Hello readers ..
Misz-ella pergi Jalan-Jalan Cari Makan lagi. Asyik makan-makan je, kan *tehehee* Makan lepas tu share dengan my blog readers ~ memang itu favourite Misz-ella dari dulu lagi.
Baru-baru ini Misz-ella telah ke Kafe BANNGKOK STREET FOOD yang terletak di Platinum Walk, Setapak, Kuala Lumpur untuk makan malam.
Tengok nama dah tau ini kedai makanan Siam, kan. Dah terbayang Tomyam. Betul tak? Tapi Tomyam Thai dan Tomyam Malaysia tak sama tau. Nak tau apa bezanya? Baca entry ini sampai habis ye.
Suasana dalam Kafe ni sangat santai dan Ahhhh .. kacang Siam!! Kacang kegemaran Misz-ella kalau ke Padang Besar, Wang Kelian atau bila ke Pengkalan Kubur. Kacang Siam ni memang best. Kalau korang tak percaya sila beli setin dua ye.
Kafe BANGGKOK STREET FOOD mula beroperasi lebih kurang 5 bulan yang lalu dengan diketuai oleh Chef Mus yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang masakan.
Kafe BANNGKOK STREET FOOD diinspirasikan dari masakan dari negara Thailand dengan sedikit sentuhan Ala-Kelantan, tempat negeri kelahiran Chef Mus sendiri. Kesemua bahan-bahan yang digunakan dalam masakan di sini menggunakan bahan-bahan mentah Halal yang dibawa dari negara Thailand. OK Jom kita tengok apa yang Misz-ella cuba di Kafe BANNGKOK STREET FOOD .. jom!
Khao Pad Thai ~ RM9.90
Nasi Goreng menggunakan belacan Thai yang disangai *digoreng kering* terlebih dahulu dan disertakan bersama hirisan ayam, cili api sangai, telur dadar dihiris nipis, ikan bilis goreng, ulam timun dan salad dan kalau mahu pedas, you all boleh tambah kicap cilii padi tu. Perah limau kalau mahu tambah perisa. Sedap dan berharga RM9.90 sahaja. Berbaloi!
Tengok tu .. terserlah kesedapannya, kan
Khau Niau Kai (Pulut Ayam) ~ RM7.90
Pulut Tanak yang dimakan bersama Ayam goreng disertakan ulam timun dan daun salad lalu dimakan dengan Sos Cili ~ antara makanan kegemaran masyarakat Islam di Thailand.
Siakap Kaeng Som ~ RM43.00
Ikan Siakap yang distim dengan air asam jawa ditambah daun selasih, nenas kiub dan cili api yang disangai ~ Masam-masam manis dan sedikit pedas rasanya you all. Tapi kalau you all peminat Ikan Siakap Stim, yang ni memang Misz-ella rekomen. Hidangan ini boleh dikongsi bersama 5 orang.
Tom Yam Super Banggkok ~ RM10.90
Masih menggunakan Daun selasih dan Cili Api sangai sebagai pelengkap, pada Misz-ella Tom Yam Super Banggkok ni sangat best kerana ianya lain dari yang lain. Susah nak dapat di tempat kita dan merupakan Banngkok Street Food's 'signature food'. Sup Tom Yam ini mengandungi kaki ayam dan kepak ayam yang direbus lembut. Best gila! Berulang-ulang Misz-ella makan. Dah la sedap, harga pun tak mahal .. biasa-biasa je harganya.
Mee Siam ~ RM9.90
Mee Siam ~ kalau kita ikutkan nama nya macam biasa-biasa je kan sebab Mee Siam kat mana-mana pun ada tapi yang ni lain dari yang lain. Nak tau kenapa?
Sebab bihun ini digoreng menggunakan sup tomyam dan dihidang bersama kepingan ayam rangup dan hirisan telur dadar lalu dimakan dengan Sambal khas yang turut dihidang bersama Mee Siam tersebut. Sedap. Lain dari yang lain.
Pad Woon Seng Goong ~ RM12.90
Siapa peminat suhun? Me!! Yang ni betul-betul mengingatkan Misz-ella pada masakan dari Siam/Thailand sebab suhun goreng dihidang bersama Tiger prawn yang juga telah digoreng, kacang tanah yang ditumbuk halus, serbuk cili, tauge mentah dan daun kucai.
Campur dan gaulkan kesemuanya. Kalau you all tak kuat makan pedas, campurkan sikit-sikit ataupun you all akan hadapi masalah yang sama macam we all .. kepedasan tahap melampau *haha*
Yam Thalay ~ RM7.90
Yam Thalay atau dalam bahasa Inggeris nya ialah 'Thai Seafood Salad' adalah Kerabu Suhun ber seafood yang sangat sedap. Seafood nya sangat mewah dan fresh .. ditambah dengan hirisan bawang, tomato, daun selasih, daun ketumbar dan daun salad .. rasanya sedikit masam-masam manis dan pedas. Sedap ni!
Kai Dow Kra Paw ~ RM7.90
Bagi penggemar daging lembu, ini adalah untuk anda. Daging lembu cincang yang digoreng kering pedas bersama cili api berserta daun selasih dan tambah menarik bila dinikmati bersama telur mata goreng rangup. Pedas tapi sedap!
Ho' Mok Steam Seafood ~ RM14.90
Yang ni menarik. Sangat menarik. Pes Kari Thai, Telur dan Air Kelapa Muda digabungkan bersama menghasilkan satu rasa yang sangat istimewa. Sampai hari ni teringat-ingat. Ada ketam dan cili api sangai tetap tak tinggal. Dengan harga RM14.90 sahaja, rasanya tak sah kunjungan ke sini kalau tak cuba hidangan yang istimewa ini.
Pancake Banana ~ RM11.00
Pancake Banana atau nama Melayu nya Lempeng Pisang *hehe* adalah Pancake berinti pisang bakar dimakan bersama Ice cream. Pisang nya segar dan pancake/lempeng nya lembut dan rangup. Lepas tu dicurah pulak sos coklat di atas nya dan dimakan dengan aiskrim Vanilla kesukaan Misz-ella. Pancake Banana ini merupakan Thai street food yang sangat digemari oleh masyarakat Thai. Recommended lah!
*Gambar dari FB Facebook Banngkok Street Food* sebab gambar Misz-ella rosak tak tau kenapa *sedihh*
Chattuchak ~ RM9.90
Gabungan aiskrim Vanilla, Pulut, Kelapa Muda dan Jala Mas. Ohhh very the Kelantanese .. I LIKE *sebab Misz-ella pun dari Kelantan jugak .. hehe* Penambahan Jala Mas itu adalah hasil ilham Chef Mus sendiri dalam usaha beliau untuk menggabungkan dua rasa dari dua negara berbeza untuk dinikmati dalam waktu yang sama. Sangat kreatif! Tapi seperti biasalah .. pencuci mulut atau 'dessert' memang manis kerana memaniskan diri adalah cara paling indah untuk mengakhiri juadah enak di Kafe BANNGKOK STREET FOOD ini.
So pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku, Misz-ella dah kongsikan apakah istimewa nya Kafe ini dan kesimpulannya ..
- Perbezaan Tomyam Malaysia dan Tomyam Thailand ialah kita guna Daun Limau Purut, Tomyam Thailand banyak guna daun Selasih dan daun Ketumbar.
- Harga di Kafe BANNGKOK STREET FOOD adalah sangat berpatutan dan tidak mahal.
- Kemudahan parking di basement ada.
- Terletak di lokasi strategik iaitu di Platinum Walk yang bersebelahan dengan Festival City Mall dan berdekatan kawasan kesukaan anak muda iaitu Uptown Danau Kota.
- Tiada GST dan Service Tax dikenakan. Yeayy!! Dah lah sedap, jimat pulak tu.
- Pelanggan boleh meminta agar tahap kepedasan sesuatu masakan dikurangkan semasa membuat tempahan.
- Waktu operasi :- Isnin-Khamis (12pm-12am) Jumaat (2pm-2am) Sabtu & Ahad (1pm-1am)
- Alamat kafe adalah di :- 56-G Platinum Walk, Setapak, 53000, Kuala Lumpur. Sila hubungi no. tel 013-3936529 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan awal adalah dialu-alukan.
Maklumat lanjut tentang Kafe BANNGKOK STREET FOOD boleh didapati di https://www.facebook.com/pg/BANNGKOK/about/?ref=page_internal
1 comments:
Saya tengok jurnal resepi dalam tv3... Teruja sangat.. Mula rasa terliur yang amat sangat.. Rindu masakan thailand...
Post a Comment