Hello pembaca-pembaca budiman,
Buat penonton-penonton slot Samarinda TV3, terkini di kaca TV anda ialah drama Andainya Takdir.
Drama Andainya Takdir ini mengisahkan ketabahan
Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil
(Shukri Yahya) yang penuh cabaran.
Mereka mempunyai seorang
puteri bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa
dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan
cemburu buta.
Airil sentiasa memantau segala perbuatan Fatihah dan sekiranya beliau tidak menyenangi perbuatan Fatihah, Fatihah akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan
sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, beliau turut menghadapi tekanan dari ibu mertuanya.
Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) seorang yang suka menghasut dan berprasangka buruk terhadap Fatihh dan ini membuatkan keadaan rumahtangga Fatihah semakin meruncing. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya
yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada
menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada
suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa berpihak kepada ibunya sehingga membuatkan Fatihah rasa terpinggir.
Keadaan bertambah buruk apabila adik iparnya, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa
dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mempunyai zuriat. Cemburu
dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang
tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk
memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya.
Sekiranya permintaannya tidak dituruti, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke
kampung juga. Segala-galanya menambah tekanan kepada Fatihah dan membuatkan keadaan rumahtangga mereka semakin meruncing.
Sungguhpun begitu, Airil yang panas baran dan
sentiasa memukul Fatihah, sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal
sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
“Kerana anak, Fatihah bertahan dengan sikap ibu mertuanya
yang kuat mengumpat dan suka membanding, hasad dengki iparnya dan sikap suami
yang terlalu kuat cemburu hingga sering memukulnya. Ramadan itu, Fatihah berusaha
untuk mengubah sikap mereka namun segalanya adalah TAKDIRNYA...”
Hummm .. sedih, kan. Misz-ella yang baca sinopsis ini pun tumpang stress. Dapatkah Fatihah dan Airil mempertahankan perkahwinan mereka? Mampukah Fatihah terus bertabah atas nama cinta pada Airil dan rumahtangganya? Adakah Airil akan terus dengan sikap hilang pertimbangannya dan berterusan memukul Fatihah atau boleh berubah? Normah, Norlin .. bakal terus begitukah?
Jom kita saksikan Drama bersiri yang sangat trajis ini ~ Andainya Takdir setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 29 Mei 2017 ini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my.
Dan ikuti juga laman social Facebook, Twitter, Instagram, dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.
2 comments:
Adududu. Siyannya kat Fatihah. Stress rasanya sampai tak tahu tabah ke tidak hati ni nak tonton drama bersiri ni. Huhu.
eee...macma best je, risau start follow x tgk rase stress pula lain kali ^_^
Post a Comment