Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mont Dios Crystal White Beverage untuk kecantikan mata, kulit lebih cerah dan kekal langsing


Hello pembaca budiman,

Kalau Misz-ella katakan bahawa sebagai seorang wanita, serba serbi nak kena jaga, mesti you all setuju, kan. Kesedaran untuk menjaga kesihatan dan kecantikan harus bermula dari awal dan semakin meningkat usia *like me .. hehe* semakin kita kena jaga. 

Gambar dari FB Mont Dios

Baru-baru ini Misz-ella diperkenalkan dengan produk dari Dubai bernama Mont Dios Crystal White Beverage - Rahsia kecantikan untuk lebih cerah, perlindungan mata dan kekal langsing. Satu produk .. bermacam fungsinya. Teruja!!



Mont Dios Crystal White Beverage adalah minuman bernutrisi yang diformulakan khas dari 13 bahan-bahan semulajadi yang terkenal dengan khasiatnya tersendiri. Antara bahan-bahannya adalah barley, organic flaxseed, black wild rice, organic millet, quinoa, mountain red rice, sorghum, buckwheat, organic brown rice, organic oat powder, isolate soy protein, organic oat groat, dan chia seeds. Diformulasikan di Dubai, Mont Dios Crystal White Beverage mendapat pengiktirafan ISO 22000, HACCP, MeSTI dan buat pengguna-pengguna Muslim, ianya boleh digunakan tanpa ragu kerana ada pengesahan Halal.



Ia juga mengandungi semua vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita dan sesuai untuk semua termasuklah bayi berusia 5 bulan ke atas. Tidak mengandungi sebarang lemak haiwan, pemanis atau sebarang pengawet dan ini bererti ianya sesuai untuk pengamal 'vegetarian' dan buat mereka yang mempunyai masalah diabetes. Mont Dios juga mengandungi Omega 3, baik untuk kesihatan jantung, kan. 



Kerana kandungan serat atau 'fibre' nya yang sangat tinggi dan kaya dengan protein, Mont Dios Crystal White Beverage sesuai untuk mereka yang ingin berdiet.


Antara khasiat-khasiat Mont Dios yang lain adalah :-

Melindungi dan memperbaiki kesihatan mata
Tinggi serat (fiber) dan Anti-oksidan
Menguatkan tulang
Tiada Risiko Diabetes
Meningkatkan metabolisma dan meningkatkan tenaga
Membina otot dan menurunkan berat badan
Melindungi dari Kanser Payudara dan Serviks
Membina dan Membaiki tisu-tisu badan


Cara-cara penyediaan sangat mudah ~ Hanya sesudu Mont Dios diperlukan untuk setiap hidangan *dicadangkan 2 hidangan sehari* Gunakan gelas biasa pun boleh ..


Campurkan air biasa *suhu bilik*


Kacau rata dan minum. Rasanya sedap .. macam air protein yang lain tapi penuh dengan serat yang jelas kelihatan. Tak da masalah lah buat Misz-ella untuk menghabiskan segelas minuman berkhasiat ini.



Dan buat masa ini, Mont Dios Crystal White Beverage memang menjadi teman baik Misz-ella setiap kali ke Gym. Disebabkan jadual Misz-ella yang sentiasa sibuk dan padat, Mont Dios sentiasa menjadi penyelamat. Setengah jam sebelum kelas Misz-ella ambil Mont Dios.



Sejak mengamalkan Mont Dios, tahap tenaga semakin meningkat. Lepas kelas circuit aerobic selama sejam, Misz-ella boleh join kelas Yoga pulak tau .. boleh bersenam 2 jam tanpa henti Misz-ella di usia 44 ini. Alhamdulillah .. Terima Kasih Mont Dios.


Secara keseluruhannya, Misz-ella selesa dengan Mont Dios Crystal White Beverage ini. Senang diambil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Hanya sesudu 2 kali sehari untuk lebih sihat, lebih bertenaga dan kekal langsing. Apa lagi yang kita nak dalam kehidupan selain dari kesihatan yang baik, kan. 

Maklumat lanjut tentang Mont Dios boleh didapati di https://www.facebook.com/montdios.my/ Jangan lupa jenguk ye. 

0 comments: