Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sambutan Tahun Baru 2017 di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur

Hello lovely readers ..

Happy New Year from misz-ella.blogpot.com. Dimana readers kesayangan Misz-ella ini meraikan kedatangan Tahun Baru? Ada nampak percikan Bunga api tak di malam tahun baru tu? 



Malam 31 Disember 2016 di Kuala Lumpur

Tahun ini Misz-ella telah dijemput untuk meraikan kedatangan tahun baru 2017 di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur. Sungguh teruja Misz-ella saat mendapat jemputan. Menara Kuala Lumpur tempat kesayangan Misz-ella .. pergi berkali-kali dalam setahun pun tak pernah jemu. Maka pada malam 31 Disember 2016, sanggup Misz-ella meredah traffik pusat bandaraya yang sesak gara-gara penutupan jalan di sini sana untuk ke Menara Kuala Lumpur.

Seawal jam 10:30 malam, Sky Deck telah dipenuhi oleh tetamu yang telah membeli Pakej Sky Deck New Year 2017 Countdown Package sejak dari awal lagi. Sambutan tahun ini lebih memberangsangkan dari tahun lepas. Kesemua hampir 300 tiket habis dijual. 

Menjelang malam, makin ramai tetamu sampai. Cuaca cantik .. tidak hujan, bayu lembut sangat mendamaikan dan masing-masing tak lepaskan peluang untuk merakamkan sekeping dua gambar buat kenangan.



Misz-ella pun tak ketinggalan lah, kan. 

Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar di Sky Box Menara Kuala Lumpur. Misz-ella dah berpeluang bergambar di Sky Box tu beberapa kali. Memang best! You all kalau belum pernah haruslah ambil peluang untuk merasainya, tau.


LIVE BAND pun ada


Cocktail Buffet was served. Sedap makanan yang disediakan .. *teringat-ingat*


 Drinks was served too. Buat orang yang sudah banyak kali ke Sky Deck, memang berubah sungguh lah Sky Deck malam tu .. with the crowd from all races *plus expatriate living in KL too*, music, balloons, food and drinks ... Party Mode is ON! Happening!

Some of them sang along with the musician. Ada jugak dance performance by The Broadway Academy.

Dan Misz-ella enjoy segala-galanya termasuklah pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang sangat cantik pada malam itu. Magnicificent view .. jatuh cinta kepada Kuala Lumpur berkali-kali pada malam itu.


Menunggu detik 12 malam dengan keterujaan yang sangat melampau. I waited at the same spot for 40 minutes for the Countdown to start. Tak rasa penat walaupun pakai kasut tumit tinggi .. enjoyed every seconds .. dance along with the music, breathed the fresh air and enjoying the magnificent view of Kuala Lumpur city skyline .. OhMy .. bestnya!

And Finally ... Lead by Mr. DJ we did the countdown together to usher the arrival of the new year. We spotted more than one fireworks above the sky! The non-stop 8 minutes fireworks was beautiful and the music from Mr. DJ added more colours and fun into it. Kuala Lumpur bermandi cahaya pada malam itu and the view from Sky Deck KL Tower which is 300 metres above ground was so fantastic! Such a beautiful party!

 The balloon was released too

And they toasted the arrival of the new year together

Everybody were seen busy with their handphone .. sending new year wish la tu agaknya, kan



Dan seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Instagram. Hadiah disampaikan oleh Encik Meor, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, sambutan Tahun Baru 2017 di Sky Deck, Menara Kuala Lumpur adalah sangat meriah. Pada ketinggian 300 metre, pemandangan bandaraya Kuala Lumpur tercinta adalah sangat menakjubkan. Ditambah dengan percikan bunga api, muzik dari Mr. DJ dan pelbagai lagi aktiviti, my new year 2017 countdown are definitely a sweet memory and I look forward to return to Sky Deck KL Tower for the same celebration next year *harap-harap ada*

This is Elie Sahad from KL Tower, Thank You KL Tower for having me. Terima Kasih banyak-banyak kerana sudi mengundang Misz-ella ke majlis yang meriah ini. Terima Kasih. Moga berjumpa lagi di KL Tower untuk event seterusnya.

So readers kesayangan Misz-ella, Misz-ella dah habis berkongsi cerita akan kenangan manis meraikan kedatanganTahun Baru 2017 di entry ini untuk rujukan you all semua. See you at the same venue next year, OK.

Selamat Tahun Baru 2017. Moga tahun 2017 lebih baik dan menceriakan dari tahun-tahun sebelumnya. Azam baru Misz-ella ringkas je .. Mahu lebih sihat, mahu lebih memberi, mahu lebih gembira dan menggembirakan yang lain-lain. Itu je. Moga dimakbulkan impian Misz-ella ini. OK readers. Thank You baca, Bye.





2 comments:

Kakcik Nur said...

Selamat tahun baru Ella... :)

Diana Rashid said...

Selamat tahun baru kakchik..meriah sambutan tahun ni..