Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lelaki Yang Perkasa

I dont understand mengapa lelaki yang sepatutnya bersikap melindungi tapi bila berjalan nun jauh ditinggalkan isteri dia di belakang. Tak boleh ke kalau jalan beriringan or if tak nak jalan beriringan dengan si isteri pun, bagi la dia jalan depan, u as a man, as a husband jalan di belakang dia, protect her. Lindungi dia dari apa-apa anasir yang mungkin timbul atau barangkali terjadi.  Entah-entah terjatuh ke isteri tu, terkena ngorat ke dia, at least sebagai husband u tau and know what to do.  Ini tidak .. dia jalan depan menonong si isteri nun ditinggalkan di belakang.  Sapa jaga sapa ni? Bukankah keselamatan isteri tanggungjawab sang suami?  Susah ye para-para suami di luar sana nak buat camtu.  Misz-ella hairanlah tengok fenomena macamni.  Heran sangat-sangat.  Kalau kat mana-mana kenduri, Misz-ella tengok si husband dah bersalam-salaman, si isteri dok terkedek-kedek kat belakang.  Kat shopping complex si husband echewah bukan main lagi gagah di hadapan, si isteri dibiarnya sorang kat belakang.  Datang orang lain pimpin tangan baru padan muka dia. Hihihi.

Fitrahnya Adam itu dijadikan gagah, untuk melindungi si Hawa yang terbatas kekuatannya.  Faktanya si isteri itu adalah amanah.  Maka lindungi dan peliharalah dia dengan sebaiknya. Satu perubahan kecil yang kita amalkan, besar kesannya untuk membina sebuah hubungan yang bahagia.  So para suami diluar sana, awasi dan lindungi lah si isteri selalu. Malang tak berbau.  Kita tak tau apa yang Dia tulis untuk kita.

5 comments:

Anonymous said...

;), setuju, dtg org lain pimpin naya haha

Unknown said...

biasanya kita jalan depan..suami kat belakang dukung anak..kita jalan pagang maisara kadang2 sampai tertinggal suami kat belakang,,..heheh

ctpayong said...


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ

السلم عليكم ورحمة الله

kerana itu cemburu terhadap isteri (yang berpatutan@munasabah) itu dituntut dalam Islam.

wallahua'lam

siti nur atieqah said...

kn lebih baik jln berpimpin tangan atau jln seiring.. Knp nk kena jalan jauh2?? http://mylifeeyqka.blogspot.com/2013/04/lipas-berkeliaran-dalam-bilik.html

mamawana said...

Betul tu... terasa benor lepas kawin dah dapat..terus tak heran dah ngan bini dia. Pas tu kejor lak awekss lain utk suka2... puuuii hipokrits kan kan kan...