Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Daging Goreng Kunyit. Sayur Campur. Sambal Keli.

Al-kisahnya bila 3 sepupu - Daniel, Jiha dan Amir masuk dapur .. hurmm riuh rendah dapur rumah Opah.


Daging Goreng Kunyit hasil tangan Daniel. Tumis bawang putih, masukkan daging dan tutup rapat supaya daging cepat lembut. Bila dah lembut masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula. Kacau-kacau lepas tu masukkan bawang besar dan cili api yang telah dihiris. Dah siap. 

Sayur Campur Goreng Jiha yang masak. Pandai Jiha masak sayur dia rangup tak layu, rasa dia pun sedap. Jiha ada Resepi istimewa - Spagetthi Sardin. Nanti kita share Resepi ye.

Masakan ke tiga ialah Sambal Ikan Keli hasil tangan Amir. Goreng Ikan Keli. Tumis cili sampai garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula. Tunggu sampai cili betul-betul masak dan garing baru masukkan bawang besar yang dihiris dan tutup api. Boleh la kita makan. 

Ketua Chef dalam rumah ni iaitu Opah mengesahkan semua masakan adalah sedap dan 'pandai Cucu-cucu Opah masak'. Yeayy .. ayah, ibu boleh la pencen masak lepas ni. Hehehe. Ok dah selesai Cerita dari dapur kami. Esok-esok kita cerita lagi. Bye. 

2 comments:

Sue Bee said...

sedapnya..

Amanda Suria said...

Wah...SA tgok pun dh tau dh sedap ni...nak plak ketua chef dh sahkan...hihihi