Hello pembaca budiman,
Kali ini Misz-ella bawakan kisah dari The Settlement Hotel, Melaka, bukan lagi entry tentang makan-makan tetapi tentang villa mewah ~ Hydranger Villa yang ada di The Settlement Hotel, Melaka.
The Settlement Hotel Melaka terletak di Jalan Ujong Pasir tidak jauh dari penempatan Portugese Melaka. Misz-ella sebenarnya dah lama tertarik dengan bangunan putih yang dibina pada tahun 1960an ini. Bangunan warisan setinggi 4 tingkat ini yang dahulunya merupakan pusat latihan kerajaan telah ditransformasikan menjadi hotel bertaraf butik yang kaya dengan identiti dan budaya Melaka yang sememangnya sangat unik.
Lokasi The Settlement Hotel adalah sangat strategik, berdekatan dengan tempat-tempat menarik sekitar Melaka yang lain iaitu:-
Tugu A'Famosa ~ 3km dari The Settlement Hotel
Bangunan bersejarah Stadthuas ~ 3km
Jonker Walk, Pusat membeli belah ~ 3km dari The Settlement Hoel
Ruins of St. Paul's Church ~ 1km dari The Settlement Hotel
Zoo Melaka, Taman Mini ASEAN dan Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh ~ 15km dari The Settlement Hotel.
Check In adalah di The Cool Room ~ Reception area yang comel, tenang dan sangat damai. Once you stepped into this area, you will be greeted with smile from the Front office staff which will give you a "feeling like returning home" keramahan dan senyuman manis pekerja di Front office dan hiasan dalaman yang minimalis tetapi menarik dan sangat sejuk mata memandang .. betul-betul ibarat pulang ke rumah sendiri. The Settlement Hotel mempunyai 49 buah bilik mewah. Phewwww .. tak sabar Misz-ella nak menjenguknya.
Dining area ~ Sarapan pagi dihidang di sini. Lihat jubin lantai dan tangga yang bakal membawa kita ke lantai atas .. sangat kaya dengan budaya dan tradisi Melaka, kan.
Ada basikal untuk disewakan kepada tetamu ~ Sesiapa yang mahu mengeliling kawasan berdekatan dengan basikal, boleh dapatkan perkhidmatan sewa basikal ini dari Reception ye.
Di sudut hotel ada replika Rumah Melayu lama yang sangat comel .. satu lagi spot menarik untuk merakamkan kenangan.
Dalam perjalanan mahu ke Hydranger Villa ~ Misz-ella suka spot ini .. walkway nya panjang dan putih bersih dengan sedikit kehijauan yang mendamaikan. Sedap mata memandang, sejuk rasa hati.
Sebelum sampai ke Hydranger Villa, kena lalu kolam renang dan The Spa dulu. Macam-macam ada rupanya di The Settlement Hotel ni, kan.
Dan ini lah dia, deretan villa-villa mewah bercirikan tradisi Melayu (Malay Style Villa). Ada empat unit kesemuanya dan salah satunya Misz-ella punya. Jom ikut Misz-ella explore villa cantik ini ..
Villa mewah ini dibina dari kayu lama yang sangat kuat dan kukuh dengan ukiran yang sangat teliti, kemas dan menarik.
Cantik, kan. Kaya dengan senibina ukiran yang tersendiri.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Misz-ella pun Wow .. katil tinggi bertiang empat yang kaya dengan senibina lama memenuhi ruangan tengah villa ini .. terpesona!
Cantiklah .. tak sampai hati nak tidur *hehe*
Almari pakaian/Gobok antik berwarna yang sangat unik turut ada. Alahai .. rasa nak bawak balik je almari antik ni.
C.A.N.T.I.K.
Kami tiba-tiba rasa bagaikan berada di Kampung halaman nak pulak di waktu malam tatkala hujan turun dengan lebat. Bayu lembut, dingin malam dan disaat bunyi derapan tapak kaki kami menyentuh lantai kayu .. aishhh .. rindu rumah Nenek zaman dulu-dulu.
Di satu sudut lagi ada meja konsol yang lengkap dengan TV, Minibar, Cerek elektrik dan Meja sudut yang membolehkan kita merehatkan badan sambil menghayati secawan kopi.
Pintu bilik air ala dulu-dulu *I LIKE*
Bilik air lengkap dengan kolam kecil yang membolehkan kita merendam tubuh bagi menyegarkan badan yang penat sambil mandi bunga. Tengok jubin lantai bilik mandi .. menarik, kan.
Kalau nak mandi bunga, khabarkan kepada pekerja hotel awal-awal agar persiapan awal boleh dilakukan. Kita cuma perlu tunggu dan bersedia untuk mandi sahaja ..
Tidur malam di Hydranger Villa .. bertemankan bunyi alam yang menenangkan jiwa. Kebetulan malam itu hujan turun dengan lebat .. maka Misz-ella tidur bagaikan Sleeping Beauty dan sebaik bangun pagi .. terasa masih mahu tidur lagi. Tilam dan bantal di sini sangat empuk. Sebaik kita merebahkan badan ke atasnya, terasa tubuh bagaikan didakap lembut memberikan keselesaan yang buatkan Misz-ella rasa sayangnya nak tinggalkan katil cantik ini.
Sarapan pagi disediakan buat tetamu The Settlement Hotel secara A-La-Carte. Misz-ella pilih Nasi Lemak dengan Rendang .. sedap nya la Sambal tumis itu, sampai hari ini teringat-ingat.
Sebaik sahaja selepas Sarapan pagi, tibalah masa untuk Misz-ella mengucapkan Selamat Tinggal kepada Hydranger villa ini. Yah .. time to say GoodBye. I am in love. Walau tidak besar atau gah seperti hotel lain di Melaka, The Settlement Hotel tetap istimewa. Masih banyak yang perlu di explore dan mahu Misz-ella kongsikan dengan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Will definitely come to this beautiful hotel again.
So pembaca-pembaca budiman, kalau ke Melaka dan mahukan penginapan yang lain dari yang lain serta sweet, quiet and private, boleh lah you all cuba The Settlement Hotel ini. Lokasi hotel sangat menarik .. tak terlalu sesak seperti kebanyakan hotel di tengah bandar. Kemudahan parking adalah percuma di belakang hotel dan dikawal 24 jam. Macam-macam aktiviti boleh kita lakukan di sini. Sayangnya Misz-ella harus pulang ke Kuala Lumpur dan tak dapat duduk dengan lebih lama tapi dalam hati sudah terdetik .. I want to be here again.
Maklumat lanjut tentang harga bilik dan jenis bilik-bilik yang lain serta kemudahan/perkhidmatan yang ada di The Settlement Hotel boleh didapati di https://thesettlementhotel.com/home Cepat-cepat pergi tengok dan tempah bilik impian anda hari ini juga. Misz-ella pun sedang belek Kalender dan mahu ke The Settlement Hotel lagi. Ok Bye readers. Terima Kasih baca.
0 comments:
Post a Comment