Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Album Andainya Takdir ~ Anuar Zain

Hello readers ..


Masih ingat lagi entry Misz-ella tentang 'Meet and Greet Session' Anuar Zain dengan peminatnya? Kalau tak ingat baca entry ini. Dan ingat lagi tak yang Misz-ella telah berjanji akan review CD terbaru Anuar Zain seikhlas hati?


OK selepas beberapa purnama, masanya telah tiba untuk Misz-ella kongsikan tentang kehebatan Album Andainya Takdir ini dengan pembaca semua.


Album yang mengandungi lapan lagu ini *7 lagu baru dan 1 lagu dinyanyikan semula* dibuat dengan sangat teliti dan sempurna. Muzik orkestra mengiringi setiap lagu menjadikan setiap lagu mempunyai irama yang sangat segar. 


Lagu yang paling mendapat tempat di hati pendengar pada masa ini adalah Andainya Takdir tetapi sejujurnya Misz-ella nak kongsikan yang lagu-lagu lain seperti Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta dan lain-lain disampaikan tak kurang hebatnya dan dengan penuh penghayatan oleh Anuar.

Lagu Hujan dendangan semula Anuar disampaikan dengan cara yang berlainan. Susunan muzik yang indah, lenggok suara serta emosi Anuar dalam menyampaikan Hujan ..ohhh .. sangat tersendiri. Kalau lah pendengar tak pernah dengar Arwah Sudirman menyanyikan lagu ini, dah pasti mereka sangkakan Anuar lah penyanyi asalnya.

Selamat Malam sangat istimewa. Bila dengar lagu ini, Misz-ella rasakan seolah Anuar ucapkan Selamat Malam pada Misz-ella.

Paling seronok melayan Album ini adalah di waktu memandu kereta sorang-sorang. Misz-ella sendiri berebut CD ini dengan Aiman. Almaklumlah .. masing-masing mahu perjalanan ke destinasi ditemani album Anuar Zain ini.

So para readers *peminat Anuar Zain khususnya*, jangan lupa dapatkan Album terbaru Anuar Zain di pasaraya Mydin, Lazada dan kedai kaset terpilih. Sangat berbaloi melayan jiwa dengan album ini dan sebelum Misz-ella terlupa, Misz-ella nak ingatkan readers semua yang sessi terakhir "Meet & Greet Anuar Zain" akan diadakan pada 17 Disember 2016 ini di Mydin Pelangi Indah, Johor. 

Warga Selatan jangan lepaskan peluang .. Beli album beliau di Mydin Pelangi Indah dan jumpa beliau di sana.  Buat yang dah memiliki album tersebut, jom kita Enjoy.

2 comments:

Najeeb Abdullah said...

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Tak aciiii!!!! nangesssss!!!
kita dah beli di itunes dah...hari-hari layan.. haha!
rindu k.chik!!

leoniel dg said...

Wow.. hebat..