Yang best minggu lepas

Monday, September 26, 2011

Hai kawan-kawan .. Kita nak tanya ni .. Apa yang best minggu lepas? Pada kita lah, rasanya "Jemputan Untuk Makan-Makan" tetap No. 1 dalam Carta.

Kerja hari Sabtu. Lepas kerja, jalan-jalan dengan kawan untuk memenuhi Jemputan Makan-Makan.  Dari Segambut-Kajang-Segambut-Sg. Buloh. Jalan jem sana sini. Kita gi dari opis so Bodyguard sume tinggal. Single sekejap kita tau. Hihi.

Minggu lepas entah kenapa tetiba je nak mekap-mekap. Biol kah? Bosan kah? BTW, buat yang bertanya tentang rambut, sebenarnya rambut tu tetap sama cuma gaya berbeza. Yang ni "wet look' sebab tak sempat 'blow' pagi-pagi, so kita buh "Baby Oil" je kat ujung rambut tu. Gambar atas rambut siap "blow" ..

Sebelum pegi kerja pagi Sabtu tu, sempat masak Nasi Lemak dan Daging Masak Merah untuk yang tinggal di rumah. Hmmm .. camtu la rutin seorang ibu, pekerja dan blogger macam saya. Bangun tido, masak, anta anak sekolah, gi keja, balik keja, exercise, blogging, .. bla .. bla .. bla ..

Walau bizi, curi masa untuk bawak buah hatiku si Aiman beli barang kelengkapan peperiksaan. Jaga baik-baik eh. Dah besor pun sokmo barang hilang. Haih!!!

Rojak buah ni nampak sedap tapi sebenarnya tersangatla manis. Memang resepi dia camtu kot??

Nescafe, Milo Ais dan Lime with Sour Plum. Yang masam tu ai punya ye. Hmmm .. Ok lah ye. Sekian sahaja Entry mengenang Yang best minggu lepas*tak la best sangat pada korang, kan*. Hihi. BTW, Tima Kasih buat yang baca ye. Jap-jap lagi baca la lagi eh. Banyak entry "on queue" ni. Hihi. 

p/s : Minggu ni pun belum sunyi sepenuhnya dengan "Jemputan Makan-Makan". InsyaAllah ai datang. "Rejeki". Hihi.



You Might Also Like

17 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail