Misz-ella rasa, dalam diri seorang Ibu, walau dah besar anak kita, selagi dia belum berkahwin, selagi dia di bawah jagaan kita, rasa bimbang dan risau tetap ada.
Maka kita titipkan pesanan "Jaga diri baik-baik. Jaga nama baik keluarga. Jangan buat yang bukan-bukan" atau dalam bahasa 'sedikit' kasarnya "Kau Jangan Buat Macam-Macam!"
Life is tough my dear. Tiada hidup yang sempurna. Tidak semua impian yang kita ingini bakal kita kecapi. Malah kadang perjalanan yang kita harapkan lancar rupanya penuh dengan halangan dan onak duri. Dan pesanan kita tetap sama ~ Sentiasalah berfikir dengan bijak dan ambil tindakan yang sewajarnya. Sentiasalah berada di landasan yang betul. Berusaha dan bertabahlah.
Buat seorang ibu tiada yang lebih membahagiakan selain dari melihat anaknya berjaya dan bahagia.
I had a long talk with my son recently. Aiman banyak belajar dari Mama. Aiman saksi kekuatan Mama dalam menghadapi jatuh bangun kehidupan. Aiman belajar erti kekuatan, kesabaran dan ketabahan dari Mama. Ye. Bukan mudah menjadi seorang Ella. Ella kena kuat, Ella kena tabah. Ella kena tetap bangun melangkah di saat dia hampir tersungkur ke bumi. Ella kena senyum walau hatinya luka parah. Ella kena berdiri teguh walau hatinya jatuh.
Kalaulah Ella boleh cerita .. kalaulah .. tapi bukan semua perkara Ella boleh kongsikan. Banyak hati kena dijaga. Lagipun memang dah karakter Misz-ella macam tu .. tak rela kongsi cerita yang terlalu peribadi waima dengan ahli keluarga terdekat sekali pun. Bukan apa .. takut tersalah cerita dah dapat dosa .. nak pulak cerita dalam rumah, kan. So you all hati-hati dalam meluahkan masalah peribadi. Terlebih cerita memburukkan suami sendiri sedangkan kita patut jaga maruah dia. Tak pasal-pasal dapat dosa, kan.
Kalaulah Ella boleh cerita .. kalaulah .. tapi bukan semua perkara Ella boleh kongsikan. Banyak hati kena dijaga. Lagipun memang dah karakter Misz-ella macam tu .. tak rela kongsi cerita yang terlalu peribadi waima dengan ahli keluarga terdekat sekali pun. Bukan apa .. takut tersalah cerita dah dapat dosa .. nak pulak cerita dalam rumah, kan. So you all hati-hati dalam meluahkan masalah peribadi. Terlebih cerita memburukkan suami sendiri sedangkan kita patut jaga maruah dia. Tak pasal-pasal dapat dosa, kan.
Oopsss ..hampir 3 minggu lepas, dalam sibuk-sibuk pun Misz-ella sempat ke Pantai Port Dickson dengan famili kecik Misz-ella ni dan seperti biasalah, Misz-ella akan memilih hari biasa untuk bercuti instead of hujung minggu. Tak kuasa nak berebut dengan orang ramai, tau. Lagipun hari biasa harga bilik hotel lebih murah dari hujung minggu .. jalan pun lengang tak sibuk macam biasa. Thank you to Mazidah, adik Ipar Misz-ella ..tukang rancang, tukang booking hotel .. segala tukang dia. Misz-ella tukang bawak anak-anak dia ke sana je.
Najiha dan Nadhirah .. dah besar anak dara dua orang ni. Mama Uda sayang korang ketat-ketat tau.
Satu kereta kita semua .. lalalalala. Thanks to Aiman yang sanggup berpenat-penat .. travel di malam hari lepas kerja dan pulang ke KL keesokkan hari nya dengan Nadhirah dan Najihah. Misz-ella duduk 2 malam dengan Mazidah dan Puteri. Tiga bersaudara ni semalam sahaja sebab dia orang kena kerja. Dah besar anak-anak dan kami pun makin tua. I am approaching 44 years old next year. Alhamdulillah untuk sebuah perjalanan yang sangat indah. My life might not be perfect like others but still I am blessed with every breath. Bertabahlah dan bersyukurlah. OK Bye. Misz-ella nak pergi buat kerja lain. TQ baca.
1 comments:
Jangan kata anak dah dewasa, anak dah berumahtangga pun, selagi ibu bernyawa, mereka tak akan lepas 'dari pandangan mata'...
Post a Comment