Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

20 sen sahaja!!

Kalut dan kelam kabut warga Malaysia bila harga minyak naik atau untuk bahasa lebih lembut buat orang tak terasa ialah 'Subsidi' minyak dikurangkan sebanyak 20 sen.

Stesyen minyak berpusu-pusu kena serbu. 

20 sen!! Apalah sangat nilai 20 sen untuk warga Kota besar macam Kuala Lumpur yang berlebih duit sampai mampu makan di Restoran mahal dan bersuka ria tatkala hujung minggu tiba .. yang mampu melancong ke sini sana tiap kali Cuti sekolah menjelma .. yang pada mereka 20 sen tak da hal lah kawan!! nak beli gula-gula pun tak lepas.

Tapi kenaikan harga petrol sebanyak 20sen/se litre itu jugak akan memberi kesan pada barang-barang lain .. beras, gula, tepung, minyak masak .. sebab kos transportation/pengangkutan makin naik. Supplier mana nak reduce profit margin so end user/customer macam kita yang akan tanggung kosnya.

Dalam ayat yang lebih mudah ~ Minyak naik .. harga barang lain pun naik .. means kos sara hidup kita dan mereka pun naik.

Orang bandar macam yang Misz-ella sebutkan di atas tak kesah sebab dorang lebih dari mampu tapi fikirkan orang di kampung-kampung .. yang tinggal jauh nun di pedalaman .. makin jauh tempat tinggal makin tinggi kos pengangkutan. Bukan ke mereka yang lebih rasa terbeban? They didnt earn 3-4k per month like most of KL citizen do .. dorang hidup kais duit habis duit or bergantung pada anak-anak hulur wang saku tiap bulan buat menampung kehidupan.

Realiti nya mereka lebih terbeban dari kita sedangkan mereka lah yang sejujurnya patut dibantu .. diberi subsidi dan sebagainya.  Kesian kan kat mereka-mereka dibandingkan dengan kita ..


Nota kaki :~
Sekeping note RM50 sangat berharga buat Nenek di Bario .. rindu Bario.


2 comments:

Sue Bee said...

kan Ella..lepas ni kena kurangkan jenjalan jauh2 shopping..Nak ikutkan tak pyh sebenarnya dikecohkan sgt.

Dr K said...

Pak pak menteri boleh cakap, sebab mereka tak merasa isi minyak sendiri..semua benda boleh claim...petrol claim, tol claim, makan pun free selalu sebab banyak function..