tower 'is a perfect place' to enjoy our Malay tradition food while enjoying a magnificent view!
Kuala Lumpur dari Megaview Banquet Hall
*Gambar dari FB Max Lim*
Dengan hanya RM99++ (Dewasa) dan RM59++ (Kanak-Kanak) kita akan dapat merasai pengalaman berbuka puasa hidangan kampung bertemankan pemandangan cantik di awan biru seperti kami. Nice food .. good ambience and magnificent view .. Awesome!!
Percuma buat kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan juga percuma tiket masuk ke Pelantar Pemandangan. Kemudahan Surau untuk Solat juga ada.
Dan jangan lupa .. Percuma seorang bagi setiap pembelian 10 orang (Dewasa)
(BUY 10 FREE 1)
Lagi satu berita baik .. sila tambah RM20 untuk bayaran istimewa ke tarikan terbaru di KL Tower - KL Tower Sky Box dengan setiap pembelian Buffet buka puasa (Harga biasa ialah RM75)
So readers semua .. Misz-ella dah berkongsi pengalaman Misz-ella dan rakan-rakan berbuka puasa di KL Tower .. so you all apa lagi .. sila rancang Ramadan anda bersama kesayangan di KL Tower Ramadan Buffet 2016.
Sila hubungi 03-2020 5444 untuk tempahan
Atau
Layari www.menarakl.com.my
Atau
Ikuti Facebook KL Tower di sini.
Akhir kata .. Terima Kasih KL Tower kerana meraikan kami semua di KL Tower Ramadan Buffet 2016. Misz-ella dah meronda hampir satu Lembah Klang Berbuka Puasa .. Berbuka Puasa di KL Tower semestinya memberi you all pengalaman yang berbeza *ikhlas dari hati* OK Bye. Selamat Berpuasa, my lovely readers ..
0 comments:
Post a Comment