Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Fit For Fashion at Star World - 16th October 2014

Hai Readers .. On 18/9/2014, Misz-ella's blog was invited to attend an Official Media Launch untuk Rancangan Realiti TV terbaru ~ Fit For Fashion.  I am very happy with the invitation cos this new inspired Reality TV program is so unique and totally different than other reality show that we have seen on TV. Thank you very much for the invitation. Sebagai seorang yang suka bersenam dan menjadikan 'Fitness and exercise as my lifestyle' .. i was so excited to attend this Launch. 


I'm sure ramai yang suka tengok Rancangan Realiti TV, kan.  Coming soon this 16th October 2014, a new Reality TV Series ~ Fit For Fashion, sebuah Rancangan TV realiti yang menggabungkan 'fitness dan fashion' dalam waktu yang sama bakal menyinari layar kaca Televisyen rumah kita melalui Channel Star World.  Fit For Fashion ... sebuah rancangan menarik yang merubah penampilan atau mentransformasikan 12 orang wanita dan lelaki biasa menjadi seorang insan yang 'fit', bergaya dan lebih berkeyakinan.


The Wall of Excuses
Yess .. we have a lot of excuses for not exercising in our life even we know the benefits of exercise.  As i always said in my Entry .. Exercise is good for health, good for mind and soul .. tapi Misz-ella faham betapa sukarnya mendidik atau mendisplinkan diri agar jadikan senaman itu satu gaya hidup. Unlike me .. i started at early 20's and still exercising even now i am 40's. OK Jom .. lets follow me on this Entry and find out What is Fit For Fashion is all about and why is Misz-ella so excited with this program ..

Fit For Fashion dibawa ke layar TV oleh Imagine Group,  sebuah produksi Tv antarabangsa yang berpusat di Singapura.  Antara rancangan 'hit' terbitan Imagine Group adalah The Contender Asia, The Biggest Loser Asia, The Challenger dan The Apartment.

Fit For Fashion .. sebuah rancangan TV Realiti yang sangat unik yang matlamat utamanya adalah untuk memotivasi penonton agar menjadi lebih 'fit' dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup sehat bagi menyerlahkan keyakinan dan potensi diri.  Kebanyakan dari kita tidak sedar yang kita juga berpotensi, kita juga boleh jadi seperti yang lain tapi sayangnya kerana kita tidak mencuba .. malah tidak menyedari akan kebolehan dalaman diri kita sendiri.  Fit For Fashion bakal membuka minda kita tentang kebaikan mengamalkan gaya hidup sehat yang bukan sahaja menyumbang ke arah kesihatan yang baik malahan boleh membuat kita rasa lebih yakin dalam berpenampilan.

Fit For Fashion yang pengambarannya dilakukan di Malaysia akan ditayangkan melalui Saluran Star World mulai 16 Oktober 2014 ini akan menyaksikan 12 peserta dari Negara Asia bersaing menyerlahkan potensi diri masing-masing. Dalam program 10 Episod ini, peserta akan diuji fizikal dan mental dengan bimbingan dari dua orang 'Celebrity Trainers, designers and team of stylist' .. di mana peserta yang mendapat undian paling rendah akan diundi keluar. Try the best .. outshine your best or you will be nominated out. Begitulah konsep Fit For Fashion.



Upacara perasmian Fit For Fashion ~ Breaking the wall of excuses 
Majlis perasmian telah dilakukan oleh Madam Chong Yoke Har,  Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Kementerian Pelancongan Malaysia, Mr. Simon Flint, CEO Fitness First Asia. Mr. Riaz Mehta, Founder and President of Imagine Group dan Mr. Ray Kyles, Acting High Commissioner to Malaysia, British High Commission.

Mari pecahkan tembok-tembok penghalang dalam diri kita untuk gaya hidup yang lebih sihat .. lebih 'fit' agar kita lebih yakin untuk menyerlahkan keyakinan diri melalui fesyen selepas ini.  

Fit For Fashion dengan Penaja Utamanya Fitness First Asia, Kementerian Pelancongan Malaysia dan British Airways bakal menyaksikan 12 orang peserta ini bersaing menggunakan peralatan-peralatan canggih milik Fitness First *uuuuu .. i like* .. berlokasikan kawasan-kawasan menarik dan cantik di Malaysia dan peserta diterbangkan ke lokasi melalui British Airways. Pemenang bakal membawa pulang hadiah utama berjumlah USD100,000!!  Perghhh .. i pun nak la .. next series kita gi casting ok. Hihihi.





7 of the 12 contestants throughout the region has broken the wall of excuses to join the Fit For Fashion Challenge. Mereka orang biasa-biasa .. datang dari latar belakang yang berbeza.  Mereka menyahut cabaran untuk berubah menjadi lebih 'fit' agar lebih berkeyakinan dengan menyertai Fit For Fashion.


Some of the Contestant with Blogger Coklateyes.  Gambar ihsan handphone Faten.  Tq Darling.


And Tadaaaa ... Shiva Nithiabala is one of the Contestant from Malaysia other than Hema Lata Veerasamy *not in the photo*.  Lets watch both our Malaysian Contestants competing in this Reality show this 16th October 2014.  Winner gets USD100,000 ok .. 




Fit To Fashion Expert Trainers ~ Christine Bullock, Mitch Chilson and Todd Anthony Tyler.  Lets watch them training the contestant for the next 10 weeks starting this 16th October 2014.  Jom saksikan apakah Cabaran yang bakal dihadapi oleh 'Trainers' dalam usaha memotivasi dan membantu men 'transform' peserta ini menjadi seorang yang lebih 'fit', lebih berkeyakinan dalam menyerlahkan potensi diri mereka. Jom kita tengok apakah cabaran fizikal dan mental yang bakal dihadapi oleh 12 orang peserta ini dalam usaha mereka untuk mengubah diri menjadi seorang yang lebih 'fit', lebih berkeyakinan.  

Jom. Lets mark our Calender ~ 16th October 2014, Star World Channel. 





1 comments:

Kisah Tatie said...

wowwwww.. bestnya. next time ajak kita eh. hehehe