Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bila adik manis datang bertandang

Kecoh sekejap rumah bila adik-adik GHMB beraya di rumah kita ... dgn ragam anak-anak turun naik tangga .. main tarik tali .. pastu tengah-tengah main tetiba Aiman cakap ... Haaaa .. dah ada yang menangis .. lalu berkejaranlah ibu-ibu muda ini menjengok sambil dalam hati berkata ..."anak aku ke yang nangis tu" *hihi* Riuh jugak rumah dgn gelak ketawa senda gurau ibu-ibu muda dan gorgeous ni. Weeee .. meriah. Cantek kan gambar Candid ni. Natural dan cun.

Amy, Cath, Fiza, Shilla, Siti dan Maz .. Mekaseh datang rumah KC. Mohon ampun maaf andai ada kekurangan di sana sini. Terharu bila adik-adik manis ni salam cium tangan kita sebelum pulang. Almaklum ler  .. Misz-Ella paling 'senior' disini. Auwwww .. dah tua. Hihihi.

Ini bukan juadah diaorang tapi hidangan hari Isnin malam untuk Keluarga Razman *bestfriend Aiman* yang datang beraya. Kari Ayam, Ikan Berlada, Kubis Goreng. Check In dapor 6:45 petang .. before 8 everything done. Indahnya Syawal bila kita raikan dengan mengunjungi sahabat handai saudara mara, kan. Untuk Misz-Ella .. tiada istilah Open House tapi kalau ada yang sms atau telefon mahu datang .. Misz-Ella jawab .. Datang la. Its my pleasure to receive you as my guest. Datang dengan niat yang baik .. Misz-Ella sambut dengan hati yang terbuka. InsyaAllah.


*Foto ihsan FB GHMB* Tq for uploading the photos, adik-adik*




Kambing Masala, Kari Ayam, Rasem di Raya Ke 5

Lepas rumah Uncle Din, kita gi rumah Besan Mama di Desa Pandan. Pastu kita terus gi rumah Cik Bibah di Cochrane. Cik Bibah jiran lama. Masa sama-sama duduk di Flat San Peng .. tahun 1979. That was 33 years ago. Alhamdulillah ... selepas 33 tahun masih terjalin ukhuwah persahabatan sesama jiran.

 Aishah, Me, Cik Bibah, Kak Ngah my SIL, my sister KY dan Mama. Cik Bibah dah 65 tahun .. dah bercucu tapi tetap seperti dulu .. 'awet muda' dia. Masa duduk Flat San Peng dulu, selalu tumpang bilik air dia sebab bilik air kitorang Full *adik beradik ramai* .. pernah tumpang tengok TV kat rumah dia dan bila berkenduri kendara .. selalu kami menumpang barang-barang di rumah dia. Haihhh .. kenangan-kenangan indah itu .. mana lah boleh kita lupa, kannn.

Farees anak bongsu Cik Bibah. I have seen him since he was a baby. Kitorang selalu gilir-gilir tidurkan dia masa dia baby dulu. Dodoikan dia sambil nyanyi lagu 'Isabella' ok .. jangan marah. Hahaha .. Farees Sudah besar sekarang .. bakal menerima Menantu bongsu Cik Bibah tak lama lagi gamaknya ye?

Amir Izzat dan Pakcik Rasul. Tak banyak perubahan rupa Pakcik Rasul dulu dan sekarang. What else can we say other than 'Alhamdulillah' .. Syukur nikmat dan rezeki Allah SWT beri kepada kami ... sahabat sejati yang kekal berkawan setelah sekian lama.

Masala Kambing, Kari Ayam, Sambal Tahu, Rasem, Sayur Goreng dan Papadom. Kari Ayam Cik Bibah memang feveret kami dari dulu lagi. Tiap kali dia masak kari bau dia sampai ke rumah kami, maka kami sibuk bertenggek kat rumah dia. Cik Bibahhhhhh ... nak kariiiiii. Hehehe.


Hari Raya merapat dan mengeratkan Silaturrahim sesama keluarga bila adik beradik berjalan bersama. We love our Hari Raya. Raya kitorang best!!!

*All pictures taken from KY's FB. Thanks KY for uploading the photo. Wall FB KY meriahh!!*





Raya ke 5 di Kelana Jaya

Raya ke 5 ~ Konvoi 3 kereta ke 4 rumah. WaWaWa .. gi sini .. gi sana .. makan tu .. makan ni .. bestnya raya kami. Jalan tak jem .. line clear .. syok weih gi sini sana. Lebih syok dan afdal bila aktiviti menziarah saudara mara itu dibuat secara berjemaah dengan adik beradik kesayangan kita. Mengeratkan lagi silatturahim antara Famili. Hmmmm .... I love my big families.

Aishah, Me and KY ~ my adik beradik perempuan dari mak dan abah yang sama.

Kelab Golf Negara Subang ~ Tuan rumah is Ayah Ngah, adik Abah dan Auntie Sue. Dia jemput ke KGNS bila kita kata nak datang beraya. Kat mana-mana pun tak pe  .. sebab yang penting adalah nawaitu kita mahu beraya dengan saudara mara. Mek Kak sepupu kami dari Kerteh pun ada sama.

Auntie Fahimah dan anaknya Nadia yang tinggal di Singapura pun ada juga.

Pastu raya di rumah Uncle Din di Kelana Jaya ... tapi Uncle Din dan Auntie Lah (Datuk Husamuddin dan Datin Jamilah) bercuti di Bangkok. Fir dan Farah je ada kat rumah. Kalau Uncle dan Auntie ada mesti lagi best. They are fun and nice!! By the way, Nadha Fir's daughter is our latest anak sedara .. baru 30 hari umur dia. Wanginyaaaaa bau baby .. leka sekejap kita peluk-peluk cium-cium baby yang suci ni.


Aishah, Me, Salina my SIL, KY my sister, Farah and Fir my cousin. Tq Farah dan Fir. Walau masih dalam pantang, Fir tetap mahu kami datang. Alahaiiii .. bestnya raya, kan. Masa paling sesuai untuk melawat saudara mara yang rutin harian sokmo bizi bekerja. Yeayyy!!!


Anak-anak sibuk main ikan dalam kolam

Mek dan Mama

Elehhhhhh .. 'Peace' la sangat Aiman dan Amir. Hehehe.

Kueh raya aneka rasa ..


Nadine yang manis. Comel la anak-anak Fir. Dari yang sulung sampai yang ketiga, muka sume sama. Yang bestnya, even jarang jumpa .. anak-anak Fir very friendly. After 2 houses in Kelana Jaya, kita gi KL pulak .. menziarah jiran lama dan besan Mama. Aktiviti makan-makan yang marbeless bersambung lagi dan lagi. Nanti-nanti kita cerita ye. Bye kawan-kawan. Mekaseh baca.


Rumah keliling sawah di Raya ke 4

Dari Taiping ke Teluk Intan .. menziarah saudara belah Mama dan Abah di Raya ke 4. I missed the program at Kg Selabak .. so i joined the other adik beradik at Kg. Sg. Kerawai, Teluk Intan .. di rumah Makcik Zizah adik Abah .. our Baby sitter masa kecik. Riuh rendah rumah Makcik Zizah dek serbuan kami 4 kereta.

HoHoHo .. teman jakun sekejap jumpa sawah padi. 
Aterrrr .. dah tua-tua baru jumpa .. patut sangat le teman kejakunan, kan. Hehehe.

Terbuai jiwa dan perasaan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.


Aliff Haqeem ~ My sweet sour anak buah

Rumah Makcik Zizah yang atap biru tu. Kiri kanan belakang rumah sume sawah padi. Nyaman gila berada disini. Best siott. Teman adik beradik jakun sekejap. Hehehe.






Makcik Zizah jamu kami dengan Ayam Lemak Cili Padi, Pucuk Turi Masak Lemak, Hati dan Pedal Masak Kicap, Sayur Kubis Goreng, Telor Masin, Ulam Jengkol dan Petai dan paling best  ... Sambal Belacan Power Gila!!! Perghhhh .. Benno my Made in Switzerland BIL pun makan bertambah tau .. inikan pulak teman yang udah semestinya lidah belacan. Lagi pedas .. lagi meleleh .. lagi best!!!

Raya ke 3 rumah Mertua

Selamat pagi Taiping ~  kata hati Misz-Ella sebaik celik mata pagi raya ke 3. I always love Taiping, bandar tersejuk dan terdingin di Malaysia. Suasana pagi yang dingin sejuk, bunyi-bunyi alam yang tenang dan damai .. buatkan Misz-Ella rasa nak sambung tido lagi. Tapi .. tak senonoh la kalo buat camtu, kann. Hehehe.




Makan tengahari di rumah Adik Ipar ~ Asam Rebus Keladi dan Kangkung Goreng Belacan yang dipetik  dari pokok belakang rumah. Ikan masin diaorang buat sendiri.  Makan dengan nasi panas-panas .. Perghhhhh!!!

Pastu kita ke Pantai Remis .. tunggu Bot Nelayan balik dari laut untuk beli ikan fresh. Bot-bot nelayan tu bawak balik ikan dari laut hasil tangkapan untuk jualan. Ikan yang dibeli di sini sedap, segar dan manis-manis. Bukan ikan dah kena airbatu macam kat KL ni. No wonder la orang kampung mertua kita ni sehat-sehat. Diaorang makan sumber alam yang segar tanpa pencemaran. Kita kat KL? Dah la bayar lebih mahal .... nampak je segar tapi dah berhari sebenarnya. *diawet supaya nampak segar*


Gulai Kari Ikan Sembilang dan Sambal Lokan + Petai. Makan dengan nasi panas-panas .. marvellous!!

2 Malam di Taiping .. rasa macam tak cukup masa. Tapi kami harus pulang ... banyak lagi Agenda .. banyak lagi tempat kaki nak pegi. WeWeWe .. syioknya raya. Hehe.





Raya Pertama dan Kedua di Segamat

Dah sudah bermaafan .. ber riuhan .. berfotoan .. tibalah masa untuk ke rumah Ayahanda dan Bonda lagi satu. Famili kitorang besar oke. Adik beradik 12 orang. 5 orang dari mak dan abah yang sama. 6 orang dari abah sama mak lain. Sorang lagi dari abah lain mak sama. Dua-dua mak kitorang sayang. Dua-dua abah kitorang cinta. 

Balik kampungggg .. oooooo balik kampung .. ooooo balik kampung .. hati girang*nyanyi dlm keta*
Aksi pejam mata Aiman dan Amir. Perasan macho arr tu. Menyampahhh!! Hehe.

Mengisi 'tummy' adalah Agenda pertama sebaik tiba di Banglo Ayahanda dan Bonda. Mengada 'tummy', kann ..  penat 3 jam perjalanan merentas Lebuhraya la tu. Hehehe. Tapi kauuu .. kalau dah Ayam Masak Merah, Ayam Kurma, Rendang Daging Cili Api, Masak Lodeh, Kari Kambing, Kuah Kacang, Pucuk Maman depan mata .. takkan nak pandang kot. Bab masak-masak ni Bonda Zabedah memang 'terror' arr. Setakat memasak 15 ekor ayam untuk hidangan Raya tahun ini dan juadah-juadah lain tu .. pukul 5 pagi check in dapur .. pukul 8 pagi siap. Kami makan lauk 'fresh'. Bukan lauk semalam. Cunnnnn sangat. Hehe.

Ucu Aishah dan anak buah


 Dah ramai-ramai ni, kita buat sambutan Hari Lahir Ayahanda Ismail Bin Haji Hamzah yang jatuh pada bulan puasa. Ramai-ramai nyanyi lagi Happy Birthday. Kita nampak Abah bergenang airmata. *terharu barangkali* Tak pe Bah .. yang penting kitorang dapat buat Abah hepi.

Allah Selamatkan Kamu .. Alllah Selamatkan Kamu .. Allah Selamatkan Abah kita. Allah Selamatkan Kamuuu.   WaWaWa .. Cucu-cucu yang terlebih 'excited'. Hehe.

Lepas makan malam, budak-budak sibuk nak main mercun dan bunga api. Kebabooommmm sana .. kebaboommmm sini. Opocotttt!!! Terkejut kita tau. Hehe.

Pembuka sarapan pagi Raya ke 2 ialah Durian. Perrghhhhhh .. sebakul kauuuu makan ramai-ramai ...

Lepas Sarapan .. time to go. Off course deep deep inside our heart we want to stay longer tapi Ini Hari Raya. Harus bahagi masa yang ada sama rata. I got to go back to Inlaw's .. KY mahu ke Cherating .. Angah dan Adik mahu pulang ke KL .. Alop harus pulang ke Taiping. Sedihhhhh ...*sobs*

Sini ... sini ... Camni .. camni. Camnilahhh ~ kecoh Misz-Ella bagi arahan

Opah, Atuk dan Cucu-Cucu. 
Yeayyyyy !!!!

Our Big Family. Mana lagi? Mana lagi? Tak cukup lagi ni.
Hmmmm .. Kak Ee raya di rumah Mertua kat Kelantan, Ika masih berbaju tido lagi. Ecol dan Fairos tido lagi kot? Hehehe.

All in .. All in .. we had a blast spending our quality time together during Hari Raya. Rasa bersyukur dan bertuah sangat bila lihat kedua-dua ayahanda dan bonda gembira di Hari Raya. Dibesarkan dalam sebuah famili yang besar .. bukanlah mudah nak puaskan hati ke dua-dua mama dan ke dua-dua abah .. tapi kitorang adik beradik 'try our best to make everyone happy'. Kalau ikut hati memang  tak puas sebab terlalu singkat masa di sana sini but remember ... This is Hari Raya. Banyak tempat nak kena pegi .. banyak agenda menanti. We cannot be selfish, right. Selesai Agenda Keluarga di sini, kami beredar untuk Agenda Raya seterusnya. Me .. dari Selatan bergegas ke Utara menuju ke rumah Mertua. Balik kampunggggg .. oooooo ... balik kampungggg .. *tak habis-habis lagi kita nyanyi lagu ni* Hehe.


Pagi Raya Pertama di Sg. Buloh

Dah Raya ke 5. Sekejap je, kan. Alhamdulillah. Seronoknya dapat beraya dengan adik beradik, Mama dan Abah di Sg. Buloh, Mama dan Abah di Segamat, Mak Mertua dan keluarga di Taiping. Tuhan je la yang tau how i really appreciate moments spend with them. Dan sekarang, sudah kembali bergolek di rumah sendiri. Tak puas rasanya beraya di Segamat, di Taiping, di Teluk Intan. Masih banyak rumah saudara mara yang tak sempat kami ziarah tapi nak buat camna .. masa yang ada harus dibahagi sama rata.

Mama, Abah dan cucu-cucu di Raya pertama.
I wish Alop and Boy were here during the day but they have other Agenda. Harap-harap tahun depan .. 6 beradik bakal mengegarkan rumah Mama nanti.

Misz-Ella yang beraya dengan mata lebam sebab malam sebelum tu tidur hanya selepas jam 12 malam. Banyaknyaaa kerja nak buat .. sedangkan hanya sedikit masa yang ada. Aiman my son .. dah makin besar .. makin look alike his mother. Sama, kan .. muka kitorang.

My sista Aishah and husband

KY's green family.

Angah's 'big' family. Comel la warna diaorang. Cunn!!

Gorgeous Gediks!! Hehe.

Tahun ini, kami masih mengekalkan tradisi berkumpul beramai-ramai di rumah Mama selepas Solat Aidilfitri. Makan ramai-ramai .. berfotoan ramai-ramai dan bermaafan beramai-ramai mengikut 'seniority;  Dimulai dengan anak dan menantu paling tua hinggalah yang termuda. Disambung pula dengan Cucu yang paling tua hinggalah yang termuda. Selepas selesai Acara Pertama, kami berkonvoi balik kampung di Segamat selepas Solat Zohor for another Raya Celebration. Di Segamat, 10 adik beradik berkumpul di rumah Bonda Zabedah dan Ayahanda Ismail .. adding more colours on our Hari Raya. Best dan meriahnya raya. Walau penat ... yang penting bahagia. Selamat Hari Raya, readers. Hope you enjoy your raya as much as we do.