Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadhan 2015 - Citarasa Ramadan 1Malaysia di Sime Darby Convention Centre

Hello readers. Assalamualaikum. Sekejap je dah penghujung bulan Mac ... dan tak lama lagi muncullah bulan Ramadan.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, Sime Darby Convention Centre (SDCC) membawakan Buffet Buka Puasa bertemakan Citarasa Ramadan 1 Malaysia dan berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, buffet Ramadan SDCC tahun ini akan diadakan di Roof Garden, berlatarbelakangkan pemandangan indah kehijauan Kuala Lumpur Golf & Country Club.

Buffet Ramadan bertemakan Citarasa Ramadan 1Malaysia ini menampikan pelbagai juadah berbuka serantau yang merupakan kegemaran rakyat Malaysia seperti Ayam Golek negeri Kelantan, Ikan Patin Gulai Tempoyak negeri Pahang, Rendang Udang Galah negeri Sembilan, Botok-botok Ikan negeri Johor dan bermacam lagi.

SDCC turut menyediakan juadah antarabangsa dan tempatan yang lain bagi memenuhi citarasa masyarakat majmuk yang sering berkunjung ke SDCC ketika Ramadan. Antara juadah yang disediakan termasuklah masakan Cina, India, Arab dan Barat seperti Lamb Shank, Pizza, Lamb Saffron Rice, Teppanyaki Antipesto, Noodle, Satay, Ikan Bakar, Lemang dan lain-lain lagi. So readers lets check it out what Misz-ella and friends had that day

Buah-buahan tempatan tidak ketinggalan

Makanan kesukaan rakyat Malaysia - Sambal Sotong, Rendang Tok dan Ayam Golek .. all i tried and memang Sedap.
Ikan Patin Masak Tempoyak, Udang Galah dan Botok-Botok Ikan Siakap

Beraneka jenis manisan atau juadah pencuci mulut menanti pengunjung sepanjang Ramadan ini di SDCC.

Sup Gearbox, Sate Ayam dan Daging serta Nasi Kerabu


Lagi juadah-juadah enak di SDCC sepanjang Ramadan tahun ini.


Gulai Kawah Tetel, Asam Pedas Ekor dan Kari Kepala Ikan yang bakal menarik perhatian pengunjung sepanjang Ramadan.

Hidangan Kambing Golek di 'Grill Corner' .. something that you shouldn't miss

Pelbagai variasi Salad di 'Cold Counter'

Roti Naan dan Ayam Tandoori tidak ketinggalan menanti kedatangan pengunjung-pengunjung di bulan Ramadan nanti.

Dan tidak lengkaplah juadah berbuka puasa kita tanpa Murtabak Daging dan Murtabak Ayam kegemaran rakyat Malaysia yang turut disediakan oleh pihak SDCC.


Barisan kueh-kueh Melayu yang sangat sinonim dengan bulan Ramadan turut disediakan oleh pihak SDCC.

Tak ketinggalan juadah pencuci mulut iaitu Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau dan Kuah Durian bersama pulut. 



Air Sirap Bandung yang sangat sinonim dengan bulan Ramadan, Jus Kurma, Air Tebu, Air Jagung, Air Soya. Tak ketinggalan minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu Teh Tarik, Nescafe dan bermacam lagi.

Dengan harga RM120nett seorang, buffet 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' di SDCC akan bermula setiap hari dari jam 6:30 petang - 10:30 malam bermula 19 Jun 2015 sehingga akhir Ramadan tahun ini. Walaubagaimanapun, SDCC menawarkan harga pembelian menarik dengan penjimatan besar melalui promosi Jualan baucer yang bermula sekarang sehingga akhir bulan April pada harga RM69nett, dan RM79 nett bagi belian baucher Ramadan sepanjang bulan Mei.  Dapatkan juga satu (1) baucer percuma bagi setiap pembelian 10 baucer. 

SDCC turut menyediakan jualan juadah berbuka puasa bagi mereka yang ingin berbuka bersama keluarga di rumah. Kaunter jualan akan dibuka seawal jam 3:00-5:00 petang sepanjang tempoh tersebut.

SDCC turut menyediakan Pakej Jamuan Khas untuk Majlis Berbuka Puasa, Rumah Terbuka Hari Raya serta perkhidmatan Katering. 

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi Halia di 03-20893799 atau 03-20893688 atau e@simedarby.com dan enquiries.sdcc@simedarby.com

With the varieties of food offered at the price of RM69nett for early birds, i seriously think that it is to worth it. So readers  .. mari berbelanja dengan berhemah .. dapatkan baucher buka puasa SDCC sekarang untuk penjimatan besar!!


1 comments:

PinKy MoMMa said...

huwaaa kakkk camner nak diet ni..smua pun sedappp hahahaha..kena beli skrg ni..sbb murah dr hrga sbnr hukhuk