Dah sudah bermaafan .. ber riuhan .. berfotoan .. tibalah masa untuk ke rumah Ayahanda dan Bonda lagi satu. Famili kitorang besar oke. Adik beradik 12 orang. 5 orang dari mak dan abah yang sama. 6 orang dari abah sama mak lain. Sorang lagi dari abah lain mak sama. Dua-dua mak kitorang sayang. Dua-dua abah kitorang cinta.
Balik kampungggg .. oooooo balik kampung .. ooooo balik kampung .. hati girang*nyanyi dlm keta*
Aksi pejam mata Aiman dan Amir. Perasan macho arr tu. Menyampahhh!! Hehe.
Mengisi 'tummy' adalah Agenda pertama sebaik tiba di Banglo Ayahanda dan Bonda. Mengada 'tummy', kann .. penat 3 jam perjalanan merentas Lebuhraya la tu. Hehehe. Tapi kauuu .. kalau dah Ayam Masak Merah, Ayam Kurma, Rendang Daging Cili Api, Masak Lodeh, Kari Kambing, Kuah Kacang, Pucuk Maman depan mata .. takkan nak pandang kot. Bab masak-masak ni Bonda Zabedah memang 'terror' arr. Setakat memasak 15 ekor ayam untuk hidangan Raya tahun ini dan juadah-juadah lain tu .. pukul 5 pagi check in dapur .. pukul 8 pagi siap. Kami makan lauk 'fresh'. Bukan lauk semalam. Cunnnnn sangat. Hehe.
Ucu Aishah dan anak buah
Dah ramai-ramai ni, kita buat sambutan Hari Lahir Ayahanda Ismail Bin Haji Hamzah yang jatuh pada bulan puasa. Ramai-ramai nyanyi lagi Happy Birthday. Kita nampak Abah bergenang airmata. *terharu barangkali* Tak pe Bah .. yang penting kitorang dapat buat Abah hepi.
Allah Selamatkan Kamu .. Alllah Selamatkan Kamu .. Allah Selamatkan Abah kita. Allah Selamatkan Kamuuu. WaWaWa .. Cucu-cucu yang terlebih 'excited'. Hehe.
Lepas makan malam, budak-budak sibuk nak main mercun dan bunga api. Kebabooommmm sana .. kebaboommmm sini. Opocotttt!!! Terkejut kita tau. Hehe.
Pembuka sarapan pagi Raya ke 2 ialah Durian. Perrghhhhhh .. sebakul kauuuu makan ramai-ramai ...
Lepas Sarapan .. time to go. Off course deep deep inside our heart we want to stay longer tapi Ini Hari Raya. Harus bahagi masa yang ada sama rata. I got to go back to Inlaw's .. KY mahu ke Cherating .. Angah dan Adik mahu pulang ke KL .. Alop harus pulang ke Taiping. Sedihhhhh ...*sobs*
Sini ... sini ... Camni .. camni. Camnilahhh ~ kecoh Misz-Ella bagi arahan
Opah, Atuk dan Cucu-Cucu.
Yeayyyyy !!!!
Our Big Family. Mana lagi? Mana lagi? Tak cukup lagi ni.
Hmmmm .. Kak Ee raya di rumah Mertua kat Kelantan, Ika masih berbaju tido lagi. Ecol dan Fairos tido lagi kot? Hehehe.
All in .. All in .. we had a blast spending our quality time together during Hari Raya. Rasa bersyukur dan bertuah sangat bila lihat kedua-dua ayahanda dan bonda gembira di Hari Raya. Dibesarkan dalam sebuah famili yang besar .. bukanlah mudah nak puaskan hati ke dua-dua mama dan ke dua-dua abah .. tapi kitorang adik beradik 'try our best to make everyone happy'. Kalau ikut hati memang tak puas sebab terlalu singkat masa di sana sini but remember ... This is Hari Raya. Banyak tempat nak kena pegi .. banyak agenda menanti. We cannot be selfish, right. Selesai Agenda Keluarga di sini, kami beredar untuk Agenda Raya seterusnya. Me .. dari Selatan bergegas ke Utara menuju ke rumah Mertua. Balik kampunggggg .. oooooo ... balik kampungggg .. *tak habis-habis lagi kita nyanyi lagu ni* Hehe.
7 comments:
Meriahnya Raya :)
Salam Lebaran. Alhamdulillah Abe sempat singgah & akan menjadi Sahabat Setia Blog ni, InsyaAllah... Abe singgah dari Blog Abe: www.queachmad.com
Abe masih baru lagi dalam Dunia Maya ni, harap jasabaik untuk support Abe, bantu Abe. Kalau tak keberatan, mohon pautkan Blog Abe di sini supaya dapat kita sama2 berjuang MEMERIAHKAN DUNIA MAYA NI... Terima Kasih, Jasamu Dikenang... Jika ada rezeki Blog Abe dipautkan ke Bloglist, harap dapat maklumkan pada Abe tentangnya, InsyaAllah..
Apa lagi yang hendak disebut selain gambaran bahagia dan ceria!!!
selamat hari raya ella..alahai akak petang raya pertama dan kedua ada memerap di umah fil di segamat
meriah raya kak kc erk..seronok sgt nmpk!!
Selamat Hari Raya...nampak happy jer semua ...bestt!
Hari Raya memang menyeronokkan tambah lagi dapat berkumpul sama2 dengan adik beradik kan..
lovely family
Post a Comment