Hello readers ..
Restoran Pot&Pan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sekali lagi berkongsi kemeriahan "Iftar" dengan promosi hidangan buffet berkonsep "International Iftar" dengan lebih dari 300 hidangan hasil ciptaan masakan Chef berpengalaman khas dari PICC.
Antara yang kelainan yang ditampilkan pada "Iftar" tahun ini adalah Nasi Briyani Buloh, Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Istimewa.
Lain-lain hidangan menarik yang dicipta khas oleh Chef PICC adalah Kari Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis dan Nasi Dagang, pelbagai jenis Sup dan Mee, Makanan Arab dan juga Nasi Kerabu yang lengkap dengan Daging Bakar, Ayam Percik dan Solok Lada.
Dah selesai menjamu selera, jangan lupa ke kaunter pencuci mulut ~ Pengat nangka, pengat pisang, bubur kacang hijau durian, talam cendol, kuih lapis, wajik durian dan talam keladi semua ada.
Sepanjang bulan Ramadan, tetamu yang datang bakal dihiburkan oleh artis undangan iaitu Rosma AF yang akan memeriahkan sessi berbuka puasa di PICC.
Harga Buffet Ramadan di Restoran Pot&Pan PICC tahun ini sangat berpatutan iaitu RM98/seorang (Dewasa) dan RM49/seorang (Kanak-kanak) berumur 6 hingga 12 tahun. Dapatkan diskaun sehingga 15% dengan menempah awal (sehingga 15hb Mei 2017 ini) di Restoran Pot&Pan. Manakala dapatkan diskaun sehingga 20% dengan membeli di www.ticketonline,my/picc sehingga 15 Mei 2017 ini.
Akhirkata, Misz-ella nak ucapkan Terima Kasih kepada pihak PICC dan kawan baik Misz-ella, Eliey Sahad kerana menjemput Misz-ella memeriahkan preview Buka Puasa Restoran Pot&Pan, PICC. Seronok dapat jumpa rakan-rakan blogger lain seperti Fatin Bella dan Leoniel Dg.
OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Ramadan tak lama lagi, jangan lupa Restoran Pot&Pan ye .. check it out!
Pelbagai jenis kek dan puding juga ada ..
Sepanjang bulan Ramadan, tetamu yang datang bakal dihiburkan oleh artis undangan iaitu Rosma AF yang akan memeriahkan sessi berbuka puasa di PICC.
Harga Buffet Ramadan di Restoran Pot&Pan PICC tahun ini sangat berpatutan iaitu RM98/seorang (Dewasa) dan RM49/seorang (Kanak-kanak) berumur 6 hingga 12 tahun. Dapatkan diskaun sehingga 15% dengan menempah awal (sehingga 15hb Mei 2017 ini) di Restoran Pot&Pan. Manakala dapatkan diskaun sehingga 20% dengan membeli di www.ticketonline,my/picc sehingga 15 Mei 2017 ini.
Sepanjang Ramadan ini juga, pihak pengurusan PICC akan mengagihkan 1,000 bungkus Bubur lambuk percuma kepada orang ramai di sekitar Putrajaya bermula dari jam 4.00 petang hingga 5:00 petang pada 29hb Mei 2017 di pintu masuk utama PICC. So you all yang tinggal di kawasan berdekatan, jangan lupa ye.
Satu perkara yang Misz-ella nak kongsikan lagi ialah .. Buka Puasa di Restoran Pot&Pan Putrajaya tahun ini juga akan diadakan di Open terrace ini. Bayangkan, berbuka puasa bertemankan langit indah Putrajaya .. best, kan.
Seperkara lagi, PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat dengan pakej yang menarik. Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi 03-8887 6000 atau lawati laman web PICC di www.picc.com.my atau ikuti Facebook PICC di https://www.facebook.com/piccmalaysia/.
Restoran Pot&Pan diuruskan oleh :-
Putrajaya Catering Services
Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd
Email :- enquiry@pcs.my
OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Ramadan tak lama lagi, jangan lupa Restoran Pot&Pan ye .. check it out!
1 comments:
Nampak sedap sangat..boleh cuba ni
Post a Comment