Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Penang Day 2 - Rumah P. Ramlee, Art Street, Bukit Bendera,

It was still raining during our second day in Penang. Orang Penang kata dah 4 hari hujan tak seriat *reda*.  Hurmmm .. camna nak keluar jalan-jalan ni? Lorong Kulit, Art street is outdoor .. confirm tak boleh.  Finally we decided to go to Rumah P. Ramlee only.

Berpayung kerana hujan. Ohhh romantiknya korang.

Cantik, kan Rumah Kelahiran Tan Sri P. Ramlee ni ...

Hujan .. basah .. tapi Nak jugak!! Tak kira. So i selfie here. Hehe.


Rumah Kelahiran P. Ramlee perhaps is nothing for sesetengah orang but for us, kerana Arwah Tan Sri P. Ramlee adalah seorang lagenda yang tiada gantinya, maka wajar lah kita kunjungi bila ke sini. I'm not sure about apa orang lain rasa bila di sini tapi for me, i'm touched. Ada sedikit sebak .. bagai terasa Aura P. Ramlee bersama-sama kita saat berada di dalam rumah ini. Sedikit sedih .. mata berkaca bila membaca perjalanan hidup Arwah sedari mula pembabitannya dalam dunia seni sehingga beliau menghembus nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah buat Arwah. Moga berada di dalam kasih sayang Allah swt. Amin.

Then kami teruskan perjalanan and its still raining. A bit pull off by this time tapi apa kan daya .. Kun Fa Ya Kun itu milik Allah swt maka kita redha.  So the wheels keep on moving .. menyusuri bandar Georgetown yang kaya dengan warisan peninggalan zaman dahulu.  We saw a lot of tourist on Poncho and we want it too but where to buy?? And suddenly .. someone in the car spotted a shop selling Poncho at it's corridor so Wahhhh !!!

And Yesss!! We are on the Poncho!! 15 sets of Poncho @ baju hujan segera kami beli so that we wont miss Penang's fun.  Hello Georgetown .. we are ready to rock you now. Yeayy!!

Lebuh Ah Quee, Lebuh Armenian, Lebuh Cannon and all other Lebuh-Lebuh in Georgetown ... here we come. Seronoknya kami jalan ramai-ramai dalam hujan. It was really fun .. tengok la happy faces me and my son.  Ada orang kata i look like kakak Aiman. I mama la .. bukan kakak dia. Tehehehe.

The best way to explore Georgetown is by walking or rent a bicycle.  I nak sewa basikal tapi hari hujan and not all in the group know how to ride a bicycle so we decided to walk.  First thing to do .. Get a Georgetown Walking Map from any of the shops in this area. Its Free. Use it as a guide cos there are so many attractions here. So park your car, start walking and enjoy Penang's fun!

Macam tu la kejadian bila Misz-ella mahu difotokan .. terus keluar perangai gila-gila i. Hehehe.  Art Street is fun la kawan-kawan.  Tiap gambar di dinding ada motif dan ceritanya. You guys dont forget to check it out, k ..

Cantik kan gabungan warna Poncho kitorang .. Tapi lepas tu Aiman cakap .. Ma .. aiman rasa macam pakai plastik sampah lah. Hahaha. Tu pasal mama tak ambik yang biru tu. Mama awal-awal dah rasa camtu la Aiman .. Haha. 


Seingat Misz-ella, ini antara Lukisan yang paling banyak menarik perhatian pengunjung.  Kena beratur nak ambik gambar kat sini. Tu belum lagi kena sabar menunggu masa untuk petik kamera sebab harus bagi laluan pada kereta-kereta dulu. Whatever the halangan is ... kami tetap gigih menunggu giliran and having so much fun. Ermmmm .. kepala gila-gila Hip Hop family kami ni letak kat mana pun tetap meriah. I love my family lah. Muahhh ..

Then we spotted this lorry so kitorang pun ramai-ramai beli air kat situ. Kelakar lah!! Seronok Uncle tu tengok gelagat kitorang. You orang mai dari mana? Kuala Lumpur Uncle. Waaa semua famili ka? Ye Uncle. Waa bagus aa. Sudah pi ini tempat? Sana banyak lagi lukisan lawa-lawa. Amboiii if semua peniaga also act as Tour Guide macam Uncle ni kan bagus .. confirm pelancong suka dan rasa dihargai.

Hello Art .. we are very happy watching u. Mana? Mana? Mana lagi Art-art ni? Those arts are scattered among the lebuh-lebuh so u guys got to walk and look for it with the help of the map and each art berkait rapat dengan kedai-kedai di situ. So cute!


There are many more attractions in Georgetown. Ada Camera Museum, ada 3D Trick Museum, ada Masjid Kapitan yang sangat cantik dan unik senibinanya, ada Little India yang meriah dengan kedai-kedai with wonderful colours.  If you plan to visit Georgetown, spend at least half a day here so that you will enjoy .. balik nanti tak la terkilan, kan. Remember to park, get a Map and start walking. Believe me its fun!


Then kami pi lunch kat Restoran Nasi Kandar Subaidah.  Restoran tersangat lah bersih *kagum* harga murah dan makanan is so sedap *lagi kagum*.  Kat Penang ni Restoran biasa-biasa pun makanan sedap dan ada rasa.  Tak yah gi yang femes dan mahal melampau serta belum tentu bersih tu .. almaklumlah .. kami 14 orang.



Lepas lunch ke Bukit Bendera @ Penang Hills, tempat wajib untuk yang pertama kali ke sini but we still went up the hill even its not our first trip. Earlier plan was to watch a sunset dari atas Bukit Bendera tapi sayang hujan tak berhenti dah 4 hari .. there is no sun .. maka kau jangan harap nak tengok dia set.

And its still raining

Nasib baik masing-masing dah standby dengan Poncho tadi.  Penang mengamalkan sistem 1Malaysia - Signboard ditulis dalam 3 bahasa. Yess!!
First agend was Solat Jamak Asar dan Zohor di Masjid ini.

Bukit Bendera sudah ada Lockbridge.  They called it Penang Hill LoveLock.  Lockbridge yang asal adalah tempat dimana kita tulis rahsia lalu kita lock di sana lepas tu kuncinya kita buang jauh nun di laut atau di sungai. Then it remain secret forever cos no one can open it anymore. Lockbridge zaman la tempat hang pa ukir nama marka. Tak buleh lawan chek la eihhh pasai chek ukir nama yang dicinta dalam hati. Tak main aaa show off nama marka kat hang pa semua. Tehehehe *tetiba cakap Penang*

Ma sini kita Wefie .. maka mak yang comot ni pun senyum dengan rela. Camera Sony Xperia Aiman waterproof .. pi Sunway Lagoon main air boleh lagi snap-snap gambar. Jeles la .. sebab Mama ada Samsung aje. Jangan cuba-cuba rendam dalam air .. haha.

Di Bukit Bendera sudah ada The Owl Museum .. first owl museum in South East Asia. Entrance fee is RM10/adults, Free for Kids. Kami tak masuk .. anything related to perkataan hantu i ngeri. Hehe.

Jangan lupa beli Chic Peas Special disini. RM2.50 only soo yummy

Aiman and Cousins, Amir.

Pulau Pinang dari Bukit Bendera

Berjam-jam kami melepak atas Bukit Bendera tu. Borak, gelak, makan, minum .. lepas tu kita pun turun lah balik menaiki Keretapi Bukit Bendera Generasi ke 4 yang lajunya dah serupa LRT ni.  I suddenly miss the old train. Its super slow .. sesuai untuk orang suka berangan sambil menghayati alam macam i. Yang baru ni masa turun dah macam naik Roller coaster. Hihihi.


Malam kita jalan-jalan di Pasar Malam Batu Feringghi. I not so like the new pasar malam environment .. i miss the old Pasar Malam. 

Dulu-dulu mana ada Restoran Arab kat sini but nowwww ??? Sib baik Restoran tak pasang lagu Arab if not we can call this Penang Bintang Walk. Haha.

Dah puas merayap we went to another famous makan spot in Penang - Padang Kota Lama. Pasembur Gani kat sini jauh lagi sedap dari pasembur di Gurney Drive. Mee Goreng Udang, Mee Goreng Sotong, Char Kuey Teow .. WaWaWa .. sangat berbaloi Dinner malam ke dua kita di Penang ni. Ok dah penat sebab keluar rumah 10 pagi balik rumah lebih dari 12 malam. Tired but so happy. Masa bersama keluarga sentiasa berharga, kan.  Ok Bye. Esok kita cerita lagi. Byeee.








1 comments:

inni osman said...

ella..tq so much tlg up kan my negeri...hehe...
lukisan tu mostly dilukis pelukis2 ternama local dan oversea...
lupa nak suruh pi bangunan yusoff taiyoob dkt situ...boleh beli product2 dia dgn harga murah...selain product2 kurma..should try barley candy...
tq.. :)