Mana Beg Duit?

Monday, September 26, 2011

Baru balik lunch sorang-sorang. Sebelum keluar dah check segala bagai. Entry Card, Kunci kereta, Handphone .. Konfident sume ada.

OTW dok pk .. pk .. Makan apa ?? Kat mana ?? Tetiba dapat idea ~  Nasik Daun Pisang. OK .. Traffik Light depan ambek kiri pastu terus je .. lepas 'bumper' no. 2 ambek kanan. Memang 'good luck' harini, Parking betul-betul depan Restaurant. Yesszzz !!! Cantek arr. Terasa macam VVIP sekejap.

Sebelum turun, belek 'seat' sebelah, 'seat' belakang, cari suratkhabar, cari majalah .. buat peneman kot la kebosanan. OK done. Berlenggang Kak Limah kita turun menyusun langkah bertemankan Si Blink sambil mengepit Majalah Wanita Edisi Lama. 

Nasi Putih, Ikan Tenggiri Goreng, Sayur 3 Jenis, Papadom, Cili Kering Goreng Garing bersulamkan Fresh Orange. Hmmmm .. tak toleh kiri kanan dah. Habis makan, bangun, basuh tangan. Tergerak nak check handbeg. Eh .. mana beg duit?  Alamak .. Camna? Dalam bijak 'check' segala, beg duit boleh terlupa?? Nak kol Opismet suh antar ke? Aduh duh .. Camna ni? Kena basuh pinggan ke aku jap lagi?? Ishhhh!! Dalam dok panik tu. tetiba ternampak 'Envelope' putih celah-celah barang di dalam beg. Hmm .. sib baik. Envelope tu la "Hero" kita hari ini sebab dalam envelope tu ada duit yang sepatutnya kita "bank in" tapi kita tunda kerana hal-hal yang tak dapat dielakkan. Pengajarannya, jangan lupa beg duit sebelum keluar. Kalau tidak .. merasa ler basuh pinggan dengan kasut tumit tinggi. Hihihi.

You Might Also Like

24 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail