Kalaulah kita tahu apa yang Dia tulis untuk kita ..
senanglah kita menyusun atur kehidupan, kan.
Tapi kita tak tau.
Kita tak tau suratan hidup kita bagaimana ..
Hmmmm .. redha je lah dengan tiap kejadian ..
Jangan menyesal. Ikhlaskan setiap kebaikan ..
Jangan harap balasan
Sebab balasan atau ganjaran tiap kebaikan
mungkin bukan diberi pada kita ..
tapi mungkin pada anak atau waris kita.
Mungkin bukan hari ini .. tapi kemudian hari.
Lagipun .. Tangan yang memberi
Lebih mulia dari mulut yang meminta
Bila ditimpa bencana atau malapetaka
Muhasabahlah. Bertenanglah.
Fikir sedalam-dalamnya
Kenapa?
Tiap kejadian bersebab, kan.
Dan percayalah yang Allah SWT itu sentiasa ada dengan kita.
26 comments:
kalaulah kita tahu....tp kita tak tahu kenapa jd mcm tu, mcm ni....
Saat kita mengeluh, ada orang lain sedang meraung!
nasib dan takdir masing2 tak sama kan kc
:)
Hari ini kita menangis esok kita tersenyum...itulah pusingan kehidupan.
kak cik gaduh dengan kak nani ye...
redha dan tawakallah..walau pahit, walau sakit..ujung2 pasti ada manisnya..
betol tu kak... harap sabar ye kakcik :)
kalau kita tahu, hidup ini dah tak best sebenarnya..:)
kalau semua benda kita akan tahu..sure tak banyak kesilapan kita di dunia ini..huhu
berusaha mendptkan hidup yg baik, hormati org lain.. byk lagi sifat yg mulia.. =)
Andai itu Takdirnya...takdir itu milik ku dengan izin serta penyusunan dari-NYA...
lain2... kannn
suka dengan komen kakcik....
"saat kita mengeluh ada orang lain yang meraung"
sungguh bermakna walau nampak ringkas tetapi padat
Salam,
Kak Chik,
Minat lah nat buat facial kat Meru tu. Boleh dapatkan address?
My email:
thriftycorner@gmail.com
Thanks!
semunya DIA dah aturkan untuk kita
itulah qada' dan qadar :)
Lebih 400000 pAgeview??? saya baru menangkak2 40000 :)
kalaulah kita tau =)
betul kakchik... setiap yg terjadi tu pasti ada hikmah besar disebaliknya.
itulah kehidupan
life must go on
ada hikmahnya kita tak tahu kan.. kadang2 bila dilanda musibah memang rasa sedih, tapi saya selalu positif yang Allah dah rancangkan yang terbaik untuk diri saya..insya allah..
inilah suratan takdirku..terimalah dengan redha.kehidupan mesti di teruskan..
@Cik Anonymous .. komen awak pegi kotak Spam lah. ni baru KC jumpa. Tak gaduh pun cik Anon. Umur dkt 4 series ni, i am more 'cool' compare tu zmn muda dulu. Tahap kesabaran dan ketenangan dah makin tinggi kot? Hehehe. Alhamdulillah la kalau betul, kan.
Ini sekadar Entry Motivasi kpd kwn2 yg terkena. Ada kwn KC yg pinjamkan duit kat org tapi org tak pulang .. ada yg tlg org tapi bila dia mintak tlg dari org yg sama org tu tak tlg dia balik. So, entry ini adalah utk support kwn2 KC tu,bkn dtujukan kpd sesiapa. After all, this is general statement, dear. Apa pun yg sebenarnya terjadi dlm hidup kita, hanya Tuhan yang tau segala-galanya. Kita sabar je sebab Tuhan sentiasa ada dengan kita. Betul kan Cik Anon?
@Daddy Ziyyad, yup. u are right. if we know than less challenges in life. kurang cabaran la pulak, kan.
@Kakcik seroja, Ella setuju. Apa lah sangat duka kita dibanding dgn duka org lain,kan.
@Thrifty Coner, let me check the address first ye. I promise i will email u soon.
@Rai, btl sgt tu Rai. Sedih jgn lama2 eh. Cepat bangkit dari kesedihan tu tau.
kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada. jangan riak bila lebih dari orang dan jangan kita dengki apabila kita kurang dari orang. Bersyukurlah denga apa yg telah diberikan olehNYA.
@Anonymous .. betul tu. KC setuju sgt2. No point kita dengki atau iri pada org lain sebab setiap org itu ada kelebihannya. Allah SWT tu kan Maha Adil. Yg penting, kita bersyukur dan jadi diri sendiri. Jgn sesekali berlumba-lumba kerana duniawi ni kalau dikejar takkan ada akhirnya.
Post a Comment