Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

DAILIES® AquaComfort® Plus Toriq Contact Lenses

Hello readers .. harini Misz-ella nak cerita tentang mata atau lebih tepat lagi cerita tentang si rabun yang malas nak bercermin mata tapi nak ber kanta sentuh (contact lens) supaya lebih selesa dan bergaya *macam saya .. Hehe*

Berita baik buat pengguna-pengguna Kanta Sentuh!!

Alcon baru-baru ni telah melancarkan Kanta sentuh baru di pasaran iaitu DAILIES® AquaComfort® Plus Toric Contact Lenses di Malaysia.

Penerangan terperinci tentang Alcon's Eye Care Journey of Leadership & Innovation by Mr Ryu Trento, Pengurus Besar Alcon's ASEAN Cluster Vision Care 

 From left ... Mr. Timothy Grant, Alcon's Asia Head, Regional Professional Marketing, Mr. Ryu Torento, General Manager of Alcon's ASEAN Cluster Vision Care and Mr Sandeep Tewari, General Manager of Alcon Malaysia launching the DAILIES® AquaComfort® Plus Toric contact lenses.


Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus Toriq yang merupakan ahli keluarga terbaru rangkaian kanta sentuh keluaran Alcon ini menampilkan teknologi 'Blink-activated Moisture Technology' direka untuk keselesaan lebih lama dan daya penglihatan yang lebih cerah sepanjang hari. Teknologi yang dihasilkan melalui 'Blink-activated Moisture' ini menambah kelembapan terhadap permukaan 'lens' secara berterusan melalui setiap 'blink' atau kerlipan mata dengan lembapan dirembeskan dari kanta melalui setiap kerlipan mata tersebut dan ini menjadikan daya penglihatan lebih cerah, jelas lagi selesa. Teknologi ini menyelesaikan masalah utama yang dihadapi oleh pengguna-pengguna kanta sentuh seperti masalah keselesaan sepanjang hari yang disebabkan oleh penggunaan kanta lekap antara yang dikenalpasti adalah masalah rabun jauh dan dekat, masalah 'presbyopia' dan astigmatisme yang juga dikenali sebagai masalah kesilauan terhadap cahaya di waktu malam.

Kebanyakan pengguna hari ini akan memilih Kanta sentuh yang memberi keselesaan sepanjang hari untuk disesuaikan dengan gaya hidup yang sentiasa sibuk.  Misz-ella sendiri pun kadang seharian pakai Kanta sentuh .. so memilih kanta sentuh yang paling selesa dan boleh mengekalkan kelembapan mata sepanjang hari adalah satu faktor paling penting dalam memilih Kanta sentuh for my both eyes and my choice is definitely Daily disposable contact lens kerana ianya lebih bersih, lebih selesa dan tidak memerlukan 'maintenance' yang leceh dan meremehkan.


 Sessi Soal Jawab bersama pihak Media.

Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus Toriq ini juga merupakan pilihan Kanta sentuh yang 'most hygienic and easy-to-use' buat pengguna-pengguna Kanta sentuh tambahan pula dengan tambahan 'astigmatic prescriptions' iaitu daya tahanan mata terhadap kesilauan cahaya pada waktu malam, pengguna Kanta sentuh sekarang boleh menikmati penggunaan kanta sentuh harian tanpa apa-apa masalah lagi .. Pengguna hanya perlu memakai kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus Toric tersebut setiap hari tanpa perlu memikirkan keperluan menjaga kanta sentuh tersebut.


DAILIES® AquaComfort® Plus Toriq juga adalah pilihan paling tepat buat pengguna-pengguna Kanta sentuh yang mempunyai masalah rabun dan disertai dengan 'astigmatism' .. kerana kebanyakan pesakit rabun kategori ini akan mengalami masalah daya penglihatan yang kabur, sakit kepala dan kesukaran mengenalpasti objek dengan lebih terperinci kerana kelainan bentuk kornea mata mereka. 

Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus Toris juga mempunyai 'precision curve' dengan 150% lebih perimeter membolehkan Optometris memenuhi keperluan pengguna kanta sentuh 'astigmatic.  Rekaan 'precision curve' juga membuatkan Kanta sentuh DAILIES® AquaComfort® Plus Toris lebih stabil melekap di anak mata kita.  Ia berupaya memanfaatkan tekanan setiap 'blink' atau kerlipan kelopak mata atas dan bawah bagi mengekalkan kestabilan 'kanta sentuh' bagi memastikan pengguna mempunyai pandangan yang lebih stabil dan selesa. Dengan DAILIES® AquaComfort® Plus Toriq ini, pengguna Kanta sentuh seperti Misz-ella tak perlu lagi risau dengan persoalan Ehhhhh where is my lens tatkala memandu atau saat muka dihembus tiupan dingin angin aircond kereta kerana ianya sangat stabil.



Beauty & Lifestyle Blogger from Butterfly Community  during the Official Launch.



 Jangan terkejut tengok Misz-ella berkaca mata.  Saya rabun sejak umur 12 tahun lagi dan juga mempunyai masalah 'astigmatism'.  Silau gila bawak kereta malam-malam.  With DAILIES® Aquacomfort® Plus Toriq, i hope masalah ini akan dapat diatasi.  Tak sabar nak try!!



1 comments:

Kekzamanis said...

Dah gi redeem ke kak Ella? Kite baru redeem ari Isnin baru ni.. Tak rasmi lagi.. Tunggu outing lah baru try.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™