Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lee Kwang Soo di The Running Man Malaysia Challenged

Hai readers ..

Seperti yang diketahui Lee Kwang Soo telah berada di Kuala Lumpur pada 26 November yang lalu dan menjadi Tetamu khas bagi pengambaran The Running Man Malaysia Challenged anjuran 100 PLUS dan ONE HD dan Misz-ella bertuah kerana berada di lokasi penggambaran dan melihat kemeriahan sambutan para peminat terhadap bintang The Running Man Korea tersebut.

Amboi .. masing-masing dah teruja menantikan ketibaan Lee Kwang Soo. Serius meriah Paradigm Mall dengan ribuan peminat Lee Kwang Soo yang mahu melihat beliau secara LIVE

Sesak, kan. Bukan main padat lagi.


Woops!! Ada yang menyelit masuk dalam Butik baju untuk dapatkan 'view' yang lebih dekat. Terkejut we alls .. ingatkan ada 'extra mannequin' tadi.


Misz-ella dan the geng pun turut teruja sama



Dan ketibaan Lee Kwang Soo disambut dengan sorakan gemuruh peminat-peminatnya *termasuk lah ai .. Hehehe*

OK jom kita cerita lanjut tentang program The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS bersama ONE HD ni. Pencarian peserta telah diadakan melalui beberapa siri ujibakat yang telah diadakan di Putrajaya, Kuantan dan Johor bermula dari bulan Oktober yang lalu. 

10 peserta terbaik telah dipilih ke pusingan akhir The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS ini.

Pada tanggal 26 November 2016, telah diadakan sessi rakaman rancangan tersebut di Paradigm Mall dan menyaksikan peserta-peserta yang mara ke pusingan akhir berentap dalam 4 kumpulan yang diketuai oleh selebriti tanahair iaitu pelawak Ajak Shiro mengetuai 'Team Original', pelakon Ayda Jebat yang kecil molek dan manis mengetuai "Team Berry, pelakon Hairul Azreen adalah ketua bagi "Team Orange" dan pelakon popular Shahrul Ridzwan mengetuai "Team Lemon Lime"

Episod pertama The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS ini akan ke udara di saluran Astro Ria & Ria HD, pada 8hb Januari 2017 jam 11 malam nanti dan siaran ulangannya pada 13 Januari jam 9 malam.

Misz-ella pun tak nak cerita banyak-banyak sebab nanti tak da la kejutan, kan tapi yang pastinya rancangan 'game show' ini sangat meriah dan best! 

OK jom kita layan gambar .. tengok gambar pun dah boleh tau akan kemeriahan rancangan ini. Excited nak tonton di kaca TV nanti.





















Ye itu dia Lee Kwang Soo yang setiap aksinya buat peminat bersorak bagai diserang 'histeria' .. Lee Kwang Soo sangat comel, sangat sweet dan pandai ambik hati peminatnya .. patut lah peminat sayang, kan. Adalah beberapa insiden tak best berlaku semasa sessi penggambaran tapi Misz-ella tak nak sentuh pasal isu itu sebab yang penting, Lee Kwang Soo atau 'Prince of Asia' ini memang telah menawan hati ribuan peminatnya pada petang itu dengan keluhuran hati nya .. sweet gila!

So you all, jangan lupa saksikan Episod Pertama The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS ini di saluran ONE HD, Astro saluran 393 pada 1hb Januari 2017 jam 4.45 petang nanti.

Untuk maklumat lanjut dan gambar-gambar yang cantik, layari www.100plus.com.my 

0 comments: