Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ikan Keli Berlada, Kari Ayam, Sosej Ayam, Kubis Goreng - Buka Puasa Day 2

Salam Ramadan kepada pembaca budiman blog Dari Jari-Jari Halusku ini.

Sekejap je dah Ramadan ke 3. Tak sedar waktu berlalu, kan. 
Puasa pertama seperti biasa Buka Puasa di rumah Mama. Misz-ella tiap kali Puasa pertama mesti nak berbuka dengan Mama, macam dah tradisi seisi keluarga kami.



Ramadan hari ke 2 - Ikan Keli Berlada, Sosej Ayam dengan Cili Padi dan Bawang (dua-dua menu pilihan Aiman), Ikan Bawal goreng rangup, Sayur Kubis Goreng dan Kari Ayam .. Makan bertiga, lauk penuh semeja. Alhamdulillah .. tak membazir.



Tak sempat Misz-ella nak buat apa-apa kuih tapi sebenarnya itu tidak penting sebab kalau ada kuih, mesti membazir .. mesti ada yang terbuang. Dah Alhamdulillah dah menu berbuka kami.

#throwback Puasa pertama - masa dalam perjalanan balik ke rumah Mama. Misz-ella sebenarnya, sangat bersyukur dengan setiap detik hidup ini. Walau hidup tak sempurna seperti yang lain, masih terdapat cela di sini sana, tetap bahagia. Selamat Menyambut Ramadan wahai pembaca budiman. Terima Kasih kerana berdiri teguh menyokong blog ini. Ikhlas dari ~ Misz-ella.

1 comments: