Raya ke 3 rumah Mertua

Friday, August 24, 2012

Selamat pagi Taiping ~  kata hati Misz-Ella sebaik celik mata pagi raya ke 3. I always love Taiping, bandar tersejuk dan terdingin di Malaysia. Suasana pagi yang dingin sejuk, bunyi-bunyi alam yang tenang dan damai .. buatkan Misz-Ella rasa nak sambung tido lagi. Tapi .. tak senonoh la kalo buat camtu, kann. Hehehe.




Makan tengahari di rumah Adik Ipar ~ Asam Rebus Keladi dan Kangkung Goreng Belacan yang dipetik  dari pokok belakang rumah. Ikan masin diaorang buat sendiri.  Makan dengan nasi panas-panas .. Perghhhhh!!!

Pastu kita ke Pantai Remis .. tunggu Bot Nelayan balik dari laut untuk beli ikan fresh. Bot-bot nelayan tu bawak balik ikan dari laut hasil tangkapan untuk jualan. Ikan yang dibeli di sini sedap, segar dan manis-manis. Bukan ikan dah kena airbatu macam kat KL ni. No wonder la orang kampung mertua kita ni sehat-sehat. Diaorang makan sumber alam yang segar tanpa pencemaran. Kita kat KL? Dah la bayar lebih mahal .... nampak je segar tapi dah berhari sebenarnya. *diawet supaya nampak segar*


Gulai Kari Ikan Sembilang dan Sambal Lokan + Petai. Makan dengan nasi panas-panas .. marvellous!!

2 Malam di Taiping .. rasa macam tak cukup masa. Tapi kami harus pulang ... banyak lagi Agenda .. banyak lagi tempat kaki nak pegi. WeWeWe .. syioknya raya. Hehe.





You Might Also Like

13 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail