Hello readers ..
Bulan puasa dah dekat .. 10 hari lagi menjelang Ramadan yang barakah. Puasa dah habis ganti? Baju raya dah tempah?
Buat Misz-ella, puasa dah lama habis ganti tapi baju raya ... sejak beberapa tahun yang lalu, persiapan raya dah tak macam dulu. Dah tak terlalu teruja .. sudah tidak lagi menempah baju sedondon buat sekeluarga. Raya dulu dan raya sekarang, banyak beza .. selepas orang-orang kesayangan pergi meninggalkan diri ini .. Raya pada Misz-ella hanyalah sekadar perayaan meraikan kemenangan setelah berpenat lelah melawan nafsu sepanjang sebulan Ramadan. Ye. Saya sekarang menyambut raya dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan.
Berbalik kepada cerita persiapan raya, nak tak nak, kueh raya atau biskut raya harus ada, kan .. walau tak penuh meja, sekurang-kurangnya biskut raya kegemaran harus ada .. supaya tak la sepi dan sayu raya kita nanti *hehe*
Tahun ini, Misz-ella dah jumpa Biskut Raya yang akan menghiasa meja comel buat dijamu kepada tetamu Misz -ella dan nak kongsikan dengan you all semua. Dah tak surprise dah sebab you all dah tau tapi tak pe lah .. kerana sharing is caring, kan. Jom kita tengok.
Strawberry Swirl Butter Cookies ~ Sejujurnya .. walaupun my brother called me Miss Marrybrown, tapi saya sangat tradisi .. maka kueh raya butter cookies tetap pilihan hati. Yang ni sangat sedap .. rangup di luar, cair di dalam *melt in my mouth* strawberry jem nya pun sedap tak keras *tak macam yang jual kat kedai* Serius sedap!
Yang ni Misz-ella panggil Almond London Gebu ..tengok lah saiz dia .. besar-besar. Makan sebijik sudah .. jimat! *hehe* Yang ini Misz-ella order khas buat Anakanda Aiman. Dari kecil sampai besar ini lah favourite dia .. tak pernah berubah. Sangat setia *macam mama dia .. hehe*
Dan akhirnya, tak lengkaplah meja kuih raya tanpa Biskut Jem Tart. Yang ni pun tersangatlah 'lovely' .. gebu, lembut dan jem nya tak manis. Tengok kat gambar pun dah tau akan kegebuannya .. bila sekali Misz-ella rasa.. terus beberapa balang ku order .. nak bagi mama jugak dan nak bawak balik kampung buat hadiah.
Sebenarnya kan, Misz-ella dah lama tak jual kuih-kuih/cookies raya ni tapi disebabkan sangat berpuashati dengan kualiti ketiga-tiga cookies ini, maka Misz-ella nak share dengan you all semua. Hanya RM30 sebalang untuk cookies gebu dan meriah ini. Sebalang tu ada lebih kurang 40-50 bijik lah. Kalau you all nak order, sila lah Whatsapp Misz-ella di 016 - 622 3138. Jadual saya sangat sibuk tapi demi blog reader tercinta, harus Misz-ella jawab. Jom la .. Jom la .. kita makan kuih raya sedap camni di hari raya ini .. tak banyak kuih tak pe asalkan ber kualiti. Baru lah berbaloi, kan. OkBye. Misz-ella dah habis berkongsi dengan korang semua dan nak pergi buat kerja lain pulak. Thank you baca.
0 comments:
Post a Comment