Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cinta Si Bulan dan Sang Matahari


Hello readers ..

Kalau Misz-ella katakan kisah cinta adalah kisah yang paling indah didengar dan paling disukai ramai setuju ke tidak?


Mana boleh tak setuju .. betul tak? Di kaca TV, teledrama kisah cinta paling tinggi 'rating' nya. Di kedai-kedai buku, novel percintaan adalah 'Top Sales' katanya.


Realitinya .. Mencintai dan Dicintai adalah satu perkara yang paling indah dalam hidup setiap pasangan Adam dan Hawa. Mencintai bisa menjadikan kita insan yang lebih mahu memberi. Mahu memberi yang terbaik buat yang tersayang, mahu menggembirakan hati dia dan mahu sentiasa bersama si dia dalam susah dan senang. Mencintai buat kita ketepikan kepentingan diri.


Dicintai pula buat kita rasa dihargai dan sangat istimewa. Dicintai buat hati kita sentiasa berbunga-bunga. 

Sesungguhnya, mencintai dan dicintai adalah anugerah paling indah dalam hidup tiap pasangan. Cinta adalah perasaan yang sangat istimewa, anugerah Allah SWT kepada orang yang tertentu sahaja. Kita tak jatuh cinta setiap hari dan pada setiap insan yang kita temui ... tapi hanya pada dia yang dipilih oleh Nya.

Tapi yang pasti, cinta tak semestinya bersatu dan antara kisah cinta tak kesampaian yang paling Misz-ella ingat adalah Kisah Cinta Si Bulan dan Sang Matahari.

Bulan dan matahari saling mencintai. Sangat mencintai satu sama lain sehinggakan kedua-duanya meninggalkan bumi dan tinggal bersama di langit lepas. Tapi sayang, walau berada di langit yang sama, kedua mereka tak bisa bersama kerana KEADAAN. Matahari hidup di langit yang luas terbentang di waktu siang dan demi cintanya pada si bulan, matahari sanggup mati menjelang malam agar bulan biasa bernafas dan meneruskan kehidupan. 

Kesimpulannya, si bulan dan sang matahari saling mencintai tapi terpaksa menjauhi. Hanya mampu memandang dari kejauhan kerana tiada jambatan yang bisa menghubungkan. Malah sanggup berkorban mematikan diri setiap siang dan malam demi cinta yang hakiki. Sedih, kan kisah cinta si Bulan dan sang Matahari. Sangat sedih dan Misz-ella sangat faham perasaan bila kita terpaksa berkorban melepaskan cinta itu pergi. Bukan kerana benci atau tidak cinta lagi tapi kerana cinta itu adalah cinta sejati.

Buat mereka yang sedang menghadapi kisah cinta tragis seperti si bulan dan sang matahari, bertabahlah. Percaya lah yang setiap pengorbanan yang kita lakukan demi kebaikan, kita akan diberi ganjaran yang lebih oleh Allah SWT nanti. 

Kita mungkin tidak bisa mendekati tapi kita boleh berdoa agar Allah SWT pelihara, jaga dan belai mereka dengan kasih sayangNya. Teruslah berdoa. Tetaplah menjadi bintang di langit yang menerangi kegelapan malam yang dicintai dari kejauhan.

Ehhh .. lagi panjang cerita, lagi emo Misz-ella dibuatnya *hehe* Well .. kisah cinta si bulan dan sang matahari adalah 'world stories' yang paling banyak diceritakan. Ada banyak lagi kisah menarik tentang cinta si bulan dan sang matahari ni. You all rajin-rajin la google ye. Asyik nya baca .. tak sedar berlinang airmata. OK .. Misz-ella dah habis bercerita. GoodBye lovely readers. Terima Kasih baca.





0 comments: