Tuesday, August 28, 2012

Kambing Masala, Kari Ayam, Rasem di Raya Ke 5

Lepas rumah Uncle Din, kita gi rumah Besan Mama di Desa Pandan. Pastu kita terus gi rumah Cik Bibah di Cochrane. Cik Bibah jiran lama. Masa sama-sama duduk di Flat San Peng .. tahun 1979. That was 33 years ago. Alhamdulillah ... selepas 33 tahun masih terjalin ukhuwah persahabatan sesama jiran.

 Aishah, Me, Cik Bibah, Kak Ngah my SIL, my sister KY dan Mama. Cik Bibah dah 65 tahun .. dah bercucu tapi tetap seperti dulu .. 'awet muda' dia. Masa duduk Flat San Peng dulu, selalu tumpang bilik air dia sebab bilik air kitorang Full *adik beradik ramai* .. pernah tumpang tengok TV kat rumah dia dan bila berkenduri kendara .. selalu kami menumpang barang-barang di rumah dia. Haihhh .. kenangan-kenangan indah itu .. mana lah boleh kita lupa, kannn.

Farees anak bongsu Cik Bibah. I have seen him since he was a baby. Kitorang selalu gilir-gilir tidurkan dia masa dia baby dulu. Dodoikan dia sambil nyanyi lagu 'Isabella' ok .. jangan marah. Hahaha .. Farees Sudah besar sekarang .. bakal menerima Menantu bongsu Cik Bibah tak lama lagi gamaknya ye?

Amir Izzat dan Pakcik Rasul. Tak banyak perubahan rupa Pakcik Rasul dulu dan sekarang. What else can we say other than 'Alhamdulillah' .. Syukur nikmat dan rezeki Allah SWT beri kepada kami ... sahabat sejati yang kekal berkawan setelah sekian lama.

Masala Kambing, Kari Ayam, Sambal Tahu, Rasem, Sayur Goreng dan Papadom. Kari Ayam Cik Bibah memang feveret kami dari dulu lagi. Tiap kali dia masak kari bau dia sampai ke rumah kami, maka kami sibuk bertenggek kat rumah dia. Cik Bibahhhhhh ... nak kariiiiii. Hehehe.


Hari Raya merapat dan mengeratkan Silaturrahim sesama keluarga bila adik beradik berjalan bersama. We love our Hari Raya. Raya kitorang best!!!

*All pictures taken from KY's FB. Thanks KY for uploading the photo. Wall FB KY meriahh!!*





9 comments:

Rai said...

bestnya jiran KC....jadi jiran KC pun mesti best..apa kata nanti saya pindah sebelah rumah KC pulak.. hehehe..

kakcik said...

Persahabatan yang ikhlas kadangkala akrabnya lebih dari saudara. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

meriahnya raya.mkn mkn mkn..smua sedap.nyum3

:: Mrs.Eady :: said...

loveee family picca :)

Queenie said...

akak pun pernah berjiran dgn org yg ala-ala Cik Bibah tu, masakan dia mmg 1st class...aritu balik kg dah jumpa dia selepas sekian lama dia sebut2 nama akak kat kakak yg kat kampung, sekrg tunggu hari yg sesuai nak belajar masak style macam dia.. mmg superb wlp main baling campak jer...kalau impian ini terlaksana mmg boleh share kat alamaya...

timekasih ngan perkongsian yg menggamit memori ini...salam aidilfitri maaf zahir batin...

@cu SaYaNg said...

best kan bila sesekali berkumpul camnie..persahabatan yg ikhlas insyaAllah akan kekal untuk selama nye :)

* FAR * said...

wah meriahnya..

Fatin Zaini said...

; salam aidilfitri,
fatin zaini follow u here ! :)

<3 http://www.fatinzaini.com/ <3

Peri PiA said...

happy tgk :)