Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Untung orang lain-lain ler ..

Saya ada sorang kawan. Dia selalu 'jeles' tengok kehidupan orang lain. Dia rasa orang tu bertuah, dia tidak. Dia mula rasa 'down'.  Dia lupa Tuhan tu maha kaya, adil dan sayang pada semua hambaNya. Dia lupa yang dia juga ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri malah ada kalanya lebih bertuah lagi.

Kawan saya ni selalu mengukur kehebatan seseorang pada harta dunia. Pada dia, kalau orang tu boleh keliling dunia, boleh pakai barang mahal-mahal .. dia akan cakap "bestnya dia". Saya selalu 'motivate' dia. Saya selalu cakap .. Kau pun hebat dan best jugak .. punya anak, punya keluarga, punya visi dan misi untuk mereka-mereka. Kau ada kelebihan kau yang tersendiri. Dia ada kelebihan dia. Lain orang, lain tujuan dan matlamat .. lain 'satisfaction'nya .. lain untungnya. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tuhan sayang semua hambaNya. Kau lebih kat sini .. kau kurang kat sana. Tapi kekurangan itu tidak mencacatkan kehidupan engkau, kawan. Kerana sebenarnya yang kau idam-idamkan itu bukanlah keperluan .. tapi kehendak semata-mata. Belajarlah bersyukur, Kawan. InsyAllah tenang jiwa.

7 comments:

Sheherazade said...

pia ade perasaan mcm tu

tapi dr hari ke hari pia belajar perbaiki kelemahan itu

harus bersyukur :)

msh punya rase sft rendah diri

eelobor said...

bila saya merasa kekurangan diri kerana orang lain lebih, saya suka membaca entri ini kerana mempunyai maksud yang mendalam dan boleh memotivasikan diri saya kembali.

eiela said...

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan kak. manusia nih tak sempurna semuanya tapi ketaksempurnaan tuh boleh ditutupi dengan kelebihan yang ada.

ayeesha anna said...

Betul tu kak ella. Seperti kata-kata renungan ni:-

Bila kita menaiki kereta lihatlah org yg menunggang motor, bila kita menunggang motor lihatlah orang yang berbasikal, bila kita berbasikal lihatlah orang yg berjalan kaki...TAPI bila kita berjalan kaki ingatlah bahawa ada orang yang tak mempunyai kaki pun untuk berjalan.


Semoga kawan kak ella tu sentiasa bersyukur dengan apa yang dia miliki dan hilangkan sifat PHD dalam diri dia terhadap orang lain.

eliyaezlinalias said...

sentiasa bersyukur dgn apa yg ada dan juga apa yg tiada...

Akak Kembang said...

Alin jugak punya sahabat sebegitu...tapi Tuhan itu Maha Kaya..akhirnya dia sendiri menyendiri kesilapan dia sendiri..alhamdulillah..hubungan kami makin pulih

mama aini said...

betul kakchik kita patut bersyukur apa yg kita ada..ada org lain yg lbh susah & lbh menderita dari kita..hu2x..