Thursday, September 22, 2011

Jangan simpan dalam hati

Jangan simpan dalam hati ~ Nanti timbul satu titik hitam.  Sebagai manusia biasa, kita tak sempurna.  Walau bagaimana kita cuba menjadi baik, menjadi positif .. tetap akan tercela di sana sini.

Andai ada terguris, terluka atau kecil hati, jangan disimpan dalam hati. Cari peluang untuk luahkan apa yang kita rasa. Bila dah terluah ,, "Lega". Hapus sudah sebuah titik hitam dalam hati. Hilang sudah segala "rasa tak enak" pada dia. Moga-moga dengan segala penjelasan, akan terbuka lebih ruang untuk perbaiki kelemahan.  Moga-moga juga akan lebih mengeratkan sebuah hubungan. Bak kata seorang Ustaz kepada saya satu ketika dahulu .. Perbincangan, penjelasan .. haruslah diniatkan untuk kebaikan dan jangan sampai membawa kepada perpecahan.







14 comments:

alinac lover said...

tp yong suka simpan dlm hti :(

Tina Othman said...

bila terlalu banyak simpan yg makin sakit tu

eliyaezlinalias said...

slalu kalo xsuka trus buang - delete~~~
xsimpan pon! buat rugi space HATI ai jek!!!

Cik Ina Do Do Cheng said...

terutama pasangan suami isteri, lebih baik berubat sebelum penyakit tu berpanjangankan.

yaya said...

sy suke luahkan, tak suke pendam. nanti ati lagi saket. nice entry sis =)

makdara TERdiva said...

bukan taknak meluahkan cuma x nak bising2..sy lebih suka pendam..hoho!

Puan Kutu said...

setuju.klu selalu menyimpan dlm hati,dr situlah terbitnya dendam

lagenda said...

mak pun sama gak KC..tak suka simpan lama2 dlm hati. Kalo bleh nk ia cpt2 baik agar hidup mak x berat dan sarat bwk dendam dan kemarahan. Nak happy jer dgn semua org..hiks

Liza @ Adzriel AB said...

betul tu..takut lama terkumpul jadi explode nanti.

eelobor said...

betul tuh akak, setuju sangat. Setiap malam sebelum tidur, amalkan membaca doa & menyebut " aku maafkan semua kesalahan & kesilapan orang lain terhadap aku & aku memohon kemaafan seandainya aku juga ada membuat kesilapan yang serupa"

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

apa kabar kak cik? lama betul sy x dtg sini..x terlambat rsnya nak ucapkan selamat hari raya...salah silap tulis harap maafkan (maklumlah kita berteman di alam tulis-tulis je hehe)...

munna said...

lama2 terbuku dlm hati ...nanti jadi meroyan di buatnya

norh said...

bukan senang nak jaga HATI..

diana said...

"like"
eh!tak de butang like pulak..
hehhe