Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Anugerah Melodi TV3

Hello readers ..

Tengok tak Anugerah Melodi anjuran TV3 yang diadakan pada 10hb Disember yang lalu? Anugerah yang bertujuan meraikan personaliti yang mewarnai industri seni itu telah berlangsung dengan jayanya dan Misz-ella berpeluang menyaksikan Anugerah tersebut secara langsung dari Dewan Tun Ismail, PWTC. 

Well .. sebagai seorang yang membesar dengan rancangan Melodi dimana satu ketika dahulu, kami adik beradik akan bersusun depan TV setiap tengahari Ahad kerana Melodi, maka teruja jugak hati ini nak menyokong Anugerah Melodi yang julung kali diadakan ini. Terima Kasih TV3.

10 kategori dipertandingkan dan keputusan pertandingan adalah 100% berdasarkan kepada undian peminat. Undian secara online telah dijalankan dari 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016 yang lalu. OK .. Misz-ella pun tak nak cerita banyak. Jom kita tengok senarai pemenang.

Personaliti Fesyen Melodi
Nazim Othman

Personaliti Pengacaraan Melodi
Neelofar

Personaliti Muzik Melodi
Ayda Jebat

Personaliti Komedi Melodi
Jep

Personaliti Filem Melodi
Zizan Razak

Personaliti Sukan Melodi
Datuk Lee Chong Wei

Personaliti Media Social Melodi
Ayda Jebat

Pasangan Sensari Melodi
Akim & Stacy

Personaliti Drama Melodi
Fattah Hani

Personaliti Artis Melodi 2016 (Anugerah Utama/Ultimate Award)
Ayda Jebat



Gambar dari cosmopolitan.my

Seperti yang diduga, Ayda Jebat menang besar. Kemenangan Ayda memang boleh dijangka dari awal lagi berdasarkan kepada populariti beliau yang fuhhhh .. bukan main hebat lagi sekarang ni. Pada Misz-ella, Ayda Jebat memang kecil-kecil cili padi. Kecil tapi hebat dan sangat berbakat. Personaliti pun menarik patut lah dia jadi kesayangan ramai, kan.

Anugerah Melodi turut memberi pengiktirafan kepada Park Bo-Gum sebagai Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh dan Afghan penyanyi popular Indonesia pula menerima Anugerah Personaliti Luar Negara.

Tahniah buat semua pemenang dan Tahniah jugak TV3 kerana berjaya menganjurkan satu lagi Anugerah yang sangat gilang gemilang. Meriah you alls Dewan Tun Ismail tu .. nak pulak masa persembahan .. dah macam kat Konsert ok .. kami yang kat belakang pun rasa nak goyang sama *Tehehehe*

OK jom kita layan gambar .. tak banyak tapi khas buat peminat-peminat yang rindukan artis kesayangan mereka.

Erra Fazira yang tak pernah tak cantik.

Misz-ella tersipu-sipu bila Dato' Rosyam Noor tanya .. Dah tulis belum? *pasal dia* Satu yang pasti, datang lah seribu Hero Malaya yang terbaru, tetap Dato' Rosyam Noor idaman hati.

Intan Sarafina .. manja la dia ni

Eh eh .. kak Zarina Zainuddin .. dulu orang kata muka kita sama. Datang la rumah .. camtu la dia cakap kat Misz-ella haritu. Ummm nanti-nanti la ye kak. I pun donno bila i free.

Dan ini dia penyanyi kesayangan ramai Akak Ziana Zain yang kekal langsing, cantik dan bergaya walau dah lebih 40 umur dia.


All in ... All in .. Anugerah Melodi sangat meriah. Tahniah TV3. Tahniah para artis yang menang. Kalau ada umur panjang, kita jumpa lagi tahun depan di Majlis yang sama ye.

0 comments: