Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Koleksi Baju Raya Nabil Ahmad dan Upin & Ipin 2015 oleh Jakel


Hello Hai Readers .. 


Hari ni 1 Ramadan. I'm sure you all ada yang sedang tercari-cari atau terfikir-fikir nak beli baju raya di mana tahun ini or ada yang awal-awal lagi dah tempah baju. For those of you yang sedang mencari-cari baju raya tahun ini, let Misz-ella share with you this good news. 




Jakel, kedai fabrik yang tak perlu dikenalkan lagi, tahun ni mencipta kelainan apabila berkolarasi dengan 3 nama terkenal di dalam dunia hiburan Malaysia untuk memperkenalkan Koleksi Raya Istimewa tahun ini.



Tahun ini Jakel membawakan kita Baju Melayu dan Jubah Nabil Ahmad. Siapa yang tak kenal Nabil Ahmad, kan .. pelawak solo yang terkenal dengan lawak dan aksi selamba, pelawak yang berjaya buat Misz-ella ketawa.








Jakel juga telah berkolabrasi dengan Upin & Ipin, karikatur kesayangan rakyat Malaysia yang juga terkenal di Indonesia. Orang Indo pandai cakap "Betul-Betul-Betul", ok .. bukan rakyat Malaysia je reti cakap macam tu tauuu ..







Antara koleksi dan warna pilihan Baju Mealyu Upin & Ipin buat anak-anak kita di Hari raya nanti. Bayangkan anak-anak kita berbaju Melayu dengan karikatur ini di dada, sure dia orang bangga dan rasa lebih bergaya, kan. Setiap set Baju Melayu disertakan Samping percuma. Wahhhh .. comelnya la hai anak-anak kecik ni berlari-lari hepi di Hari Raya dengan baju Melayu Upin dan Ipin ni. Lepas tu jumpa kawan-kawan dorang melawak "BETUL-BETUL-BETUL". So cute!






Jakel tidak melupakan kaum Hawa apabila turut membawakan Koleksi Che'Ta, pelakon cantik terkenal Malaysia. Koleksi terdiri dari baju kurung, baju kurung moden dan jubah. Koleksi baju Che' Ta yang dibawakan oleh Jakel sangat cantik, menarik dan dirapikan dengan manik-manik beraneka warna yang dijahit kemas bagi mencantikkan kita di Hari Raya nanti. Cuba tengok gambar-gambar kat atas tu, cantik, kan.

So readers, lets enjoy some of the photos during the Launching. *photo credit to https://www.facebook.com/pages/Kitepunye-Dot-Com/1429140533975470?fref=photo Terima Kasih Adikku Nannie kerana izinkan gambar-gambar mu 'landing' di Blog ini. Hehe.







Sebelum  ke Jakel, jom kita lihat tarikh-tarikh di bawah ini dimana pihak Jakel akan mengadakan promosi untuk koleksi terbaru mereka. Kalau bertuah, kita akan berpeluang menemui selebriti kesayangan dan dapat membeli baju-baju cantik tersebut dengan Harga Promosi. WoW!! This is soo pocket friendly .. lebih jimat lebih banyak lah peruntukan untuk duit raya nanti, kan. Boleh lah bagi sekeping kat Misz-ella. Haha. 

19 Jun 2015
Jakel Kubang Kerian
Selebriti : Upin Ipin, Raykal, Mia Sara and Nabil Ahmad

20 Jun 2015
Jakel Mall KL
Selebriti : Aaron Aziz, Che Ta/Zain, Upin Ipin, Raykal, Mia Sara and Nabil Ahmad

21 Jun 2015
 Jakel JB
Selebriti : Upin Ipin, Raykal, Mia Sara and Nabil Ahmad

27 Jun 2015
Jakel Shah Alam
Selebriti : Aaron Aziz, Upin Ipin, Raykal, Mia Sara and Nabil Ahmad

Untuk maklumat lanjut, jom kita follow Instagram Jakel. Ada banyak gambar-gambar cantik untuk kita cuci mata ~ @jakeltextile

Dan jangan lupa jenguk-jenguk 'hashtag' di bawah ini untuk lihat 'more happening' di Jakel : 
#jakelmall
#bajumelayunabilahmadbyjakel
#upinipincollectionbyjakel
#bajumelayujakel
#gempakrayajakel2015

1 comments:

Unknown said...

cantiknya baju che ta tu...

comel2 sampin dengan baju melayu..tak sabar nak tunggu mikhail besar..boleh la beli..sekarang kecik lagi bagi pakai jubah je..hehehe