Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Anuar Zain Album Tour 2017 bersama Mydin

Hello pembaca-pembaca budiman .. *lambai tangan kanan*

Ingat lagi kisah Anuar Zain bertemu peminat di tahun 2016 bersama Mydin? Kalau tak ingat baca balik entry ini.


Berita baik buat peminat-peminat Anuar Zain yang terlepas Sessi Meet & Greet bersama Anuar Zain tahun lepas ~ Mydin baru-baru ini telah menyambung kolaborasinya bersama Anuar Zain di tahun 2017 dengan menggunakan nama baru Anuar Zain Album Tour 2017. Ini bermakna, peminat-peminat Anuar Zain yang terlepas peluang untuk bertemu beliau di tahun 2016 berpeluang untuk menemui beliau di tahun 2017.

Dato Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad dalam ucapan beliau sempat berseloroh ~ Saya pun tak tau macamana boleh minat dengan Anuar Zain ni. Kami ni jual Ikan kering je. Tetapi penjualan album Anuar Zain di semua rangkaian Mydin sepanjang tahun 2016 telah memberikan impak yang sangat besar dan ini meyakinkan pihak Mydin untuk menyambung kolaborasi bersama tersebut di tahun 2017. 

Seperti rangkaian promosi pada tahun lalu, peminat akan dapat beramah mesra dan melihat persembahan Anuar menerusi Anuar Zain Album Tour 2017. Mereka juga boleh mendapatkan album dan tandatangan Anuar Zain semasa berlangsungnya Anuar Zain Album Tour 2017 nanti. 



Selain dari pihak Mydin selaku penaja lokasi Anuar Zain Album Tour 2017 yang bakal diadakan di cawangan-cawangan Mydin terpilih, kolaborasi ini turut mendapat kerjasama dari penaja lain termasuklah Wonder Glow, Head & Shoulder, Nescafe, CATs FM, Suria FM, Le Meridian Hotel dan Classic Billboard.



Antara lokasi Mydin terpilih untuk Anuar Zain Album Tour 2017 ini adalah :-

Mydin Samariang, Sarawak ~ 12 Februari 2017, 2.30 petang
Mydin Pulau Sebang, Melaka ~ 26 Februari 2017, 3.00 petang
Mydin Parit Buntar, Perak ~ 5 Mac 2017, 3.00 petang
Mydin Senawang, Negeri Sembilan ~ 26 Mac 2017, 3.00 petang
Mydin City One, Sarawak ~ 9 April 2017, 2.30 petang DAN
Mydin Vista Tunku, Kuching (Tarikh akan diumumkan kemudian)



Anuar pada majlis tersebut turut melahirkan rasa gembira kerana album Andainya Takdir terjual sebanyak 11,000 unit sepanjang promosi bertemu peminat di tahun 2016. Walau belum mencapai break even iaitu 22,000 unit Anuar tetap bersyukur kerana kolaborasi bersama pihak Mydin di tahun 2017 ini membolehkan beliau mendekati peminat sekali lagi melalui lagu-lagu terbarunya. Hmmmm .. Ingat lagi tak review Misz-ella untuk album Andainya Takdir? Masih terdengar-dengar suara Anuar membelai perasaan Misz-ella sewaktu memandu di tengah malam mendendangkan lagu Cinta Takkan Berakhir, Selamat Malam, Andainya Takdir, Hujan dan bermacam lagi. Kalau you all tak ingat sila baca review album Andainya Takdir sekali lagi di sini ye.



Anuar Zain pada petang tersebut turut melancarkan video buat single beliau berjudul Cinta Takkan Berakhir *ohhhh .. my favourite* . 


Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan lagu ini, serta team produksi muzik video yang begitu komited dan memberikan hasil kerja yang begitu bermakna buat saya dan Anuar Zain Network Sdn. Bhd,"kata Anuar.

Hummm .. Misz-ella dah tonton Video buat single Cinta Takkan Berakhir ciptaan Numata (Inu, Mhala dan Tantra) ini yang mendapat sentuhan daripada pengarah Amor Rizan dan dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Puteri Balqis Azizi, Eyra Hazali, Syafiq M.Nazri serta pelakon jemputan Faizal Hussin. Video ini adalah kesinambungan dari video Andainya Takdir. Sebak, terharu dan hampir menitis airmata .. tak nak cerita banyak-banyak nanti tak surprise so pembaca-pembaca kesayangan Misz-ella jangan lupa tonton Muzik video Cinta Takkan Berakhir di YouTube, VEVO Anuar Zain bermula pada 26 Januari 2017 jam 11 pagi. Apabila dua lagu ini digabungkan bersama, ia menjadi sebuah storyboard yang sangat menarik sampaikan Misz-ella tanya sendiri pada Anuar Ada cadangan untuk filemkan storyboard ini? Jawapannya? Kita tunggu nanti ye.



So peminat-peminat Anuar Zain, jangan lupa 'mark calender' anda dan temui beliau di  Anuar Zain Album Tour 2017 di cawangan Mydin terpilih. Dengan setiap pembelian album Anuar Zain di Mydin, anda akan berpeluang untuk bertemu beliau dan menyaksikan persembahan beliau secara LIVE ~ peluang yang tidak selalu ada so jangan lepaskan.


Buat Misz-ella sendiri yang sememangnya adalah peminat setia Anuar Zain dari zaman beliau remaja mendendangkan lagu Kain Pelikat *duet dengan Elina* dan seterusnya saat beliau muda dengan lagu catchy beliau seperti Bila Resah dan Permata dan sekarang berkongsi minat yang sama dengan anak Misz-ella si Aiman yang dah berumur 21 tahun, kalau boleh mahu menyertai Anuar Zain Album Tour 2017 ini. Nama pun die hard fan, kan *hehe*


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mydin.com.my dan juga laman facebook dan https://www.instagram.com/anuarzainnetwork/












0 comments: