Hello readers ..
Ingat lagi tak kisah di mana Misz-ella dan keluarga ber staycation di Renaissance Kuala Lumpur Hotel? Kalau tak ingat, sila klik Link ini ye.
Semasa staycation tu, Misz-ella berpeluang untuk memanja dan membelai diri di Mandara Spa.
Mandara Spa adalah antara Spa paling dikenali ramai dengan 50 cawangan di serata dunia. Mandara Spa bukan lah baru dan asing buat Misz-ella kerana Misz-ella dah beberapa kali mengunjungi Mandara Spa ini *banyak cawangan dia di Malaysia ni ye* tapi ini adalah kunjungan kali pertama Misz-ella ke Mandara Spa yang lokasinya di Renaissance Kuala Lumpur Hotel. Jom ikut Misz-ella. Kita check it out ..
Kena lalu tangga pusing ini untuk turun ke Mandara Spa
Dan Tadaaaa .. Kita dah sampai ke Mandara Spa. Cantik, kan. Ala-ala Bali gitu ..
Sebaik melangkah masuk, kita akan disambut dengan bunyi-bunyian indah dan suasana tenang lagi mengasyikkan. *bahagia jiwa*
Ada bilik khas untuk rawatan dan urutan kaki
Mandara Spa di Renaissance Kuala Lumpur Hotel sangat luas dan selesa dan mempunyai 2 Aras.
Di Aras 2 ada bilik-bilik rawatan khas untuk yang mahukan rawatan secara berpasangan *couple room*
Lepas memilih rawatan yang diingini, Misz-ella telah dijamu dengan Teh halia dan diberikan cold towel untuk menyegarkan muka yang penat.
Very cooling and refreshing ~ Dah segar mari lah kita mulakan rawatan
Sebelum rawatan dimulakan, minyak aromaterapi ini dioleskan ke tangan untuk kita cuba keharuman dan bagi membolehkan kita memilih aroma yang sesuai dengan tubuh badan kita.
And tadaaaa .. my treatment room ~ So cool!
Misz-ella memilih Aromatherapy Massage. Bermula dari bahagian belakang badan, urutan dimulakan dari tapak kaki ke bahagian atas badan. Langkah demi langkah, setiap sentuhan adalah sangat lembut dan memberikan rasa ketenangan yang diinginkan oleh tubuh dan minda Misz-ella yang sememangnya penat. Dah selesai bahagian belakang, urutan beralih ke bahagian hadapan dan sebaik sahaja 'eye pillow' diletakkan di kelopak mata ... OhMy .. aroma lavender yang sangat mengasyikkan, menambahkan lagi rasa tenang dan damai. Aromatherapy massage di Mandara Spa sangat best dan Misz-ella sarankan bagi mereka yang mahu merehatkan tubuh dan minda yang penat selepas seharian bekerja. Misz-ella memang suka lah Aromatherapy Massage ni.
Selesai urutan selama 90 minit, segelas Teh halia akan diberikan untuk menambahkan lagi kesegaran tubuh badan.Heaven gila kot !!
Dah habis urutan, masa untuk say GoodBye to Mandara Spa. Segar tubuh badan, lega rasa minda yang serabut pada awalnya. Thank You Mr. Harish of Mandara Spa. I enjoyed the massage very much.
More information about Mandara Spa, Renaissance Kuala Lumpur Hotel can be find at http://www.marriott.com/hotels/travel/kulrn-renaissance-kuala-lumpur-hotel/
0 comments:
Post a Comment