Mata, Ayam dan Ikan

Tuesday, September 27, 2011

Antara Ayam dan Ikan yang menjadi hidangan, Misz-ella la Chefnya. Pukul 6:30 pagi selepas Subuh dah start aktiviti main masak-masak kat dapur sorang-sorang sambil kejutkan Aiman bangun. Sambil tu curi-curi masa makan vitamin sambil berdoa "Semoga aku sehat dan kuat agar aku dapat beribadah pada Mu dan berbakti pada keluargaku. Amin". Kul 7 tepat start enjin keta anta anak gi sekolah. 7:15 sampai rumah balik, sambung apa yang tergendala sebentar tadi sebelum bersiap untuk ke pejabat pulak. What to do .. I la Boss kat rumah sendiri .. I la Kuli bukan Boss kat opis. So, rela dah redha dengan seikhlas hati, InsyaAllah dipermudahkah semua urusan. Amin.

Amboi .. Melalut betul Intro entry, kan. Hihi. Ok .. Mari kita terus ke isi sebenar entry ini. MATA siapakah ini?? Ai ler .. takkan Aiman dak? Hihi. Saje jer nak letak gambar mata hasil jari halus sendiri buat kenangan hari tua nanti. Belum cukup sempurna, kena banyak praktis lagi ni. Teringat kenangan masa belajar di Redglow dulu. Bila buat kerja berkumpulan diaorang sebolehnya takmo ai jadi model sebab diaorang kata kelopak mata ai kecik sangat .. tak cukup ruang untuk tunjuk kreativiti. Eleh .. kecik pun tak pe, janji bahagia. Hihi.

Ayam Goreng Kunyit buat anakanda ku Aiman. Aiman kata sedap. Licin dia makan.

Kita "Add On" Sambal Ikan Sardin supaya tak tercekik sebab Ayam Goreng Kunyit tak berkuah dan kering. OK lah. Sekian entry Mengenang Mata, Ayam dan Ikan buat kali ini. Tima kaseh baca. Esok-esok datang baca lagi ye kawan-kawan. 





You Might Also Like

16 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here