Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Tips Misz-ella kekal fokus dan bertenaga. Taurus Creative Energy Drink lah!

Hello readers ..

Hari ini jom kita cerita tentang kecergasan. Bagaimana nak kekal bertenaga selepas seharian bekerja tapi masih boleh lagi pergi bersenam dan malamnya hanya tidur pada pukul 2-3 pagi gara-gara membuat entry.


Well .. life as an active blogger .. hampir setiap hari ke event dan hampir setiap malam tidur lambat gara-gara perlu menaip entry. Belum kira lagi stress memandu ke sana sini cari parking dan sebagainya. Phewwwww .. Kalau Misz-ella kata tak penat, itu Tipu! Sebab realitinya dengan gaya hidup tak tau duduk diam itu, Misz-ella memang perlukan 'supplement' supaya kekal cergas selagi mata celik dan tidak tidur lagi. OK dalam entry kali ini Misz-ella akan kongsikan dengan readers tentang Taurus Creative Energy Drink, yang direka khas bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang aktif dan perlu kekal segar sepanjang hari.

Perkenalan tidak rasmi Misz-ella dengan Taurus Creative Energy Drink bermula apabila Aiman kongsikan bersama Misz-ella tentang Taurus yang bakal mengadakan Jualan perkenalan di rangkaian 7Eleven pada harga RM1.00 sahaja *Wootsss .. anak lagi up-todate dari mak, ok *hehehe*.

So pada hari tersebut, setelah selesai sessi Gym, kami singgah di 7Eleven untuk beli beberapa tin dan Misz-ella cuba setin dulu pada malam itu. 

Perkenalan secara rasmi Misz-ella dengan Taurus Creative Energy Drink pulak adalah pada permainan Laser Tag Battle bersama rakan blogger di Berjaya Times Square baru-baru ini.

Baru lah jelas di minda Misz-ella apakah Taurus Creative Energy Drink ini.

Heyy its me with Taurus Creative Energy Drink, minuman kesihatan yang membekalkan tenaga dan buat kita kekal cergas sepanjang hari.Taurus mengandungi Caffein, Taurine, Vitamin B5, Pantothen Acid, Vitamin B/Riboflavin, Inositol dan Grucunolacton. Kesemua bahan di dalam Taurus Energy Drink adalah yang terbaik dan apa yang tubuh badan kita perlukan untuk kekal sihat, cergas, bertenaga dan fokus sepanjang hari.

Taurus Creative Energy Drink ini juga telah mendapat pengiktiran dari ISO 9001, HACCP, FDA dan juga telah mendapat pengiktirafan Halal. So tak perlu ragu-ragu menikmatinya ya.

Kalau you all follow gaya hidup Misz-ella, hidup Misz-ella ini ibarat tiada masa rehat, kan. Rehat Misz-ella hanya pada masa tidur sahaja,. Misz-ella bukan jenis yang suka melepak depan TV, that is definitely not in my diary ... setiap saat, setiap minit Misz-ella manfaatkan dengan sewajarnya and I am approaching the age of 44 next year. Tua? Yes I am old.

Jom cuba setin dulu Taurus Creative Energy drink ni sebelum kita mulakan perlawanan Laser Battle ni. Ermmm .. sedap. Tak terlalu manis dan ada sedikit rasa 'orangey'. Kalau Misz-ella boleh minum, you all pun mesti boleh jugak sebab Misz-ella cerewet bab makan minum ni. Kalau tak sedap atau tak kena dengan citarasa, memang tak layanlah .. tapi Taurus is different. Its nice, not so sweet and refreshing!

Bila dah pekena Taurus, tahap tenaga Fuhhhh .. bukan main. Masing-masing 'hyper'. Meriah Arena Laser Battle dengan karenah kami yang tiba-tiba ibarat remaja belasan tahun sahaja *tehehehe*

Kumpulan Merah dan sedia nak menentang Kumpulan Hijau.

Battle in progress!
Dua perkara yang diperlukan dalam permainan laser tag battle adalah tenaga dan fokus. Kami perlu bermain '3 game' untuk menentukan pemenang. Gelap dan panas dalam Arena tu tapi dengan bekalan Taurus Creative Energy Drink secukupnya, kami kekal fokus dan bertenaga sepanjang '3 game' tersebut. Fuhhhh ... Taurus made me suddenly feeling 24 ok *hehehe*


Dan selepas itu, Taurus tak lepas dari tangan dan pandangan kami. Malah Taurus Creative Energy Drink menjadi topik hangat kami sepanjang sessi Laser Tag Battle itu.

Waiting for our 3 round game dan tengok lah kitorang .. masih kekal bertenaga dan 'gila-gila' .. Tak gaya mak orang 40an yang sorang tu kan *hehehe*

Finally, kumpulan Merah dapat tempat ke 2 tapi itu bukan lah persoalannya di sini sebab yang penting kami kekal aktif, bertenaga, ceria dan fokus semasa dan selepas 3 perlawanan 'Laser Battle' tersebut bertemankan Taurus Creative Energy Drink.

Tengok tu .. tak seorang pun layu, semua kekal segar dan buat Misz-ella, being the oldest in the group, agak bangga jugaklah sebab Taurus Creative Energy Drink membuatkan saya yang berumur 44 ini tak kalah dengan tahap tenaga dengan adik-adik yang baru 20an di sini. I dont feel lost among them! 

And I must say Thank you to Taurus Creative Energy Drink which made me proud of myself. I felt 24 .. hehehe.



Dan percayalah selepas pulang dari perlawanan Laser Tag Battle dengan rakan blogger, Misz-ella boleh luangkan masa sejam lagi di Gym Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Its 12 midnight and I have the whole gym by myself and still energized!

Taurus Creative Energy Drink boleh didapati di semua Rangkaian 7 Eleven *tapi ni peti ais rumah Misz-ella tau .. bukan peti ais 7 Eleven*

Pesanan ikhlas Misz-ella buat mereka yang mahu kekal sihat, cergas, fokus dan bertenaga ~ Cubalah Taurus!

Pics on this entry is from https://www.facebook.com/TaurusED/?fref=ts dan koleksi sendiri. Jangan lupa LIKE Facebook Taurus Energy Drink untuk update terkini, ok. 

























So .. ini lah dia Taurus 

0 comments: