Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kalau Dah Rezeki. Menyanyi Dalam Hati.

Orang kata ... kalau dah rezeki takkan ke mana.
Kau pusing kanan, pusing kiri, U-turn sana sini or use reverse gear dia tetap akhirnya akan kembali. Tak Percaya? Kena percaya.




Cos its just happened to me. Bila terjadi sesuatu yang tak menyenangkan hati atau tidak berpihak pada diri, hati mula rasa tak tenteram. Rasa nak call kawan rapat nak meluahkan. Rasa nak cerita pada seseorang. But i always put a brake on myself before i take any decision or action. Fikir. Fikir banyak kali sebelum cerita pada seseorang. Mula-mula fikir keadaan diri kita pada waktu itu. Kita tengah beremosi. Rasanya ini bukan saat paling tepat untuk meluahkan. Pertama, kerana saat sedang beremosi, akal, kata-kata dan fikiran sangat tidak 'berakal'.  Masa ini, emosi sedang menguasai diri. Kita tidak rasional, kata-kata yang keluar dari mulut kita mungkin sehala. Kita hanya fikir kita, kita tidak fikir dia. Kita rasa kita sahaja yang betul tidak dia. So lebih baik pada masa ini, instead of calling someone, lebih baik kita duduk diam dan tenangkan fikiran. Bila dah tenang, dah stabil fikiran baru kita sebenarnya bersedia untuk meluahkan kepada kawan. Belajarlah untuk bertenang, jangan kita 'bertendang'. Orang yang suka 'bertendang' adalah orang yang rugi pada akhirnya.



Dalam ertikata yang lain, bila terjadi sesuatu kejadian, Jangan Melenting. Jangan Cepat Marah or Naik Angin.  REDHA. THINK POSITIVE. SABAR.



In Sha Allah esok-esok Allah SWT ganti yang lebih baik. Hidup ini sebenarnya sangat indah. Setiap kejadian baik atau buruk, pahit atau manis, ada hikmahnya yang tersendiri. Percaya lah yang "Kun Fa Ya Kun" itu milik Dia. If stated its yours, it will be Yours no matter what. Percayalah yang perancangan Dia itu lebih indah. Kalau Dia dah tentutkan yang ini bukan kita punya, pusing camana pun, takkan dapat jugak akhirnya. Kita kena Redha. Jangan bising jangan merungut. JANGAN. Bila kau Redha, In Sha Allah kebaikan-kebaikan lain akan datang dengan sendirinya tanpa kita pinta. In Sha Allah.


By the way, haritu Misz-ella naik LRT pergi KLCC. Sambil berdiri sambil menyanyi dalam hati. Happy sangat la konon pada hal dah pening kerana penuh orang ber 'speaking' dalam tren. Haishhh .. entah dari mana lah datangnya diaorang. Malaysia bumi bertuah .. bukan sahaja buat rakyat Malaysia tapi juga buat mereka yang berteduh di bawah langitnya. Bertabahlah wahai rakyat Malaysia .. esok-esok di Sekolah Kebangsaan, anak diaorang lebih ramai dari anak Malaysia gamaknya. Esok-esok kalau ke Hospital Kerajaan rasa bagai di 'oversea' gamaknya kita semua. Chow Kit, Kotaraya, Segambut jangan ceritalah .. memang  buat kita semua terasa bagi tidak selamat walaupun ini negara kita. Hurmmmm .. jaga keselamatan anak kita. OK Bye .. Terima Kasih baca ye. Byeeee.


1 comments:

Amanda Suria said...

Suka tgok KC berambut pendek...nampak sophisticated sgt2...bila la kita dpt berjumpa kan?