Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Merenung Semalam. Pandang Ke Hadapan.


Kadang-kadang, bila kita toleh ke belakang merenung semalam dan pandang jauh ke hadapan, kita terfikir akan betapa beruntungnya kita dalam kehidupan ini.

Betapa bertuahnya kita kerana berpeluang merasai pahit manis kehidupan yang sangat berharga dan tidak ternilai hatta dengan wang berjuta.

Tiap yang terjadi dalam hidup Misz-ella, tak kira pahit atau manis .. Misz-ella hargai. Tiap insan yang hadir dalam hidup Misz-ella, Misz-ella hargai. Trust me if I say even those negative things that happened in our life contributed to our life. Taught us a very valuable lesson that money can't buy. 

Looking backwards .. I am a very grateful person. Bertuah. Sangat bertuah kerana berpeluang merasai berbagai pahit manis kehidupan which later shaped me to a better person today.

Kalau lah .. kalau lah Allah tak duga Misz-ella dengan dugaan dugaan tersebut .. mungkin Misz-ella tak sekuat hari ini. Mungkin Misz-ella masih lagi lemah dan tidak gagah. Mungkin Misz-ella tidak memandang kehidupan seperti hari ini tetapi sebaliknya.


I was born and raised in a big family. I have 12 siblings from different mother and different father. I learned to love them from the bottom of my heart. Seikhlas hati. Arwah Abah didik kami dengan penuh kasih sayang. Arwah Abah didik kami yang kasih sayang itu tiada sempadan. I love my stepmother like my own mom. Empat tahun Arwah Abah pergi meninggalkan kami, Mama Ida pun dah bertemu jodoh lain dan kami dah dapat Abah baru, tapi kasih sayang kami tetap utuh. I still go back to her house for Hari Raya. Still berjumpa di Majlis-majlis kekeluargaan. Malah saudara mara di sebelah Abah (Kelantan) masih menjemput Mama Ida ke majlis-majlis keraian. Bersyukur Misz-ella dengan aturan Allah SWT yang sangat indah. Kasih sayang, ukhuwah yang tidak pernah putus walau Arwah Abah dan tiada lagi bersama kami. Thanks Abah for building the 'bridge' .. our role now is to take care of the 'bridge' .. strongly and firmly.

Pandang lagi ke belakang and revised another chapter of my life, I feel so grateful with all the pain that I faced. It made me a better person today. Every pages are special. Every chapter has it own story. I appreciate every pages and values every chapter. Saya yang bertuah kerana dipilih untuk diduga.

Bila kita pandang ke hadapan .. kita tanya diri kita. What is our direction? Hala tuju? Arah tujuan? If someone ask me what do you want in your life? I seriously do not have a specific answer for that question. For a simple person like me, I am happy with what I have now. Every day I wake up with a vision ~ I want to be healthy and happy so that I can take care of my loves. I know I wont be their Angel forever. I promised myself I will be the best Angel for them as long as I am still breathing in this world. I Thank God every day for giving me all the strength that made me keep on moving in life. And I pray every day ~ God, please take care of them together with me. I can't do it alone without your blessing *sobs*

Every day after a long day at work, I look forward to return home to my family cos I know that is where I belong to. I have stopped chasing the stars. I have stopped climbing the ladder. Tidak lagi mengejar duniawi cos I truly understand what life is. I truly understand that those fun are temporary but the real happiness come from the inner me. Perlu ada rasa bersyukur untuk merasai bahagia. Perlu rasa cukup untuk menjadi kaya. Yes. I truly understand that and I am blessed with every breath.

Time flies fast. In a blink of eyes we have to say Hello to 2017 and we get older by another year. Kalau lah Misz-ella boleh mintak, Misz-ella nak Allah panjangkan umur Misz-ella so that I can see my son get marry *entah bila* Yes. That is my wish. Kalau lah nak mati pun, biarlah selepas Misz-ella dah tunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai mak. Dah kahwinkan anak. Ye. Kalaulah kita boleh mintak. Tapi kita tak boleh mintak and we never know what is written for us. Till then, berdoalah agar kita sentiasa sihat dan kuat dalam menempuh cabaran kehidupan.

Dan hargai lah setiap masa yang ada. Hiduplah tanpa benci, tanpa dendam dan tanpa iri hati. Penuhi lah hati dengan kasih sayang kerana disitulah istimewanya kita sebagai manusia.

Sekian. Nukilan dan luahan hati seorang Misz-ella. Buat pedoman dan kenangan hari tua nanti. Terima kasih baca. 



1 comments:

admin said...

Aiman kawen, jgn x ajak kolin!!!