Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadhan 2015 - Dari Rebung Ke KL Tower

Hello Readers. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Another interesting place for Buka Puasa yang Misz-ella sempat review. Kali ini kita akan berbuka puasa bertemankan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan di malam hari.


Its Menara Kuala Lumpur readers - Moh Kito Berbuko!
*photo credit to SizzlingSuzai's insta*

Bersempena dengan Ramadhan tahun ini, Menara Kuala Lumpur dan Restoran Rebung telah bekerjasama untuk meraikannya dengan menyediakan Buffet Ramadhan @ KL Tower dari 23 Jun hingga 12 Julai 2015, bermula 6.30 hingga 10.00 petang di Mega View Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur. 

















Didatangkan khas dari dapur Restoran Rebung, pengunjung bakal menikmati masakan 'Kampung' yang sangat enak dan asli dan pelbagai lagi hidangan lazat yang disediakan oleh Chef Ismail. 









Pengunjung juga turut berpeluang untuk menemui Chef Ismail pada setiap Rabu dan Jumaat untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.




Harga Buffet Ramadhan adalah RM99++ untuk dewasa dan RM59++ untuk kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak dari 1 hingga 3 tahun dan juga percuma tiket masuk ke Pelantar Permandangan, Menara Kuala Lumpur.




So buat mereka-mereka yang sedang merancang untuk Berbuka Puasa di luar lebih-lebih lagi buat yang mahukan kelainan, apa kata bawa kesayangan berbuka puasa dengan masakan Kampung sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang indah hanya di KL Tower. Bagai berada di kampung yang tinggi di awan yang biru .. Its so best I tell U. Kalau tak percaya cuba tengok Suzai, tersenyum bahagia dia di KL Tower. Hehe. *photo from SizzlingSuzai's Insta*

Bagi setiap pembelian 10 buffet Dewasa, 1 buffet percuma akan diberikan. Kemudahan surau turut disediakan bagi memudahkan pengunjung beribadah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2020 5444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl


OMGfest!! All-Star Ramadhan Mega Raya Sale !!


Hello Hai Lovely Readers ..

Dah ber shopping raya? If belum, GOOD!! Cos in this Entry, I'm gonna share with you about OMGfest!! All-Star Ramadhan Mega Raya Sale yang akan diadakan tidak lama lagi yang mana harga barangannya  tersangatlah 'wallet friendly' and thats gonna make us save a lot menjelang Raya nanti.



Remember this dear readers :-
OMGfest!! All-Star Ramadhan Mega Raya Sales is from 8th-10th July 2015
Start from 10am to 7pm
Location is at Kristal Hall, TM Convention Centre (TMCC), Menara Telekom (TM), 
Bangsar, Kuala Lumpur
Only 70 selected vendors are participating. They are giving hugh discounts with super special price.
Official online radio, Peaceyallfm by Dato' Ac Mizal will be there to welcome you!
Meet your artists ~ Catriona Ross, Zarina Zainuddin, Enot, Ifa Raziah, Zur Eda, Mila Jirin and many more as they are participating too.
20 orang terawal akan mendapat Wang Tunai RM50 *yeahhh .. extra pocket money for shopping* 
50 orang terawal akan mendapat 'goodies bag' worth RM300

So buat sesiapa yang belum shopping includes Misz-ella ni, kita geng. Meh gimme 5 *pap* tampo skrin. Haha. Mari lah kita bersama-sama memeriahkan OMGfest!! All-Star Ramadhan Mega Raya Sale dari 8-10hb Julai, pada jam 10pagi-7 malam untuk bershopping raya sambil menjimatkan poket kita. Lagi banyak jimat, lagi best, kan. So lets block our date .. lagi awal pergi, lagi bagus, lagi untung sebab dapat 'grab' barang lebih dulu dari yang lain. Jom. Jom. Jom .. jumpa di sana *SHOPPING MODE ON* Hehe.





Asam Pedas Ikan Patin. Roti Jala Love & Star


Menu utama Iftar semalam ialah Asam Pedas Ikan Patin. Asam Pedas memang 'favorite' seisi family. Sekejap je seperiuk licin. Misz-ella memang suka apa saja yang ada perkataan pedas. Kalau tak pedas tak 'kick', sakit perut i. Kahkahkah.



 Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit belacan yang dah ditumbuk halus. Bila dah semerbak wangi dapur kita kerana aroma belacan itu, masukkan serai yang dah dititik dan masukkan cili mesin dan masak sampai cili garing. Lepas tu masukkan air asam jawa. Kacau-kacau lepas tu masukkan ikan. Then letak air sikit, garam dan sedikit gula. Boleh jugak masukkan daun kesum kalau suka. Add a little bit of vege like tomato, bendi or terung. Ohhh sedap i tell u. Ada sesapa minat Asam Pedas? Kalau ada, wahhh kita geng. Meh Hi-Five *pap* tampar skrin. Haha.

Next is we prepared Roti Jala makan dengan Kari Ayam. Mama bancuh se kilo tepung gandum dengan santan, sebijik telur, garam dan sedikit pewarna kuning. Dia bancuh dalam mangkuk dan kisar bancuhan dalam 'blender' untuk haluskan dia. Se kilo tu dapat 35 keping Roti Jala .. habis kitorang makan ramai-ramai. Pantang jumpa makanan .. buruk sungguh perangai. Hehe. By the way, Roti Jala Love & Star net ini ialah hasil tangan Amir dan Aiman. Dari korang bergossip tentang Kak Ros terlawa di Asia tu kan, lagi bagus masuk dapur tolong Mama. Haha.

Minggu ke 2 Ramadan dah nak habis, we are entering the 3rd week, soon. Baju Raya dah siap? Kueh Raya dah tempah? Misz-ella masih ' zero' .. Raya feel belum mari.

OK readers .. Misz-ella nak buat kerja lain ni. Selamat Berpuasa & Thank You baca bebelan saya ini. Byeeee.




Bad Hearted. Kind Hearted.

Sometimes people just couldnt be bother about what you feel.

Tell them you are hurt, you 'kecik hati' or angry.
Orang yang buta hati memang takkan rasa apa-apa dan takkan buat apa-apa.

But in Life, things comes with bad and good.
When there are a bad hearted people, hurting your heart and feeling, the kind hearted people will make you smile and happy. So lets move on. Lets stay positive and be happy. Another Roller coaster week has ended and a new week has begun. Minggu lalu penuh dengan cerita dan berbagai warna. Quite a pretty tough week - I was stuck in my own house sebab autogate hanya boleh bukak sebelah and I missed the Meeting, my favorite laptop masuk ICU, 'bulan' datang dan my tahap kesihatan pun menurun. Banyak 'dropping tears' minggu lepas *ohhhh emotional sungguh kau wahai Ella*

I was one of the VIP guest for the launching of Vivo X5Pro Smartphone.

The beautiful Vivo x5 Pro suits my lifestyle and personality. Detail Entry will be up, soon.

Selfie with the new Smartphone. Thanks Elana for the photo.

Iftar with my TP family. TP might not be big like other company that I joined before but they are too special and landed in a special place in my heart. I always mentioned in my Blog yang rezeki Allah SWT itu bukan dari bentuk wang ringgit atau material sahaja tapi jugak datangnya dengan kasih sesama insan. I love the way they work and keeping the love together. Hats off to the Head of TP for creating this harmonious working environment. Tak da pilih kasih, tak da 'favouritism', tak da cucuk or budaya kipas mengipas di sini - A very healthy working environment *smile*


First time try this delicious food from the Middle East. Dalamnya ada 'crushed walnut, cinnamon powder and coconut'. Thanks Chef for the hospitality. Good food great accompany plus Free gift too .. what a blessed life I have .. Alhamdulillah.

After a few rescheduling, finally i managed to be in KL Tower. Thank You KL Tower for the invitation .. long story about this will be 'LIVE' on my blog. Tunggu ..

Hello hai .. This is my blogger fren Sizzling Suzai, a fashion and travel blogger. Adik manis ni datang dari jauh to join me for Iftar at KL Tower. Thanks Suzai *photo credit to Suzai's Insta* 

Awesome product for awesome people like me *tehehe* Tq Body & Bath Works for the Gifts. Lepas ni bertambah wangi la daku.

Selamat Minggu Baru, readers. Stay positive and Be happy, k. Hidup kena banyak sabar. Lagi tinggi tahap sabar, lagi besar ganjaran buat kita. Ok bye. Jumpa lagi di Next Entry. Bye.




Whats Your Love Letter ~ Titipkan Luahan Kasih Anda dengan Julie's

Hai lovely readers,

I am back with my updates on Ramadhan. Ramadhan is a holy month. Ramadhan is a special month. A lot of 'rezeki' in Ramadhan. Have you heard people say 'Terbuka pintu Syurga di bulan Ramadhan yang mulia ini'. Ramadhan yang barakah, yang penuh dengan keberkatan dan dirahmati Allah SWT. Ramadhan yang istimewa dan sentiasa dinanti-nantikan kedatangannya oleh kita semua. Ramadhan yang pada akhirnya bakal kita raikan dengan ber Hari Raya.


Baru-baru ini, Julie's biscuits telah membawakan program 'Whats Your Love Letter' bertemakan 'Titipkan Luahan Kasih Anda dengan Julie's'  kepada kita semua.



The word titip also means 'Kirim' or 'Hantar'. It reminded me on how those days, we used to sent  Raya Cards to our love one to wish them Selamat Hari Raya. Every envelopes received from the Postman  make us excited. Then the card will be used as part of our Raya decorations. Ohhhh .. teringat zaman kecik-kecik dulu. Nostalgia sungguh!!
Dengan kecanggihan teknologi terkini, budaya menghantar Kad raya semakin dilupakan malah langsung tidak diketahui oleh segelintir golongan usia. People nowadays busy sending E-Card thru Whatsapp and other technology but this year, lets repeat this nostalgic moment with Julie's and surprise your loved one.



The Program launching  were held at Sime Darby Convention Centre on 23rd June 2015 and were attended by the orphanage from Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF) and Rumah Anak Yatim Shifa', bloggers and members of the media.



Anak-anak yatim menulis kad ucapan Hari Raya untuk dihantar kepada yang tersayang

Encik Benny Chia, Pengurus Pemasaran Julie's Biscuits mengatakan bahawa tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengalakkan masyarat menghargai kesayangan dan meluahkan perasaan tersebut di atas Kad. Kecanggihan teknologi menyebabkan kita sering leka dengan dunia sendiri walhal keluarga tersayang, sahabat handai dan insan tersayang ada di depan mata. Yeahhh its true. We are just too busy with our own world .. masing-masing leka dengan 'gadget'  hinggakan yang kesayangan bagaikan tiada even mereka wujud di depan mata. Kecanggihan yang memisahkan kita sesama insan tanpa kita sedari, kan.

 Melalui kempen ini, pihak Julie's akan memberikan Kad percuma yang disediakan di pasaraya berdekatan yang mengambil bahagian. Pihak Julie's juga akan mengirimkan kad-kad tersebut ke alamat yang disertakan (terhad di dalam Malaysia sahaja). Pengirim hanya perlu menulis pesanan Hari Raya dan memasukkan kad yang lengkap diisi ke  dalam Peti Surat Julie's yang turut disediaka di Pasaraya yang terlibat dengan Kempen ini. Kempen ini akan berakhir pada 3 Julai 2015. Bagi yang tidak berkesempatan berkunjung ke Pasaraya, jangan kecewa kerana anda boleh menghantar e-poskad Hari Raya dengan melayari laman Facebook Julie's iaitu di http://www.facebook.com/JuliesBiscuits dan memuat turun e-poskad eksklusif tersebut.
So readers, lets do this together ~ Jom kita buat 'surprise' dengan hantar Kad Raya kepada kesayangan melalui Kempen Julie's ini.


Lets make our way to the Supermarket or download the E-card and Julie's will send it to our love one and together we will touched their heart. Bayangkan, betapa tersentuh dan terharunya hati mak, abah, suami, adik beradik dan sesiapa sahaja yang istimewa di hati kita bila terima Kad Raya ini nanti. Thanks Julie's for this special program. 



Selamat Hari Raya Mama. Maaf Zahir dan Batin. Kc love your forever ever. Moga sampai Syurga kasih sayang kita *sobs *



*Sampul Raya Percuma akan diberikan bagi belian Biskut Julie's seberat 700gm*

What. Where. Why. When.

Yeahh .. sometimes we do have so many questions in our mind.
Why does it happened?
How does it happened?

Regret? Regret is good but must come with 'LESSON LEARNED'. You might be sad, you might be down, you might be regret but remember .. You must keep on moving.

Down boleh tapi cepat-cepat Up kan diri, ok. Menyesal itu bagus tapi jadikan ia sebagai senjata untuk meningkatkan kekuatan diri. Sedih itu boleh tapi jangan lama-lama .. cepat-cepat sembuhkan luka di hati. Mana ada hidup yang tidak diduga? Our life is like a rainbow which appears after the rain. Have a lovely Sunday, readers. And Selamat Berpuasa.


Ayam Masak Merah cara Misz-ella

Hello hai readers ..

Today i cooked Ayam Masak Merah. Dah nama Misz-ella yang masak, cara Misz-ella la, kan so lets give this Ayam Masak Merah my name ~ Ayam Masak Merah cara Misz-ella. Haha.

Goreng Ayam separuh masak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia berserta dengan penumis. Masukkan cili mesin dan serai yang dititik.
 
Bila cili dah garing masukkan cili sos, tomato sos, garam dan gula. Lepas tu rasa. Agak-agak ok rasa dia tutup api. Dah siap. Senang, kan. Ok dah. Tak nak cerita panjang-panjang pasal makanan di bulan puasa ni. Kurang pahala. Hehe. Ok Bye. Selamat Berbuka Puasa kawan-kawan.

Cari Kerja @ Hantar Resume ke Think Plus Jobs

Salam Jumaat yang barakah.
Moga hari ini indah.

Misz-ella 'paused' sekejap Entry-entry berkaitan dengan Puasa, Raya dan sebagainya ye. Lets give way to this useful information first.

For those who are unemployed, tidak bekerja dan mahu mencari kerja, this is your good chance. Get connected with various established/stable employer in the nation by register yourself at Think Plus Jobs.  Think Plus Jobs are currently organising 'Job Assitance Program' for those who are in needs.



Send your email to info@thinkplusjobs.com with the title "Job Assistance Program for Unemployed Candidates' together with your CV and Think Plus Jobs will reply you soonest possible.

Wait no more. This is the opportunity that you shouldnt miss. Do not let this 'unemployed', 'mengganggur' .. or "I need a full time job" situation bother your mind anymore. Take action now. Misz-ella wish you all 'Good Luck' ye.

P/s : You can quote my blog in your email too!! Hehe.

Buffet Ramadhan 2015 - Spirit of 'Muhibah' at Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Hello hai Readers,

Selamat Berpuasa. Here is another Ramadhan review for my blog reader reference. This time, kita akan berbuka puasa dihadapan Kolam renang bertemankan pemandangan Padang golf yang sangat indah - Its Holiday Inn KL Glenmarie.

Bagi meraikan kedatangan Ramadhan 2015, Holiday Inn mebawakan 'Spirit of Muhibbah' dengan menawarkan pelbagai jenis makanan dari negeri-negeri di Malaysia. Buffet 'Spirit of Muhibbah' yang disediakan di Restoran Kites ini disediakan khas oleh Chef Rahim yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang penyediaan makanan.

Dari 17 Jun hingga menjelang Hari Raya Aidilfitri, Restoran Kites bakal menyajikan makanan yang disediakan secara interaktif di mana ini akan mengembalikan nostalgia pengunjung-pengunjung.  Beberapa 'live cooking station' turut disediakan di persekitaran kawasan Kolam Renang bagi membolehkan pengunjung menjamu selera

Antara yang menarik adalah Restoran Kites turut menyediakan hidangan kegemaran Tan Sri P. Ramlee dan Sudirman Haji Arshad untuk dinikmati oleh pengunjung-pengunjung sepanjang Ramadhan ini.










Tan Sri P. Ramlee's favorite - Kurma Kambing, Kari Ikan Bawal dan Burung Puyuh Goreng










Sudirman's favorite Patin Masak Tempoyak and Gulai Siput Sedut juga ada



Spirit of Muhibbah Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie turut membawakan hidangan lain termasuklah "buffet highlights" iaitu Nasi Arab, pelbagai jenis Ikan Bakar dan bermacam lagi yang akan disediakan di tepi kolam renang dan gazebo menjadikan tempat ini kelihatan seperti Pesta Ramadhan tradisional!
























































Buffet Spirit of 'Muhibah' berharga RM125nett dari Hari ke 8 Ramadhan dan seterusnya dengan harga istimewa sebanyak RM95 untuk Warga Emas dan Anak Kecil.

Harga Istimewa sebanyak RM115nett turut boleh didapati pada 4th Julai 2015 (Hari Nuzul Al-Quran)

Untuk tempahan sila telefon 03-78025245 atau email ramadhan@holidayinnkl.com.my