Sunday, September 25, 2011

Alahai Raya

Alahai Raya. Suka dan bahagianya kita semua bila Raya tiba. Tapi yang pastinya 'suka dan bahagia' raya itu datang dengan pakej "penat dan padat". Penat badan ke sana sini .. padat jadual dan padat perut dengan makanan yang sedap kerana memenuhi jemputan demi jemputan. Dalam keadaan ni, "Perut" paling beruntung. Kaki paling merana kerana bekerja kuat menekan minyak dan brek kereta serta berjalan ke sana sini. Sib baik raya setahun sekali, kan. Oh BTW, jangan lupa hargai dan sayangi kaki yang dah kerja kuat untuk kita ye. Hihi. 

Tiap hujung minggu saya dapat sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jemputan. Keluar 12 tengahari balik sebelum 12 malam. Macam Cinderella pulak dah. Hihi. Saya seboleh-bolehnya cuba memenuhi tiap jemputan tapi ada jugak yang tak dapat dihadiri. Mana yang tak dapat saya penuhi, saya mintak maaf banyak-banyak. Bukan tak sudi tapi tak berkemampuan. 

Sepanjang Syawal ni kan, aktivit lain seperti tengok wayang, jalan-jalan kat Shopping Complex, Facial, Makan Angin dan macam-macam lagi semua di "KIV" bagi laluan untuk raya dulu. Habis raya nanti baru boleh fikir benda-benda lain. Raya setahun sekali maka sewajarnya lah kita gunakan peluang ni untuk kunjung mengunjung sesama sahabat dan saudara mara. Kalau tak raya kita tak da peluang nak kunjung mengunjung, betul tak? BTW, raya dah nak habis. Macam-macam perasaan saya dan antara perasaan yang turut serta adalah "Lega". Hihi.

Buat mereka yang bakal sepi kerana akan ditinggalkan pasangan kerana ada yang ke Tanah Suci Mekah, dont be sad ok. Percayalah yang Sepi itu ada indahnya. OK lah. Tak boleh cakap banyak-banyak lagi. Bye my dear readers. See u in my next entry ye*kalau sudi*Hihi.



13 comments:

Peri PiA said...

kc yg disenangi ramai :)
ur life is so much fun

MamaYatie said...

meriah tul undangan open house KC yer..
alhamdulillah,w/pun dah hjg2 dpt juga kami berpeluang nak beraya..

cottonlady said...

dh ujung rye pn still meriah ek KC~syok yer ^.^ cam kmi dh stat msok bljr blk,ilg dh mood rye >.<

eliyaezlinalias said...

smga idup kc sentiasa dikelilingi bahagia~~~

Melati Qistyna's Mummy said...

owh, si hero ber2 tu ke Tanah Suci ye KC.... :)

chemie said...

ooo now I know, KC is for kak chik. But i prefer Ella... rockkkk hehe

Cik Bambam said...

hurm..sy pon dpt jemputan x pergi coz alone..huhu

Tina Othman said...

perut sentiasa penuh time raya ni hehe

aqishah said...

banyak tu jemputan.. best2 tapi tulah mmg penat kan pi beraya.. kalo buat open house lg penat.. phewww

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kak..sepi tu mmg indah.huhu

untungnya ada open hse..adik lum gi satu pun open hse dah nk abis syawal pun tau

Ct Arina said...

wahhh x menang tangan kc g jemputan open house. org best mcm kc of kos dsenangi ramai ;D

diana said...

cukup sebulan kakchik punye undangan rumah terbuka ye..jimat belanja dapur tu..
hehhehe

Razil Tahir said...

lepas nnie weekend dah tade makan2 free lg da.. huhuhuhu