Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Movie Review - One Day 2016 (Thailand)



Hello readers .. Misz-ella pergi tengok wayang. Kali ini kita tengok cerita Thailand bertajuk ONE DAY.

One Day, sebuah filem cinta dari Thailand arahan Banjong Pisanthanakun dengan pelakon utamanya  aktor Chantavit Dhanasevi dan aktress Nittha Jirayungyurn.

Filem tentang Denchai, petugas IT berumur 30 tahun yang hidupnya sangat kesepian dan membosankan. Denchai tidak mempunyai ramai kenalan malah rakan-rakan sepejababatnya menganggap Denchai seorang yang membosankan dan kehadiran beliau hanya diperlukan bila komputer di pejabat bermasalah

Hidup Denchai berubah bila bertemu Nui dari Bahagian Marketing. Nui yang sering memerlukan bantuan Denchai apabila komputer beliau mengalami kerosakan membuatkan Denchai rasa dihargai. Walaubagaimanapun, Nui tidak membalas luahan perasaan Denchai malah mencintai jejaka lain.

Satu hari, semasa 'Company trip' di Jepun, Denchai telah memasang hajat/impian agar bisa menjadi kekasih Nui walaupun untuk sehari cuma. Nui mengalami kemalangan semasa 'Company trip' tersebut dan mengalami gangguan ingatan. Nui hilang ingatan pada semua memori jangka pendek beliau. Nui lupa siapa kawan nya, dimana beliau bertugas dan segala memori kisah cintanya. Nui tidak boleh mengingati sebarang memori walaupun kejadian itu baru berlaku sehari sebelumnya.

Dalam keadaan ini, hanya Denchai yang berada di sisi Nui. Denchai mengambil peluang di atas keadaan Nui untuk mengakui bahawa beliau lah kekasih Nui.

Maka bermula lah 'kisah percintaan cuma sehari' antara Denchai dan Nui. Denchai yang 'lurus bendul' .. Nui yang dalam kebingungan .. best gila masa ni. Ummm .. banyak kejadian menarik dan menyentuh perasaan masa ni.

Ada adegan yang sangat lucu dan ada momen-momen yang sangat menyentuh perasaan *menangis kot Misz-ella*

Apakah yang terjadi? Percaya dan jatuh cinta kah Nui pada Denchai? Cukup kah cuma sehari Denchai mencintai Nui?

To be honest, this movie is Worth watching. Lakonan ke dua pelakon sangat mantap dan berkesan. I suggest you all pergi lah tengok. Tak rugi sebab sangat best.

One Day akan mula ditayangkan di pawagam mulai esok, 15 September 2016. So kaki wayang semua, jom lah .. bawak teman-teman ke pawagam dan tonton filem ini. Enjoy, k.

0 comments: