Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Restoran Nur Ain Ikan Singgang, Kampung Baru

Hello pembaca budiman ..

Dah masuk Ramadan ke 6. Esok dah seminggu kita berpuasa. Cepat betul masa berjalan, kan. OK kali ni nak kongsikan yang baru-baru ini Misz-ella telah ke Kampung Baru kerana nak makan Ikan Singgang.





Ikan singgang memang kegemaran Misz-ella. Tak susah pun membuatnya sebab ikan tu (samada ikan tongkol, ikan kembung, ikan tenggiri atau apa sahaja ikan yang kita suka, hanya perlu direbus dengan bahan-bahan yang lain dan siap. Tapi tak tau lah kenapa biasanya bila Misz-ella buat Singgang mesti tak sedap so bila teringin nak makan Singgang, Misz-ella akan ke Gerai-gerai yang Tukang masaknya originally dari Kelantan. Kampung Baru adalah tempat paling best kalau nak makan Singgang sebab kedai dan pilihan sangat banyak. Maka ke Kampung Baru lah Misz-ella petang tu. Pukul 6:45 petang keluar rumah sebelum Azan Maghrib berkumandang dah sampai. Traffic is so friendly to me.



Selain dari Ikan Singgang, kami order Siakap 3 Rasa jugak. Terus terang, a bit upset lah dengan hidangan 3 rasa ni.  Pada orang lain mungkin lah dah ok tapi buat Misz-ella, ada sedikit upset lah .. mungkin sebab my resepi 3 rasa lain kot. Lain orang, lain cara, kan.



Budu, Ulam dan Sambal belacan harus ada. Misz-ella hadap Singgang tu je lah, nama pun teringin. Siakap 3 Rasa tu dia orang yang habiskan. Keseluruhannya, Ikan Singgang tu memang sangat menepati citarasa. Lepas kempunan dan teringin Misz-ella.



Total bill semuanya RM62.00. Mahal ke murah? Ummmm .. rasanya dalam keadaan ekonomi sekarang ni, barang mentah serba serbi mahal .. harga tu tak mahal tak murah. OK-OK je. 

So you all kalau teringin makan Singgang, boleh lah ke Kampung Baru. Deretan gerai-gerai menjual Singgang dan lauk pauk lain dari Pantai Timur ni terletak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman. You all Waze sahaja ye. Dia akan bawak terus sampai ke depan kedai. OkBye readers. Terima Kasih baca.











Haza Coffee, Wakaf Che Yeh, Kelantan


Siapa peminat kopi? Me! Siapa tak boleh hidup tanpa kopi? Me! Ummm .. begitulah nasib seorang caffeine addict .. hari-hari mau kopi. Kalau tak dapat kopi tak lengkap rasa hidup kita, kan.

Kopi sekarang sudah semakin dipelbagaikan, semakin digemari ramai tak kira bangsa, darjat mahupun kedudukan.




Masa Misz-ella ke Wakaf Che Yeh baru-baru ini, Misz-ella terjumpa gerai Haza Coffee yang menjual pelbagai jenis kopi disamping minuman-minuman lain seperti Milo, Green Tea, Ovaltine dan macam-macam lagi.



Kecil je gerainya, tak besar tapi sangat bersih dan kemas. Susunatur sangat minimalis tapi menarik. Comel sangat lah Haza Coffee ni.

Walaupun kecil, tetap kemas dan selesa



Misz-ella sempat order Hot Coffee Latte dan Ice Caramel Machiato. Percayalah yang Coffee Lattee di Haza Coffee hanya RM5 sahaja .. hampir separuh harga dari Latte yang dijual di kedai/restoran-restoran di tempat lain dan tak kalah rasanya .. Maaf terlalu teruja sampai lupa nak ambil gambar tapi yang Misz-ella nak kongsikan di sini adalah .. Kalau ke Wakaf Che Yeh dan sedang mencari Kopi jangan lupa ke Haza Coffee. Opss maaf .. bukan kopi sahaja, minuman lain turut ada. Jom kita sokong pengusaha-pengusaha tempatan. Kalau kita asyik sokong restoran-restoran gah dari luar negara tapi meminggirkan pengusaha-pengusaha tempatan yang baru nak bertapak di alam perniagaan ini, siapa lagi yang nak sokong, kan. OK dah habis sessi perkongsian dengan pembaca Blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Terima Kasih baca. Bye.




Susu Kurma Oats

Hello pembaca budiman ..

Kadang-kadang ada rasa susah nak bersahur tak? Misz-ella ada. Perut rasa sebu, selera bagaikan tiada. Suapan demi suapan bagaikan memaksa diri sahaja.

Baru-baru ini ada kawan kongsikan dengan Misz-ella tentang minuman berkhasiat Susu dengan Kurma dan Oat. Katanya lebih mudah dan mengenyangkan. Teruja !! so Misz-ella pun cuba.



Hari ke dua bersahur dengan Susu Kurma dan Oat selepas hari pertama minuman berkhasiat ini berjaya dihabiskan dengan jayanya. Yeay!! Sedap rupanya Susu Kurma Oat ini.


3 biji Kurma, 2 sudu makan Oat, 1 gelas Susu segar. Misz-ella gunakan Susu segar sejuk yang baru keluar dari peti ais. Blender ke tiga-tiga bahan ini dan enjoy. Misz-ella amalkan waktu sahur. Alhamdulillah kenyang lebih lama walau tak makan nasi dan makanan berat yang lain masa bersahur tu. Rasa pun sangat sedap. Siapa-siapa yang ada masalah perut sebu di pagi hari dan tiada selera bersahur, cuba lah resepi ni. 

Hydranger Villa, The Settlement Hotel, Melaka

Hello pembaca budiman,

Kali ini Misz-ella bawakan kisah dari The Settlement Hotel, Melaka, bukan lagi entry tentang makan-makan tetapi tentang villa mewah ~ Hydranger Villa yang ada di The Settlement Hotel, Melaka.



The Settlement Hotel Melaka terletak di Jalan Ujong Pasir tidak jauh dari penempatan Portugese Melaka. Misz-ella sebenarnya dah lama tertarik dengan bangunan putih yang dibina pada tahun 1960an ini. Bangunan warisan setinggi 4 tingkat ini yang dahulunya merupakan pusat latihan kerajaan telah ditransformasikan menjadi hotel bertaraf butik yang kaya dengan identiti dan budaya Melaka yang sememangnya sangat unik.



Lokasi The Settlement Hotel adalah sangat strategik, berdekatan dengan tempat-tempat menarik sekitar Melaka yang lain iaitu:-

Tugu A'Famosa ~ 3km dari The Settlement Hotel
Bangunan bersejarah Stadthuas ~ 3km
Jonker Walk, Pusat membeli belah  ~ 3km dari The Settlement Hoel
Ruins of St. Paul's Church ~ 1km dari The Settlement Hotel
Zoo Melaka, Taman Mini ASEAN dan Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh ~  15km dari The Settlement Hotel.


Kedatangan tetamu akan disambut dengan katil antik 'Sultan' yang diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk The Settlement Hotel. Cantik katil antik ni. Disebabkan dia cantik, ini adalah antara spot menarik untuk berfotoan .. ramai pengunjung memilih katil ini untuk rakamkan kenangan bercuti di The Settlement Hotel. Menarik, kan.


Check In adalah di The Cool Room ~ Reception area yang comel, tenang dan sangat damai. Once you stepped into this area, you will be greeted with smile from the Front office staff which will give you a "feeling like returning home" keramahan dan senyuman manis pekerja di Front office dan hiasan dalaman yang minimalis tetapi menarik dan sangat sejuk mata memandang .. betul-betul ibarat pulang ke rumah sendiri. The Settlement Hotel mempunyai 49 buah bilik mewah. Phewwww .. tak sabar Misz-ella nak menjenguknya.



Dining area ~ Sarapan pagi dihidang di sini. Lihat jubin lantai dan tangga yang bakal membawa kita ke lantai atas .. sangat kaya dengan budaya dan tradisi Melaka, kan.


Ada basikal untuk disewakan kepada tetamu ~ Sesiapa yang mahu mengeliling kawasan berdekatan dengan basikal, boleh dapatkan perkhidmatan sewa basikal ini dari Reception ye.


Di sudut hotel ada replika Rumah Melayu lama yang sangat comel .. satu lagi spot menarik untuk merakamkan kenangan. 



Dalam perjalanan mahu ke Hydranger Villa ~ Misz-ella suka spot ini .. walkway nya panjang dan putih bersih dengan sedikit kehijauan yang mendamaikan. Sedap mata memandang, sejuk rasa hati.

Sebelum sampai ke Hydranger Villa, kena lalu kolam renang dan The Spa dulu. Macam-macam ada rupanya di The Settlement Hotel ni, kan.


Dan ini lah dia, deretan villa-villa mewah bercirikan tradisi Melayu (Malay Style Villa). Ada empat unit kesemuanya dan salah satunya Misz-ella punya. Jom ikut Misz-ella explore villa cantik ini ..


Villa mewah ini dibina dari kayu lama yang sangat kuat dan kukuh dengan ukiran yang sangat teliti, kemas dan menarik.

Cantik, kan. Kaya dengan senibina ukiran yang tersendiri.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Misz-ella pun Wow .. katil tinggi bertiang empat yang kaya dengan senibina lama memenuhi ruangan tengah villa ini .. terpesona! 


Bumbung villa dibina tinggi bersesuaian dengan konsep rumah lama zaman dahulu, dibina dengan penuh teliti dan berseni.


Cantiklah .. tak sampai hati nak tidur *hehe*


Almari pakaian/Gobok antik berwarna yang sangat unik turut ada. Alahai .. rasa nak bawak balik je almari antik ni.



C.A.N.T.I.K.

Kami tiba-tiba rasa bagaikan berada di Kampung halaman nak pulak di waktu malam tatkala hujan turun dengan lebat. Bayu lembut, dingin malam dan disaat bunyi derapan tapak kaki kami menyentuh lantai kayu .. aishhh .. rindu rumah Nenek zaman dulu-dulu.




Di satu sudut lagi ada meja konsol yang lengkap dengan TV, Minibar, Cerek elektrik dan Meja sudut yang membolehkan kita merehatkan badan sambil menghayati secawan kopi.

Pintu bilik air ala dulu-dulu *I LIKE*

Bilik air lengkap dengan kolam kecil yang membolehkan kita merendam tubuh bagi menyegarkan badan yang penat sambil mandi bunga. Tengok jubin lantai bilik mandi .. menarik, kan.

Kalau nak mandi bunga, khabarkan kepada pekerja hotel awal-awal agar persiapan awal boleh dilakukan. Kita cuma perlu tunggu dan bersedia untuk mandi sahaja ..

Tidur malam di Hydranger Villa .. bertemankan bunyi alam yang menenangkan jiwa. Kebetulan malam itu hujan turun dengan lebat .. maka Misz-ella tidur bagaikan Sleeping Beauty dan sebaik bangun pagi .. terasa masih mahu tidur lagi. Tilam dan bantal di sini sangat empuk. Sebaik kita merebahkan badan ke atasnya, terasa tubuh bagaikan didakap lembut memberikan keselesaan yang buatkan Misz-ella rasa sayangnya nak tinggalkan katil cantik ini.


Sarapan pagi disediakan buat tetamu The Settlement Hotel secara A-La-Carte. Misz-ella pilih Nasi Lemak dengan Rendang .. sedap nya la Sambal tumis itu, sampai hari ini teringat-ingat.


Sebaik sahaja selepas Sarapan pagi, tibalah masa untuk Misz-ella mengucapkan Selamat Tinggal kepada  Hydranger villa ini. Yah .. time to say GoodBye. I am in love. Walau tidak besar atau gah seperti hotel lain di Melaka, The Settlement Hotel tetap istimewa. Masih banyak yang perlu di explore dan mahu Misz-ella kongsikan dengan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Will definitely come to this beautiful hotel again.

So pembaca-pembaca budiman, kalau ke Melaka dan mahukan penginapan yang lain dari yang lain serta sweet, quiet and private, boleh lah you all cuba The Settlement Hotel ini. Lokasi hotel sangat menarik .. tak terlalu sesak seperti kebanyakan hotel di tengah bandar. Kemudahan parking adalah percuma di belakang hotel dan dikawal 24 jam. Macam-macam aktiviti boleh kita lakukan di sini. Sayangnya Misz-ella harus pulang ke Kuala Lumpur dan tak dapat duduk dengan lebih lama tapi dalam hati sudah terdetik .. I want to be here again.

Maklumat lanjut tentang harga bilik dan jenis bilik-bilik yang lain serta kemudahan/perkhidmatan yang ada di The Settlement Hotel boleh didapati di https://thesettlementhotel.com/home Cepat-cepat pergi tengok dan tempah bilik impian anda hari ini juga. Misz-ella pun sedang belek Kalender dan mahu ke The Settlement Hotel lagi. Ok Bye readers. Terima Kasih baca.







Neutrogena®’s fashion debut celebrates the joy of healthy skin

Hello readers ..

I am sure you know that I am fan of Neutrogena® Happy Skin skincare product but this entry is about Neutrogena® fashion debut. What is it? Read more to find out, readers ..


The No. 1 dermatologist-recommended brand, Neutrogena®, presented Neutrogena® Happy Skin 24/7 collection a series of 30 designs presented at Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017 recently.


 


As the #1 dermatologist-recommended brand, Neutrogena® believed that beauty starts with healthy skin. Healthy, great-looking skin is one of the things that women derives joy that make one happy and indeed, that is why Neutrogena® advocates Happy Skin 24/7 campaign. Happy Skin is something that lasts through all seasons – it’s definitely not a fleeting trend

Through the fashion debut at Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival, Neutrogena® demonstrated the inner-joy of having healthy, great-looking skin, a result of using Neutrogena® skincare, and share it with Malaysian women -- what better way to do this than to come up with a fashion collection, inspired by the concept of Happy Skin”!








Featuring local fashion designers, Kittie Yiyi and  Hazzer Wan Lee, the Happy Skin 24/7 collection interprets the happy mood that one exudes with healthy, great-looking skin. 

Kitti Yiyi, translates her squirky sense of humour  into her designs, which are often joyful and loud, yet smart. The Raffles Design Institute KL graduate’s motto is: “Whatever you decide to wear, make sure it makes you happy!”

Kittie’s collection is inspired by the quintessential beach girl on a holiday. Coming from a faraway beach land, she wanders into the city in her flowy, comfy loose-fitting outfits. Her happiness is infectious – and it shows in the way she dresses. Featuring flared silhouettes, ruffles, cheerful stripes and heart-shaped prints, the collection flaunts the beach girl’s confidence in her own skin with transparent details and cut-outs.










Hazzer Wan Lee, is a Creative Director of HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, graduated with a degree in Fashion and Apparel Design from Herriot-Watt University, Scotland.

Hazzer’s fashion collection is inspired by the water splash -- a signature of Neutrogena® Deep Clean range of cleansing products, and the first step to Happy Skin 24/7! Fluid lines and cascading layers come together to bring out the beauty and energy of water in hues of blue, green, orange and pink. The clever incorporation and layering techniques of different materials such as denim, organdy, PU leather, cotton silk and dyed fabrics results in a unique 3D effect that mimics the movements of water.


Group photo after the fashion show



Me with my happy colour outfit!

Thank you Neutrogena® for having misz-ella.blogspot.com at Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017.



Choulyin, Misz-ella and Tehmina

Neutrogena® Happy Skin 24/7 fashion collection was definitely joyful, cheerful and smart at the same time. We enjoyed the lively and colourful show! 

More information about Neutrogena® Malaysia’s Facebook and Instagram can be find at :-