Hello pembaca-pembaca budiman,
Sedikit perkongsian dari kunjungan Misz-ella ke Kelantan baru-baru ini. Salah satu tempat yang Misz-ella kunjungi ialah Wakaf Che Yeh, bandar kecil yang lokasinya lebih kurang 7km dari Kota Bharu, Kelantan.
Kalau sebut Wakaf Che Yeh, mesti semua akan terbayangkan Pasar Malam atau juga dikenali sebagai Uptown nya yang sangat meriah dengan pelbagai jenis jualan yang harganya boleh ditawar-menawar.
Walau cuma 3H/2M ke Kelantan dan tujuan asal untuk mengunjungi mak-mak sedara di sana, sempat jugalah Misz-ella ke Wakaf Che Yeh, meninjau suasana meriah malam di sana.
Dan sempat merasai Baba Ice Cream yang sedap ini
Pakcik yang menjual Baba Ice Cream di Wakaf Che Yeh ini pun lemah lembut, berbudi bahasa dan sentiasa senyum orangnya. Baba Ice Cream adalah aiskrim biasa yang dicampur dengan bahan-bahan lain dan ditambah 'chocolate topping' untuk meningkatkan lagi rasa nya.
Bahan-bahan tambahan adalah kiub roti pelbagai warna, cincau, jagung, pulut, kacang dan macam-macam lagi.
Dah siap .. in yang biasa RM3 sahaja
Kesimpulannya .. sangat sedap dan berbaloi sebab hanya RM3 sahaja. Tak manis sangat .. sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga.
So kalau you all ke Wakaf Che Yeh, silalah cari Pakcik ni dan beli lah secawan Baba Ice Cream ni. RM3 sahaja gerenti tak menyesal dan opsss .. Misz-ella turut jumpa Baba Ice Cream di Rantau Panjang jugak tau .. tapi tak sempat beli. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua. Terima Kasih baca ye. Bye.
1 comments:
hmmm time posa ni rasa sedap plak tgk ice cream tu..bahan pun banyak nampaknya..
salam ramadhan sis..
Post a Comment