Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

KFC Cheezy Mushroom Crunch ~ Sedap Tak Terkata!

Hello readers ..

Siapa penggemar keju? Me! Amboi Misz-ella .. sendiri tanya sendiri jawab ye *hehe*
OK .. Ini adalah berita baik buat buat semua penggemar keju dan jugak penggemar-penggemar KFC ~ ayam goreng kesukaan rakyat Malaysia dan Misz-ella salah seorang dari penggemarnya. Dari kecik suka makan KFC.

KFC baru-baru ini telah melancarkan KFC Cheezy Mushroom Crunch – hidangan sensasi berkeju terbaharu yang kini boleh didapati di semua rangkaian restoran KFC seluruh Malaysia!  
Tawaran masa terhad ini merupakan gabungan sempurna tekstur dan rasa. Kombinasi enak keju pekat berkrim bersama cendawan butang yang dihiris, dicurahkan pada ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai, membawa pengalaman menakjubkan dengan rasa sedap yang tidak terkata. 
Sepanjang tempoh promosi, hidangan berkeju terbaharu ini juga boleh didapati dalam pilihan burger, iaitu Cheezy Mushroom Burger.
En. Chandrasagran Munusamy, Pengurus Besar KFC Operations dan Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan KFC Marketing semasa pelancaran KFC Cheezy Mushroom Crunch di KFC Pavillion Elite, baru-baru ini.
“KFC sentiasa bekerja keras dalam menghasilkan hidangan-hidangan baharu yang akan memuaskan para penggemar KFC, dan rangkaian hidangan KFC Cheezy Mushroom yang dikhaskan buat penggemar KFC dan keju ini tidak terkecuali. Gabungan rasa yang unik ini pasti memenuhi selera anda yang mendambakan hidangan berkeju. Anda mesti cuba!”, kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.
KFC Cheezy Mushroom Crunch terdapat di dalam hidangan kombo 2 ketul dan 5 ketul ayam yang didatangkan bersama hidangan sampingan KFC iaitu coleslaw, kentang putar serta satu minuman ringan dari serendah RM13.50*. 
Manakala Cheezy Mushroom Burger boleh didapati secara ala carte hanya dari RM9.10*, juga boleh dibeli menerusi hidangan kombo yang didatangkan bersama Crispy Fries serta satu minuman ringan.

KFC Cheezy Mushroom Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula dari 5 Januari 2017 sehingga 20 Februari 2017 atau sementara stok masih ada. 
So readers .. apa lagi .. Jom kita ramai-ramai bawak diri bawak famili ke restoran KFC untuk menikmati hidangan terkini KFC ini. Cepat-cepat jangan lambat. Rugi you all tak rasa tau!
Untuk maklumat lanjut, sila layari kfc.com.my


1 comments:

PCL said...

Ni buat pcl teringin mk. Kfc.. Lama dah x masuk kfc.. I like cheesy emm..