Hello pembaca-pembaca budiman ..
Salam Ramadan hari ke empat. Salah satu kebaikan dan keunikan Ramadan ialah kita semua akan makan malam lebih awal dan serentak, iaitu menjelang Maghrib. Tambah manis bila golongan lain turut meraikan kemeriahan Ramadan dengan Berbuka puasa bersama-sama. Seronok, kan.
Buat Misz-ella sendiri, bulan Ramadan ialah bulan yang sentiasa menyaksikan dapur Misz-ella sentiasa berasap. Misz-ella sentiasa bersemangat untuk masak juadah berbuka di bulan Ramadan. Masa kerja dulu, walau sampai rumah dah jam 6 petang, saya masih bersemangat untuk ber kung-fu dan ber tai-chi di dapur. Agaknya Misz-ella antara yang mendapat keberkatan Ramadan kot .. tiada istilah penat, tiada malas, tiada negatif .. sentiasa positif di bulan Ramadan nak pulak pada hal-hal yang membabitkan kesayangan.
Dan ini lah dia juadah di hari ke 3 ~ Ayam Masak Merah, Ikan Bawal Goreng, Kerabu Kacang Botol, Tahu Thai dan kuih Buah Melaka .. semuanya hasil tangan sendiri tak ada yang Misz-ella beli dan yang paling best, semua juadah siap dalam masa tak sampai 2 jam. I suddenly feel like a Superwoman. Hehe.
Dah lama tak buat kuih Buah Melaka. Masa beli bahan-bahan, terus timbul idea nak buat berwarna warni maka inilah hasilnya .. Kueh Buah Melaka berwarna merah, hijau dan ungu. Ketulan gula melakanya cair dalam mulut dan kelapa salutnya pun cukup lemak nya .. puashati buat sendiri *Hehe*
Yang ini pula adalah Tahu Thai. Goreng tahu lepas tu hiris. Hiris timun dan curahkan Sos Thai Mae Pranom lepas tu taburkan kacang tanah tumbuk. Ini memang favourite Misz-ella dari dulu lagi. Jimat masa, jimat kos dan kegemaran seisi keluarga .. itu yang penting, kan.
OK dah habis dah kongsi dengan you all semua. Semoga sesiapa yang sedang berfikir tentang juadah berbuka tu dah dapat idea. Terima Kasih baca. Bye.
1 comments:
Wow mcm makan kat hotel je lauk2 rare
Post a Comment