Hello pembaca-pembaca budiman,
Baru-baru ini Misz-ella ke pelancaran minyak wangi terbaru lagi. Amboi .. selalu berwangi-wangian .. makin wangi lah blog reader Misz-ella nanti, kan .. almaklumlah .. semakin banyak perkongsian, semakin banyak informasi yang pembaca blog Misz-ella ini akan dapat. Sharing is Caring .. demi cinta kepada pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, Misz-ella rela *hehehe*
Terbaru di pasaran adalah minyak wangi Papahug & Mamakiss ~ Fragrance of Heart by Shidie Sahaq. Masa dapat jemputan untuk hadiri majlis pelancaran minyak wangi ini, Misz-ella teruja !! Sebab nama minyak wangi sangat lain dari yang lain. Tak sabar nak check it out!
Maka kaki pun melangkah ke Restoran Saloma Bistro & Restaurant dengan keterujaan yang melampau. Apakah Papahug & Mamakiss? Siapakah Shidie Sahaq? OK .. Jom baca hingga habis ye pembaca semua ..
Ohh .. begini rupanya minyak wangi Papahug & Mamakiss .. dua jenis minyak wangi keluaran Shidie Sahaq untuk kaum wanita dan lelaki dengan saiz comel 35ml sahaja .. very handy, kan .. senang nak dibawa ke mana-mana. Selain dari itu, pihak Shidie Sahaq juga mengeluarkan Hijabers Spray, produk rambut khas buat mereka-mereka yang berhijab.
Majlis dimulakan sebaik sahaja ketibaan Encik Shidiq Sahaq, usahawan tempatan yang juga merupakan pengeluar produk Papahug & Mamakiss ini.
Dalam ucapan beliau, Encik Shidie berkongsi tentang produk sulung syarikat milik beliau, Shidierich Global Enterprise ini. Wangian Papahug dan Mamakiss ini adalah inspired perfume yang diimport dari France, Swiss dan Germany. Kesemua wangian ini adalah berkualiti EDP yang mana kepekatannya adalah antara 65-75%, sangat pekat dan tahan lebih lama. Mendapat maklumbalas menggalakkan dari para pelanggan, ketahanan wangiannya adalah melebihi 8 jam dan mencapai 12 jam manakala semburan di baju pula dikatakan tahan sehinga 24 jam. Tiada bahan terlarang digunakan di dalam pembuatannya dan ianya juga adalah mesra solat dan halal kerana menggunakan alcohol dari tebu. Maka kita semua boleh lah gunakan tanpa was-was, kan.
Antara wangian Papahug dan Mamakiss yang mendapat sambutan hangat di pasaran adalah yang diinspirasikan dari :-
Dunhill Desired Red
Dunhill Desired Blue
One Million
212Sexy
Jadore
Forbidden Rose
Be Delicious
Midnight Fantasy
Purr
Bombshell
Gucci Flora
Huga Boss Red
Kedua-dua produk telah menjalani kajian demi kajian bagi memastikan inspired perfume ini adalah 90-99% sama kualitinya dengan bau perfume original tetapi boleh didapati oleh orang ramai pada harga yang jauh lebih murah. Ianya juga adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga.
Bagi memantapkan lagi strategi pemasaran, pihak syarikat telah melantik penyanyi Syura Badron dan Lan Kristal dalam urusan promosi wangian Papahug dan Mamakiss ini. Kedua-dua mereka telah mencuba wangian ini dan ternyata dah jatuh cinta pada kedua-duanya.
Pihak Shidierich Global Enterprise turut menaja pembikinan video klip single terbaru penyanyi Linda Eva berjudul Bulan Rindu. Selain dari itu, turut menaja aktiviti sukan selebriti tempatan seperti perlawanan persahabatan futsal dan badminton di antara team sukan selebriti dan organisasi korporat.
Encik Shidie Sahaq bersama barisan teraju utama Papahug & Mamakiss
Kerjasama-kerjasama yang telah dijalankan oleh pihak syarikat ini telah menjadikan syarikat ini lebih dikenali di platform media social dimana pengikut Instagram Papahug dan Mamakiss telah mencecah hingga ke 11,000 orang dan semakin meningkat hari demi hari.
So buat Misz-ella sendiri, Misz-ella nak ucapkan Tahniah kepada Shidierich Global Enterprise di atas pelancaran produk Papahug dan Mamakiss ini. Saya suka melihat sesiapa sahaja menceburi bidang perniagaan. Selamat Maju Jaya !
Wangian Papahug dan Mamakiss ini boleh didapati pada harga RM59.00 sahaja (35ml) manakala Hijabers Spray pula hanya berharga RM69.00 sahaja. Kesemua produk keluaran Shidierich Global Enterprise ini boleh didapati secara online di Instagram : https://www.instagram.com/byshidiesahaq/ atau di FB : https://www.facebook.com/papahug.mamakiss atau kunjungi laman web mereka di http://shidiesahaqperfume.com/
Selain dari itu, boleh juga berhubung dengan pihak syarikat di no talian :- 019-2978724/016-9601297 atau email sebarang pertanyaan di mamahugpapakiss@gmail.com atau kunjungi pejabat syarikat di alamat berikut : 311, Block 3, Jalan Tepian 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ok pembaca semua, Misz-ella dah kongsikan tentang produk Papahug Mamakiss dengan you all semua. Terima kasih baca ye, Jumpa lagi di lain entry. Bye.
*Gambar-gambar di entry ini adalah dari Facebook Sam Kassim Events and Communication. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment