Hello Readers .. Selamat Berpuasa.
As I mentioned earlier, this blog will bring you more Entries related to Bulan Puasa. So this time, Misz-ella nak cerita tentang satu lagi Restoran yang boleh dikunjungi sepanjang bulan Ramadhan ini. Check it out cos your dining here will give you a different experiences as China Treasures served a luxury food.
Bermula hari ini, 19 Jun 2015 sehingga berakhirnya bulan Ramadhan nanti, Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre (SDCC) membawakan promosi Buka Puasa bertemakan 'Dinner Indulgence'.
'Dinner Indulgence' akan menyajikan hidangan buffet yang terdiri daripada 60 jenis makanan ala-minit, 69 jenis aneka dim sum dan 22 jenis hot pot stimboat.
Dim Sum
Bagi penggemar Dim Sum, nikmati pelbagai aneka jenis hidangan popular termasuk Steamed Chicken & Shrimp Dumpling with Mushroom, Steamed Butter & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun, Deep Fried Beancurd Skin Roll with Shrimp & Mushroom dan Deep Fried Chicken & Yam Paste Dumpling.
69 jenis aneka 'Dim Sum' yang dihidang dalam bekas comel menanti peminat-peminat 'Dim Sum' di China Treasures sepanjang Ramadhan ini.
Buffet Dim Sum akan dihidang setiap hari bermula dari jam 11:30 pagi hingga 2:30 petang dengan harga RM69nett seorang. Berikutan dari permintaan yang menggalakkan, Restoran China Treasures akan menambah dua lagi sessi buffet dim sum pada hari minggu dan cuti am pada harga RM49nett seorang dari 10:00 pagi hingga 11:30 pagi dan 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Hidangan 'Ala-minit'
China Treasures turut membawakan Hidangan 'Ala-minit' dengan harga RM118nett seorang. Hidangan 'Ala-minit' China Treasures menawarkan pelbagai pilihan menarik seperti Deep Fried Shimeiji Mushroom with Salted Egg Yolk, Steamed Talapia Shanghai Style, Tiger Prawns served with Portuguese Sauce, Aromatic Duck, Stir Fried Venison with Spring Onion and Ginger.
Deep Fried Shimeiji Mushroom with Salted Egg Yolk
Szechuan Hot & Sour Soup
Tiger Prawns in Portugese Sauce
Steamed Talapia with Minced Chilli Soya Sauce
Steamed Talapia Shanghai Style
Steamed Tiger Prawn with Egg White
Roasted Duck "Pi Pa" Style
Braised Soya Sauce Chicken
Sweet & Sour Chicken
Black Pepper Beef
Stir Fried French Bean 'Szechuan' Style
Stir Fried 'Mini Kailan' with White Sauce
Tawaran Menarik buat tempahan 10 Orang :- Dapatkan hidangan 'Crab' atau 'Lobster' percuma !!
Hot Pot Stimboat
Bagi mereka yang sangat peka akan kesihatan, hot pot stimboat menawarkan pelbagai pilihan segar seperti udang harimau, tauhu salmon dan kupang hijau.
Bonus tambahan buat pelanggan 'Dinner Indulgence' ~ Dapatkan baucar Buffet Citarasa Malaysia 1Malaysia di Sime Darby Convention Centre pada harga serendah RM79nett seorang, berbanding harga biasa RM120nett (tertakluk pada terma dan syarat).
China Treasures beroperasi setiap hari ~ Dari 11:30 pagi hingga 2:30 petang untuk Makan tengahari (Hari Bekerja) dan dari 10 pagi hingga 4:30 petang (Hari minggu dan cuti am).
Bagi yang berminat untuk menikmati makan malam di China Treasures, restoran beroperasi dari 6:30 petang hingga 10:30 malam. China Treasures turut mempunyai 6 bilik makan persendirian yang boleh menempatkan diantara 8 hingga 75 orang pelanggan.
Pakej khas untuk Jamuan Buka Puasa, Rumah Terbuka Hari Raya dan Servis katering turut disediakan. Sila buat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kekecewaan.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi China Treasures di 03-20893788 atau layari chinatreasures.sdcc@simedarby.com atau hantar pertanyaan anda ke enquiries.sdcc@simedarby.com
Restoran China Treasures
Sime Darby Convention Centre
No. 1 Jalan Bukit Kiara 1
60000 Kuala Lumpur
Tel :- 03-20893788
Restoran China Treasures
Sime Darby Convention Centre
No. 1 Jalan Bukit Kiara 1
60000 Kuala Lumpur
Tel :- 03-20893788
0 comments:
Post a Comment