Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bercuti atas kapal mewah Super Star Libra 'Cruise' bersama Siti Nordiana sambil beramal

Hello pembaca budiman ..

Hari ini mari kita cerita tentang Cuti-cuti Malaysia. Lebih istimewa lagi bila percutian yang bakal Misz-ella ceritakan di sini ialah percutian menaiki kapal mewah sambil menderma dan dihiburkan oleh penyanyi popular, Siti Nordiana


ZSM Mabrur Travel & Tours Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan Showcase Pelayaran Bersama Siti Nordiana yang merupakan percutian amal dimana kita dapat bercuti di atas kapal mewah Super Star Libra Cruise sambil dihiburkan oleh penyanyi popular Siti Nordiana sambil-sambil tu kita dapat menderma dan menyumbang kepada Persatuan Kebajikan Al-Fikrah, sebuah rumah amal pelbagai bangsa yang lokasinya terletak di Sg. Sekamat, Hulu Langat.



Dalam Sidang Media yang diadakan baru-baru ini, pihak ZSM Mabrur Travel & Tours Sdn Bhd mengatakan Super Star Libra Cruise dipilih kerana perkhimatanan makanannya berstatus HALAL dan Siti Nordiana (Nana) dipilih untuk bersama-sama menjayakan program mengutip dana bagi Tabung Persatuan Kebajikan Al-Fikrah ini kerana imej Nana yang diterima pelbagai golongan usia .. peminat Nana ramai .. dari anak kecil hinggalah ke dewasa *termasuk lah Misz-ella*



Pakej Showcase Pelayaran Bersama Siti Nordiana ini akan diadakan pada 12-13 Ogos 2017 dengan harga serendah RM599. Sambil bercuti di atas kapal Super Star Libra yang mewah tu, sambil dihiburkan oleh Siti Nordiana. Banyak aktiviti sampingan lain turut diadakan seperti pertandingan "Suara Sama Tapi Tak Serupa", sessi bergambar dengan Siti Nordiana, program Mesra Sakan dan kalau you all sudi, jom kita terokai aktiviti di dalam cruise bersama-sama ~ jom kita pergi Gym, pergi pool, ber jacuzzi .. macam-macam aktiviti boleh kita lakukan sepanjang percutian 2H/1M ni. Paling penting, sambil bercuti sambil beramal .. itu niat utama kita, kan.



Nana dalam Sidang Media turut menyatakan rasa teruja nak bertemu peminat sambil berlayar di atas kapal .. sambil menyanyi dan beramal buat anak-anak yatim dan warga terdampar, khususnya.  Portion of the proceeds from the show will be channeled to Persatuan Kebajikan Al-Fikrah and Rumah Anak Yatim Kuang. Pihak ZSM Mabrur Travel & Tours Sdn Bhd dan Nana menyeru orang ramai mahupun badan korporat untuk menyokong usaha murni ini. 



So Misz-ella dah teruja nak bercuti di atas kapal sambil menyanyi bersama Nana, sambil beriadah di gym *ohhhh .. i like*, jacuzzi sambil bermesra dengan anak-anak yatim dan warga terdampar .. Siti Nordiana pun macam tu jugak .. sangat teruja nak menjayakan persembahan amal di dalam kapal mewah Super Star Libra menghiburkan hati anak-anak yatim dan warga terdampar sambil bertemu peminat. 


Bersama Nana dan Hajah Marlina, Pengarah Urusan ZSM Mabrur Travel & Tours

Tempahan dibuka sekarang secara terus melalui ZSM Mabrur Travel & Tours. Hubungi no tel :- 03-8740 6426 atau email : zsm.mabrur@gmail.com atau kalau you all nak tempah melalui Misz-ella pun boleh. Email Misz-ella di kakchik3773@gmail.com .. Jom kita naik kapal sambil beramal. RM599 sahaja, 12-13 Ogos 2017 lebih kurang 2 bulan setengah dari sekarang .. sempat lagi you all nak kumpul duit. Lets do it readers!! 





1 comments:

alizal said...

Syoknye pengalaman naik cruise... Insya Allah giliran kami sekeluarga pulak naik cruise mediterranean tahun depan....