Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pelancaran MEWANGI Satu Dunia. Penyanyi Noraniza Idris Duta nya.


Hello readers ..

Baru-baru ini Misz-ella dijemput ke Majlis Perasmian Produk MEWANGI berserta dengan Pegenalan Pengasasnya iaitu Puan Ayu Azmera dan Dutanya iaitu Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.


Teruja nak tau apakah MEWANGI .. maka kaki melangkah ke The Lounge, Hotel Hilton Kuala Lumpur pada petang 6 Disember itu. The Lounge Hilton dihias cantik serba pink, sweet sangat bersesuaian lah kerana rona pink itu adalah warna tema bagi produk Mewangi itu sendiri.



Selepas itu adalah kemunculan Puan Ayu Azmera Pengasas produk Mewangi. Baru lah jelas di minda Misz-ella apakah MEWANGI itu sebenarnya. MEWANGI dibawakan khas oleh Nizayu Prima Marketing sebuah syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan bumiputera bertaraf GMP. Produk MEWANGI dibuat dari bahan-bahan alami, diformulasikan dengan sumber semulajadi seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga-bungaan dan herba tempatan yang terkenal dengan pelbagai khasiat dan kebaikan. Produk MEWANGI dijamin 100% berkualiti tinggi, selamat dan suci serta bebas alahan. Kesemua rangkaian produk MEWANGI ini juga mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbukti bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, hidrokinon dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna. Tanpa kesan sampingan dan selamat digunakan, produk MEWANGI  telah menerima lebih dari lima ribu testimoni positif daripada pengguna MEWANGI dalam tempoh lima bulan.

Empat produk MEWANGI yang diperkenalkan kepada kami pada petang itu adalah :-

MEWANGI Chewing Gum Soap (RM49SM & RM59SS)
Menarik, kan nama dia. Pencuci muka ini dihasilkan dari madu dan kulit kayu manis untuk merawat jeragat, jerawat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit. 

MEWANGI Peeling Scrub (RM49SM & RM59SS)
Ini ialah skrub/lulur garam bukit yang boleh digunakan untuk muka dan badan. Berfungsi untuk membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celahan badan, ketiak dan kelangkang.


MEWANGI Cream (RM49SM &RM59SS)
Krim yang menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara, serta mempunyai SPT60 ini berkesan untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjal seri menaikkan aura dan seri wajah. Boleh digunakan di muka dan juga badan.

MEWANGI Krim Penaik Seri 7 Bunga (RM69SM & RM75SS)
Merupakan krim kegunaan muka diekstrak dan diformulasikan daripada lilin lebah dengan 7 pati bunga untuk menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat yang degil. 14 hari kegunaan berupaya menjadikan kulit anda berseri-seri dan lebih cerah merah jambu seterusnya memancaran keserian wajah.


Turut diadakan pada petang yang indah itu adalah Majlis menandatangani Perjanjian Perlantikan Penyanyi Irama Malaysia, Noraniza Idris sebagai Duta MEWANGI. Noraniza Idris dipilih kerana bukan sahaja beliau telah menggunakan produk MEWANGI sejak MEWANGI mula berada di pasaran malah kerana beliau juga gemar mengamalkan penjagaan kesihatan secara asli dan tradisional sejak dari dulu lagi.


Seterusnya adalah Majlis Pelancaran produk MEWANGI oleh Y.M. Tengku Hishamuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj. Dalam ucapan Y.M. Tengku, beliau turut merakamkan ucapan Tahniah atas usaha yang dijalankan oleh Puan Ayu Azmera dalam membuka peluang pendapatan kepada bakal usahawan/usahawanita yang berminat di dalam bidang perniagaan dengan menjadi wakil-wakil Jualan dan Pengedar produk MEWANGI. 



Penyanyi Noraniza Idris dalam perkongsian beliau pula berkata yang beliau perlu bijak memilih produk penjagaan kuit dan wajah yang terbaik bagi mengekalkan kesegaran, keanjalan dan kegebuan kulit agar sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Produk MEWANGI sangat membantu dan memberi banyak kemudahan dan penjimatan masa bagi dirinya yang mempunyai jadual harian yang padat dan sibuk.

OK Misz-ella dah kongsikan dengan readers semua tentang produk MEWANGI, meh sini Misz-ella nak bagitau yang Misz-ella sedang mencuba produk MEWANGI ini sekarang ni. Bertambah-tambah wangi dan berseri lah Misz-ella hendaknya selepas ini ye. AMIN.


Selain dari itu, Nizayu Prima Marketing juga telah bersedia untuk memasakan beberapa produk kosmetik dalam pasaran akan datang iaitu :-

  • Gincu bibir MEWANGI  dengan 4 pilihan warna - Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang dan Natural Gloss
  • Bedak Alas MEWANGI - Ting Ting Foundation
  • Minyak Wangi MEWANGI - 7 Kelopak Mawar #wangikanlahhatimu 'Wangian Penenang Hati & Jiwa'


Akhirkata, ini dia sekeping gambar kenangan bersama Puan Ayu Azmera yang sangat manis, ramah lagi merendah diri. 

Untuk maklumat lanjut tentang produk MEWANGI sila layari :-

  1. Hotline MEWANGI :- 016 444 7131/ 03-7813 7707
  2. Alamat Pejabat :- No. 23-G, Blok 2, Jalan Elektron Nu 16/N, Sek U16, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
  3. Facebook MEWANGI
  4. Instagram MEWANGI
  5. YouTube :- TV MEWANGI
  6. Website :- www.mewangiofficial.com






0 comments: